Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Jun-2008 12:14 Email | Share | | Bookmark
Introducing..... my newborn baby!



Baby's name : SHARIFAH SITI HAJAR
Date of birth : 23rd June 2008
Weight : 3.43kg
Time : 9:29am
Gynae : Dato' Dr. Ang Chin Guan
Paeditrician : Dr. Ali Azman
Hospital : SJMC





Wednesday, 14-May-2008 12:48 Email | Share | | Bookmark
CHOCOLATE CHIP BROWNIES

 
 


Thursday, 7-Feb-2008 20:53 Email | Share | | Bookmark
Another chocolate chip muffin!

 
Resepi muffin ini saya tak ingat dapat dari mana, tapi dalam internet jugak masa saya google.. Muffin ini sedap! Saya pulak ada tambahkan coklat cair, konon2nya nak buat macam chocolate chip muffin mummy jam. Muffin ini sedap sebabnya adik2 saya makan bertambah..

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Bahan kering :
250g tepung gandum
2 suduteh baking powder
1/2 suduteh bicarbonate soda
2 sudubesar serbuk koko
**semua ni di ayak , kemudian masukkan gula kaster dan gaul rata
175g gula kaster -saya kurangkan pada 155gm kerana takut terlalu manis
150g chocolate chip

Bahan basah : (campurkan semua bahan)
250ml susu segar
90ml minyak sayuran
1 biji tekur Gred A
1 suduteh esen vanilla
tambahan : 30gm coklat masakan, dicairkan, kemudian biarkan sejuk sebentar, campurkan dengan bahan basah semua

Cara membuatnya:

1) Panaskan oven pada suhu 190C - 200C..
2) Campurkan kedua-dua bahan, iaitu bahan basah dan bahan kering, kacau sebati, jangan lama & jangan terlebih kacau.
3) Masukkan coklat cip, jika suka, masukkan kacang sekali.
4) Sudukan pada bekas muffin, isikan 3/4 penuh, susun atas dulang pembakar.
5) Taburkan lagi coklat cip atau kacang pada atas adunan muffin ini.
6) Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota tambahan:
1. Saya isikan hanya 1/2 bekas muffin jadi atasnya tidak merekah sangat bila dah masak.
2. Saya bakar pada suhu 170Celcius sebab saya takmau dalam muffin ni kering sangat, bakar cara bakar kek, terpulang pada anda.



PANDUAN KEPADA PESAKIT KENCING MANIS!

Arwah nenek saya merupakan pesakit kencing manis. Lama juga dia dapat sakit tu, sebabnya dia suka sangat makanan yang manis2..rasanya ada berbelas tahun.. Tetapi, walaupun 6 bulan terakhir dia terpaksa disuntik dengan insulin 2kali sehari, kakinya alhamdulillah tak busuk atau berlubang. Ini kerana sejak dia mula mendapat penyakit kencing manis lagi, dia sentiasa sapukan minyak gamat pada kedua-dua belah kaki sampai ke paha. Hasilnya, kaki arwah nenek saya takde luka & busuk pun.. Doktor yang merawatnya pun terkejut tengok kakinya, doktor tu kata lagi, selalunya kalau pesakit kencing manis, mesti ada kudis, pastu mulalah berlubang kaki tu. Alhamdulillah! Agaknya khasiat minyak gamat tu kot. Arwah opah depan rumah ni pun kena kencing manis tapi kakinya kena potong, padahal baru jer dapat sakit tu.. Arwah nenek saya lagi lama dapat sakit ni.. Saya teringat cerita bonda raqynrafiqin (saya ni silent reader yer) tentang cerita pasal mak mertuanya yang sakit kencing manis sampai berlubang kakinya dikerjakan doktor. Cubalah bonda cara arwah nenek saya ni, untung2 kakinya boleh diselamatkan lagi dari melarat kan! Tapi mesti mau guna minyak gamat asli, bukannya gel gamat atau yang sewaktu dengannya.. Dulu bau bilik arwah nenek saya ni memang bau minyak gamat.

