Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 25-Jan-2007 03:51 Email | Share | | Bookmark
Cocoa Banana Cupcakes (RECIPEZAAR)

Selepas dibakar
Close-up cocoa banana cupcakes
Selepas dimekapkan
Disebabkan banyak pisang berlebih kat rumah, takut pulak busuk, tu yang cari resepi cupcakes yg guna pisang ni.. Moist...


Cocoa Banana Cupcakes (RECIPEZAAR)

2 cups all-purpose flour
1 cup sugar
1/2 cup baking cocoa
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
2 eggs
1 1/4 cups nonfat milk
1 cup bananas, mashed
3 tablespoons canola oil
1 teaspoon vanilla extract

FROSTING
4 ounces reduced-fat cream cheese
3 tablespoons nonfat milk
2 ounces semisweet chocolate, melted and cooled
1 teaspoon vanilla extract
2 cups powdered sugar
1/3 cup baking cocoa

Method:



1. In a bowl, combine dry ingredients. In another bowl, combine eggs, milk, banana, oil and vanilla. Stir into dry ingredients just until moistened.
2. Coat muffin cups with nonstick spray. Fill 3/4 full. Bake at 375 degrees for 18-20 minutes or until a toothpick comes out clean. Cool 5 minutes before removing to cool on wire racks.
3. Beat cream cheese, milk, chocolate, and vanilla until smooth.
4. Combine powdered sugar and cocoa; gradually beat into cream cheese mixture.
5. Frost cupcakes when cool.


***Topping, saya hanya gunakan whip cream..
***Tekstur cupcakes ni memang moist, tapi sayangnya tak brp manis, mcm tawar, agaknya pasal pisang sini pun tak berapa manis. Sebaik2nya, gunakan pisang emas.
***Overall, resepi ni mudah, tak payah pakai mixer & sedap jugak walaupun tak berapa manis..


sekian,
-zakiah-


Tuesday, 23-Jan-2007 00:07 Email | Share | | Bookmark
Kari ayam madras (rossya)

Bawang besar & bahan penumis
Serbuk rempah disatukan & dicampur sedikit air, jadi pes
Gaulkan ayam dan perapkan sebentar
View all 4 photos...
Dah lama nak mencuba resepi kari ayam dari kak rossya ni, tapi tah camna leh terlupa. Bila tengok resepi ni kat fp kak leen barulah teringat balik. Inilah hasilnya.. Sori kalau kariku tak semengancam kak rossya & kak leen. newbie ler dikatakan..hehe..
**Sori kak ros, kita copy & paste jer dari fp kak ros..


KARI AYAM MADRAS


1 ekor ayam ( anggaran 1kg) - dibuang kulit dan dikerat ikut suka
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1inci halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk lada
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
6 biji kentang dipotong kecil
1 cawan air
2 batang lobak merah dipotong kecil
1/2 cawan santan

Bahan2 untuk menumis:
1 labu bawang besar (pilih yang kecil sahja) dihiris halus
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
sedikit minyak untuk menumis


Campurkan ayam dengan bahan-bahan berikut:
Campuran halia dan bawang putih, lada hitam, serbuk lada, serbuk ketumbar, serbuk jintan, serbuk kunyit dan garam. Perap sebentar.

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis dan daun kari. Apabila bawangnya garing, masukkan ayam yang diperap tadi dan masak hingga bangkit baunya. Tuangkan air dan masukkan kentang dan lobak merah. Tutup, dan kecilkan api dan biarkan ia masak. Bila kuahnya tinggal separuh sahaja, tuangkan santan. Dimasak anggaran 10 minit lagi.
Boleh dihidang dengan nasi atau roti..


**Saya tambahkan sedikit air asam jawa , letakkan setelah ayam tadi masak dan naik bau. For me, kalau kari takde air asam jawa, mcm there's something missing.
**Saya tak letak santan, saya gantikan dengan susu segar.
**Bagi saya kari ni pedas, lain kali saya tak letak lada hitam tu. & kurangkan sikit serbuk cili.

Overall, kari ayam madras ni memang sedap. No wonderlah nearly 7 ladies asking kak rossya for the recipe. Tq for sharing the recipe kak ros!


PETUA HARI INI


Baru2 ni saya hilang suara, mungkin sebab sini dah sejuk & kering plak tu.. Heater berpasang jer kat rumah lagilah memburukkan keadaan. Adalah lebih kurang seminggu saya hilang suara. Yang payah nak baik tu pasal terpaksa menjerit kat bebudak ni, diorang ni kalau tak dijeritkan lagilah disepahkan rumah atau gaduh! Time maknya takde suara lagilah syok diorang buat keje diorang tu, last2 saya tarik je telinga masing2, abih tu dah tak larat nak bersuara.

Petua untuk yg hilang suara, 1 sudu kecil jintan manis(bukan serbuk yer), dibasuh bersih, kemudian dikunyah sampai hancur & telan terus. Insya allah suara tu dtg balik, selalunya hari yang sama jugak..


sekian pada hari ini,
-zakiah-


Quote:
Ida : madu + limau? Boleh jadi tarzan balik? Harus kucuba ni... Teruk betul rasanya masa takde suara tu, bebudak ni tgk mcm seronok jer...
Rosleenda : ye ke terbau kari sampai sana? hehe..Maknanya kari saya ni hangitlah kalau baunya terlepas sampai ke kak leen..ahaksss...
mommy d&d : ala erna...kita makan roti buatan sendirilah..hehe..


Friday, 19-Jan-2007 06:13 Email | Share | | Bookmark
Bread series!

Soft butter bun - slps dibakar (nmpk kering kan?)
Selepas disapu dgn butter cair
Tekstur soft butter bun, inti cheese
View all 8 photos...
Setelah teruja melihat roti yang dibuat oleh erna (mommy d & d), sejak ada baby barukan..macam2 dieksperimennya...diikuti pulak tgk roti kak ida, pun sejak ada toy baru..saya pun teringin jugak nak buat roti sendiri. Tapi saya tak pakai mixer atau breadmaker, pasal takde pun! Mixer saya pulak dah dicampak bebudak ni masa diorang bergaduh aritu, sejak tu, semua eksperimen pakai tangan. For me, buat doh beryis ni, such as donat & roti lagi seronok kalau diuli tangan. Memang saya suka uli sendiri, tapi kenalah dengan cara yg betul.

Sesetengah orang kacau adunan dalam mixing bowl, termasuklah uli dlm mangkuk tu terus, salah cara tu! Agak2 bila adunan dah tak melekat ditepi mangkuk, taburkan sedikit tepung atas meja, keluarkan adunan tadi dari mangkuk dan letakkan diatas taburan tepung tadi, dan ulilah dengan menolaknya kedepan, ke belakang, ketepi, ke tengah, sampailah adunan itu licin. Selepas itu letakkan adunan dlm mangkuk besar dan tutuplah dengan plastik atau kain (I prefer plastic pasal lagi cepat naik & kalau terlebih masa peram, bahagian atas adunan takkan berkerak). Biarkan hingga adunan naik 2 kali ganda. Setelah itu, tumbukkan dengan lembut ditengah adunan untuk membuang angin. Bentukkanlah adunan itu seperti yang dikehendaki.

Untuk eksperimen saya yang pertama membuat roti ni, saya mencuba resepi SOFT BUTTER BUN dari fotopage mamafami. Pertama kali membuat roti ni tak berapa gebu. Rupa-rupanya saya terbakar lebih masa..mengikut kata kak ida, bakar 20 minit pun roti dah masak & still lembut, saya bakar 40 minit. Abih tu saya ingatkan kena tunggu sampai atas roti warna coklat..hehe..tapi nasib baik laku jugak, so takdelah membazir. Fillingnya saya letak kaya & cheese, yang cheese habis hari tu jugak sebab bebudak ni suka cheese, bpknya makan yg ada kaya. Disebabkan tak puas hati, esoknya saya buat lagi, masih tak brp gebu sgt pasal roti tu disusun jauh2 sangat & terlebih bakar lagi..Sebenarnya kalau kita susun rapat2 sampaikan bila kita prove lagi roti tu bercantum lagi baik. Ini akan melindungi kelembutan roti didalamnya walaupun luarnya tak gebu.