Arwah nenek saya ni disebabkan pada hujung hayatnya tiba2 tak jaga makan(agaknya pasal dia tau dia nak mati), dia diserang stroke & koma, kalau tak silap saya, hampir 2 minggu dia tak sedarkan diri. Agaknya pasal gula dah terlampau banyak dalam darahnya. Waktu itu saya di tingkatan 4, saya ingat lagi terpaksa usung baju sekolah & buku sekolah ke hospital sambil jaga nenek saya, kebetulan tengah minggu peperiksaan, tapi tak dapat tumpu perhatian sangat sebab kejap2 pelawat datang, letaklah balik buku tu, layanlah kejap, begitulah tugas saya setiap hari sehinggalah arwah keluar hospital. Saya bergilir2 dengan ibu saya menajag arwah nenek di hospital, tapi kesian dengan adik2 saya yang masih kecil di rumah, makan, minum & persekolahan mereka tak tentu, jadinya sayalah yang banyak menjaga arwah di hospital. Hampir setiap hari saya pergi sekolah dari hospital.

Seminggu selepas keluar hospital, ibu saya pula dimasukkan ke hospital. Dia jatuh sakit kerana penat sangat menjaga arwah di hospital. Kali ni saya pulak yang kelam kabut kerana tak tau mana satu nak handle dulu, adik2 di rumah, arwah nenek yang baru sedar dari koma & ibu saya yang di hospital. terpaksalah saya ponteng sekolah beberapa hari, ayah saya pun terpaksa ambil cuti. seminggu juga ibu saya di hospital.

Sejak arwah nenek saya keluar dari hospital, dia tak boleh bangun berjalan lagi, hidupnya hanya di atas katil. Hari2 dia akan diangkat ke kerusi roda untuk mengambil angin di luar, kalau tak, hidupnya hanyalah di dalam bilik sahaja. Sejak itu juga dia terpaksa disuntik dengan insulin 2 kali sehari. Tetapi hayatnya tidak lama selepas itu, selepas 4-5 bulan hanya terlantar di atas katil, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir di atas katil itu juga dengan bersaksikan arwah opah di depan rumah & ibu saya. Ibu saya dah tengok keadaan arwah teruk jadi dia keluar ke klinik untuk menjemput doktor kerumah, saya tak diberitau tentang itu, kalau saya tau, sudah tentu saya akan duduk di sisinya, sehinggalah arwah opah depan rumah datang pada petang itu menziarah nenek saya(dia mmg dtg tiap2 hari menjenguk arwah nenek), dia cakap nenek ko dah nazak ni!, panggil mak ko cepat! Kebetulan mak saya sampai di depan pintu tapi doktornya akan menyusul kemudian sebab di klinik ramai orang. Mak saya berlari ke bilik arwah nenek, saya pula sibuk menelefon ayah & sedara-mara beritau tentang keadaan arwah nenek. Kemudian mak keluar dari bilik, dia diam saja tak cakap apa-apa pun, bila saya tanyakan keadaan nenek barulah dia bagitau nenek dah meninggal. Serentak dengan itu hujan lebat pun turun.

Waktu arwah meninggal, saya dalam minggu peperiksaan lagi, terpaksa saya ponteng sekolah lagi, tertinggal 1 kertas peperiksaan. Tapi saya tak menyesal dengan semua yang berlaku. Sekurang-kurangnya saya dah berikan komitmen yang terbaik hinggalah ke akhir hayatnya.

Sekian pada hari ini.

-zakiah z-


Tuesday, 5-Feb-2008 20:14 Email | Share | | Bookmark
Tak tau nak letak tajuk apa....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Saya tau lama betul saya tak update fp ni! Pada awal Januari saya sibuk sedikit dengan Husna & Syahreena yang masuk ke tadika. Kalau orang lain anaknya suka masuk sekolah, (Tadika Smart Reader) anak saya buat alasan takmo sekolah, terutamanya si Husna yang sulung, dia siap kata dia demamlah, sakit tulah, sakit nilah.. sabo jelah..Si adik memang takut dengan orang, tapi dengan budak2 lain dia ok, memula tu melalak lah jugak, cikgu suruh tinggalkan jer, saya pun ngintai dari opis cikgu tu, Husna hanya perhatikan kawan2nya, Syahreena pulak melalak bila tengok saya takde, dia pun baru 3 tahun. Tapi sorang cikgu dukung dia bawak dia melawat ke kelas lain, terus dia diam. Bila dah tengok anak saya ok, saya pun cabutlah balik rumah..