SOFT BUTTER BUN (MAMAFAMI)

Ingredients :

250g high protein/bread flour
50g superfine flour
50g castor sugar
1 teaspoon salt
2 1/2 tablespoons milk powder
1 1/2 teaspoons instant yeast
1 small egg
30g butter ~ room temperature
140ml water

Glazing :
1 egg ~ lightly beaten
Melted butter, for brushing

Method :
1. Combine all ingredients, except butter and knead till a dough is formed.
2. Add butte and continue kneading till a smooth, soft and elastic dough is formed.
3. Prove the dough for about 2 hours. (Tak semestinya)
4. After first proving, knead the dough lightly and divide the dough into small even sizes. Rest for 10 minutes. At this stage, you can add filling of your choice.
5. Place buns in a greased and floured square tin and prove until double in size.
6. Preheat oven at 200 degree Celcius.
7. Brush buns with egg wash and bake for about 15 minutes or until brown.
8. Remove from oven and brush with melted butter.
9. Cool buns in tin for 5 minutes before turning out onto a wire rack.

***My notes
1. Saya terlupa sapu telur pada atas roti sebelum membakarnya, bila suami saya kata roti awak ni kering sebenarnya, barulah saya teringat.
2. Menurut kata mamafami, dia hanya renjiskan dengan sedikit air ke atas roti sebelum membakarnya sebab dia tak berapa suka bila disapu dengan telur akan jadi gelap roti tu bila dah bakar.


Eksperimen kedua pulak, bun coklat oleh kak hanieliza. Untuk resepi ni, saya menggunakan nutella sebagai intinya...pehhhhh....terangkat betul makan bun coklat ni, sekarang ni dah jadi roti yg wajib ada dlm rumah. Memang sedap, tapi kalau letak intilah...

BUN COKLAT (HANIELIZA)

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
20 gm serbuk koko
100 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Masukkan bahan B dalam mangkuk roti Bread Machine.
3. Masukkan pula bahan A dan setkan BM pada Dough saja.
4. Bila doh telah siap dn naik sekali ganda tekan supaya angin keluar.
5. Bahagikan doh pada 20 gm setiap satu. [Jika suka letakkan kismis dalam doh]
6. Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik sekali ganda.
7. Sapukan kuning telur dan bakarkan dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 25 minit.
8. Bila telah masak keluarkan dan sapukan majerin untuk mengilatkan roti.


Eksperimen yang ketiga bun manis, resepi masih dari kak hanieliza. Takdelah manis sangat pun bun ni.. Untuk intinya saya gunakan sosej, tuna & ikan bilis. Sori rupa roti tak brp cantik, maklumlah...newbie lah dikatakan...bila dah selalu buat nanti cantiklah rupa roti tu..

BUN MANIS / SWEET BUN (HANIELIZA)

Bahan A
500 gm tepung high protien
25 gm susu tepung
75 gm gula
10 gm ibu roti
1 s/k pelembut roti
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
75 gm majerin

Bahan C
Inti Kacang Merah
Butter
gula
sosej
kismis

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.
5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Bakar dalam suhu 180'C sehingga kelihatan masak.
8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.


Sepanjang saya eksperimen roti2 diatas ni, ada juga adunan yang saya gunakan majerin yang dicairkan, jadi jugak & lagi senang nak uli, doh pun lembut jer jadinya, berbanding dengan majerin lembut sahaja. Saya ada jugak uji dengan mencampurkan yis kering ke dalam air suam, tunggu hingga berbuih, barulah dicampur dengan bahan2 lain. Hasilnya, roti lagilah lembut... tak payah nak letak dough softener pun. Saya akan gunakan cara ini untuk membuat adunan roti2 lain.

sekian eksperimen untuk minggu ini...


CERITA HARI INI


Hari ni saya bagi petua pulak. Masa balik malaysia haritu, anak sulung saya cirit-birit, diikuti dengan saya pulak. Nak ke klinik tak laratlah pulak. Mak saya bagi petua cuna minum air tepung. Air tepung? Camna tu? 1 sudu kecil tepung gandum dicampurkan dengan 1/2 gelas air suam, kacau dan minum segera. Memanglah tak suka, tapi mujarab! Lega saya minum 2,3 kali dah terus baik. Yang penting, saya takkan rasa terseksa nak bagi anak saya makan ubat ni, memang akan dikeluarkannya balik. Pelik pulak air tepung ni mau diminumnya. Tapi untuk kanak2, saya hanya berikan beberapa sudu air tepung jer, tak bagi satu gelas. Minum selepas breakfast pagi & petang/malam. Bila rasa dah baik, terus berenti minum..kang sembelit pulak.. Kalau makan ubat doktor, mau seminggu baru baik, minum air tepung ni, 2, 3 hari dah baik, alhamdulillah! Tapi syaratnya kena yakin, dimulakan dengan bismillah dan selawat ke atas nabi.

sekian pada hari ini!