Selama 2 minggu saya susah nak hantar ke tadika, saja jer lengah2 makan, lengah2 pakai seragam, taknak masuk ke kereta untuk ke tadika kalau adik saya tak ikut hantar. Terpaksalah tunggu adik saya balik dari sekolah pukul 1.30 barulah boleh bertolak ke tadika. Kelas mereka mula pada 1.30-4.30 petang. disebabkan sesi pagi dah penuh saya terpaksa masukkan mereka ke kelas petang. Kelas petang tak ramai orang, lebih kurang 10 orang sahaja untuk budak dari umur 3 tahun sampailah ke 6 tahun. Jadinya cikgu telah menggabungkan mereka semua dalam satu kelas, senanglah husna & syahreena duduk sesama dalam kelas. Syukur alhamdulillah sekarang bebudak ni dengan senang hatinya mau ke tadika, siap bawak bekal lagi walaupun makanan disediakan oleh pihak tadika, biarlah, janji diorang ada semangat nak ke tadika.. So far, setakat ni takde homework lagi, tapi menurut cikgu hanya budak 5 & 6 tahun saja yang diberi homework, itupun satu saja... Bagi saya, homework untuk bebudak tadika ni kalau lebih dari satu subject memang membebankan pada budak2, mereka baru tadikalah! Nanti bila dah masuk darjah 1 mulalah boring dengan sekolah sebabnya asyik kena buat homework jer.. Begitulah yang terjadi pada anak buah saya, dah boring dengan sekolah sebabnya dari tadika asyik kena buat homework jer, sudahnya dia pergi sekolah belajar memain!

Ok, cerita tentang saya pulak! Saya dah pregnant 20 minggu/ 5 bulan anak ketiga. Saja taknak cerita awal2. Disebabkan terlebih jalan2 cari makan, haaa sekarang ni saya dihukum doktor kena dok rumah pasal badan saya lemah sikit & tak berapa sihat pada kali ini, dah sebulan saya dok rumah, hanya keluar menghantar anak2 ke tadika. Doktor kata mungkin pasal badan saya terperanjat dengan cuaca panas & stress kerana memikirkan sesuatu. Saya rasa perkara yang membuatkan saya stress adalah kerana kucing saya TITI nak di cucuk mati oleh doktor. Memang mengganggu fikiran saya pada waktu itu sebab doktor suruh buat keputusan, padahal saya tengok TITI elok saja. Bila dia dah mati pulak saya terbayang-bayangkan pulak dia dalam rumah ni.. Sekarang ni alhamdulillah dah ok, dah tak fikir sangat pasal TITI tapi still kena dok rumah lagi, doktor nak pastikan saya sihat betul2 baru boleh keluar berjalan2 lagi...

Ok, kepada yang menunggu tentang cerita kebaikan kulit kayu manis, saya dah update pada entry dibawah yer.. Minta maaflah pada yang tertunggu-tunggu..

Sekian pada kali ini.

-zakiah z-


Saturday, 12-Jan-2008 04:55 Email | Share | | Bookmark
Back to the cooking world people!

 
 
Ini adalah gambar kek lobak merah, resepi dari sifu Suria! Resepi kek ini saya dapat dari mamafami. Terima kasih mamafami sebab memperkenalkan resepi ini, dan tak lupa juga terima kasih kepada sifu suria kerana sudi berkongsi resepi kek ini, memang sedap! Tak letak cheese frosting pun dah sedap! Secara peribadi, saya tak mengenali sifu suria ni, tapi saya dah terbaca mengenainya di beberapa blog masakan, salah satu resepinya yang popular ialah DONAT SURIA, ni lagi satu resepi yang dipopularkan mamafami juga! Resepinya mudah tapi sedap! Itulah yang kita harapkan sebenarnya..

Kek ini saya buat untuk mak saya sebenarnya kerana dia penggemar kek lobak merah ni, saya dah janji dgn dia nak buat dari masa tinggal kat jepun lagi, bila dah duduk balik kat malaysia ni barulah ada kesempatan nak buat. Asal saya beli lobak merah mesti hilang, jadinya, tiap kali nak buat kek ni, tengok2 lobak merahnya hilang, sabo jelah tulah yang tertangguh2, banyak arnab kot kat rumah ni.. :-


KEK LOBAK MERAH SIFU SURIA

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm, takut manis)
150 g~ gula perang
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut

To be sifted : Bahan di ayak:
250 g flour tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis
1 1/2 suduteh baking soda
1 suduteh garam

100 g walnut ~ di cincang ( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur (saya guna whisker, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah yang diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun takper asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.


KHASIAT KULIT KAYU MANIS

Kalau anda semua perhatikan bahan-bahan untuk resepi di atas, salah satunya adalah kulit kayu manis. Serbuk kulit kayu manis antara bahan penyedap kek ini juga. Dengan aromanya boleh memikat hati sesiapa.

Kali ini saya nak bercerita tentang khasiat kulit kayu manis ini. Sebenarnya ramai antara kita yang tak tau, tapi, khasiatnya telah diketahui oleh orang2 tua. Antara kebaikan kayu manis ini ialah membuang angin dalam badan, membuatkan darah berjalan dengan lancar dan membuatkan badan sihat & bertenaga..

Saya dah tengok kesan kulit kayu manis ni pada 2 orang iaitu mak saya sendiri dan seorang nenek ni. Macam mak saya, dia ada darah tinggi yang tinggi juga bacaannya, iaitu 200 lebih. Menurut atuk saya, selalunya pada bacaan ini pesakit boleh kena stroke ataupun koma. Mak saya pun kena tahan hospital beberapa hari. Doktor juga mengesahkan ada lemak di jantungnya, saya kurang pasti adakah ini yang dipanggil kolesterol.. (Dr Phalinn, sila sahkan!)

Jadinya, atas nasihat atuk saya, bagi mengawal penyakit darah tingginya, mak saya kena berpantang makan nasi setahun & tak boleh makan makanan berminyak, berlemak & bergaram.. Selama ini mak saya suka makan2, tiba-tiba dia kena makan, sup tawar, roti wholemeal, biskut kering rendah garam, milo kosong & makanan yang serba serbi yang tawar.. Kesian jugak bila tengok dia kena makan camtu, tapi apa nak buat, demi kesihatan, lagipun setahun jer..Biskut kering sentiasa ada dlm handbagnya.. Terus turun 6kg dalam masa 2 bulan dan mak saya dapatlah menggayakan pakaian2 lamanya... Bila makan kat luar bersama-sama kami, dia tak dapat makan2 sama, tak sampai hati kami dibuatnya..

Untuk mengubat lemak dalam jantung tu, atuk saya telah menumbuk kulit kayu manis, blend sampai jadi halus & dan masukkan dalam kapsul untuk dijadikan ubat pada mak saya. Sehari sebiji kapsul yang perlu diambilnya. 2, 3 bulan kemudiannya, pergi check-up di hospital, doktor pun terperanjat tengok lemak di jantungnya dah takde, doktor kata, selalunya ada tinggal sikit2, tak hilang langsung.. syukur alhamdulillah! Badan mak saya pun makin sihat. Bila saya tengok kesannya pada mak saya, saya pun makan sama, tapi kesannya lain pulak pada saya, jerawat keluar, agaknya badan panas. Bila saya tanya pada atuk saya, dia kata tu proses pemulihan. Saya tak sanggup nak menunggu proses pemulihan ni jadinya saya berhenti, waktu ini saya masih di jepun lagi. Mungkin saya hanya perlu ambil 1/2 kapsul, bukannya 1 kapsul macam mak saya.. Tapi yang saya perasan masa saya makan kulit kayu manis ni, muka saya merah sikit, agaknya perjalanan darah dah ok kot..

Seorang lagi yang saya tengok kesan kulit kayu manis ni ialah seorang nenek yang berumur 80 tahun. Dia selalu datang kerumah atuk saya berziarah. Nenek ini heavy smoker, badannya kurus saja, tapi sihat, siap boleh pergi oversea menjenguk anak2 yang berhijrah kesana. Pendek kata, tak padan dengan usianya dan selalunya heavy smoker dari muda ni, bila dah tua macam2 penyakit yang ada.. Masa dia datang ke rumah atuk saya pun rokoknya tak lekang di tangan.. Bila saya tanyakan pada atuk saya mengenai keadaanya, dia kata nenek tu makan serbuk kulit kayu manis setiap hari. Selalunya dia asah pada bontot pasu untuk menjadikannya serbuk. Dah 8 tahun dia makan, alhamdulillah takde penyakit apa-apa..

Atuk saya kata kebanyakkan serbuk kayu manis yang ada dijual di kedai dah dicampur dengan bahan lain, jadinya elok buat sendiri.. Kulit kayu manis ni, rasanya pun manis jer, tak pahit & payau! Begitulah ceritanya khasiat kulit kayu manis ni.. Kalau nak bercerita pasal khasiat herba2 ni, memang tak habis sehari semalam, memang banyak sangat kegunaanya tapi saya banyak dah lupa. Ni nak kena tanya balik pada atuk saya ni, tapi tulah, takut kena marah pasal dia dah cerita banyak kali.. hehe..

Sekian saja pada kali ini.

-zakiah z-




[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net