-zakiah-


Quote:
anna : bread lover eh?Samalah kita, masa ngandung dulu mesti nak makan roti tuna tiap2 hari, tak kena sehari tak sah.. pos takleh ler anna, mehlah dtg jepun bercuti sini, zakiah buatkan roti..
mummy damia : ahaaa...ada gak geng newbie ni..hehe..welcome to the club! Ramainya yg letak nama anak damia, u all should organize a club.. ala...roti saya ni takdelah mcm roti kat kedai tu, nantilah zakiah practice lagi buat roti ni, mintak2lah gebu mcm kat kedai tu... amin!
cikbawang : kalau nak, mailah nagasaki sini.. Akak teringin nak pi seoul, tak pernah jalan sana, teringin nakmakan donat cik bwg ni... akak pun sama kalau balik mesia tu, takde diet2 nyer, semua hentam makan, maklumlah, sini semua kena buat sendiri kalau teringin kan? hehe..
mommy_d&d : memang best makan panas2, tq for inspire me to make my homemade bread ni... tak sangka, takdelah susah sangat... p/s : minggu ni declare minggu roti..hehe
ishzah : memang betul kata ishzah tu, nak buat roti ni kena ada mood dulu, bila zakiah dah teruja tgk roti org lain barulah dtg mood tu. ur bonda org melaka, kalau macam tu serumpunlah kita, zakiah pun org melaka gak, pulau sebang..
ida : masalahnya kak ida, tangan saya memang slim, kalau org tgk tangan saya, memang orang tak percaya tgk badan saya besar sikit.. minggu ni minggu rotilah yer!
gee:candidsyndicate : rajin masak ikut mood jer..hehe...tgklah kalau ada semangat sebenarnya..tq for dropping by my fp!
Nabialishad : kalau kak nabia kat sini mmg saya kasi roti ni, kasi habih pun takpe..esok buat lagi.. nanti nak trylah petua halia tu..mintak2lah boleh kurus!
zack : tgh exam yer, patutlah senyap jer.. bebudak nagasaki ni pun tgh exam gak. about mixer tu takpe.. saja tanya pasal vanilla essence tu, ingatkan takleh pakai sini punya, baunya kuat sangatlah...


Monday, 15-Jan-2007 13:16 Email | Share | | Bookmark
Triple Chocolate Muffin

Triple choc muffin
Bila dah bukak casingnya..
Birthday cake syahreena
View all 6 photos...
Resepi muffin ni kalau tak silap ambik dari teratak chetam http://chetambiz.blogspot.com/ Dan, kalau tak silap jugak, Kak Hanieliza http://hanieliza.fotopages.com/ yang postkan resepi ke teratak chetam ni..So chocolatey taste! Satu adunan boleh dapat lebih kurang 20 biji sederhana. Disebabkan skrg ni musim sejuk, asyik nak ngunyah jer, tu yang buat muffin ni..hehe..

TRIPLE CHOCOLATE MUFFIN

375gm tepung gandum
2 sdt baking powder
2 sudu besar serbuk koko
***Semua bahan diatas diayak bersama

110gm butter
210gm gula perang
3 biji telur
1 sdt esen vanilla
300ml susu segar
250gm chocolate chip - digaul dgn 1 sudubesar tepung gandum, untuk elak tenggelam
250gm coklat masakan {dipotong cube}

Cara:-

1. Butter dan gula perang dipukul hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan telur satu persatu, diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan bahan yang diayak dengan susu segar secara berselang seli.
4. Masukkan pula chocolate chip, kacau rata.
5. Sudukan kedalam bekas muffin dan taburkan coklat masakan tadi ke atas muffin.
6. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 20 minit.

Gambar kek diatas adalah gambar birthday cake syahreena yang ke-2 tahun. Untuk kek ini saya gunakan chocolate oil cake (Diana) http://resipidiana.blogspot.com Topping pulak saya hias dengan krim putar yang dipukul.


CERITA HARI INI

Hari ini saya nak cerita tentang kobis. Sebagaimana yang kita ketahui, kobis merupakan antara sayur yang termurah dan rasanya agak sedap juga, ada rasa manis sedikit. Tetapi, tahukah anda bahawa kobis tidak baik untuk kesihatan, terutamanya pada wanita?? Kobis sebenarnya merupakan sayuran golongan sejuk dan paling kuat anginnya. Kalau dimakan selalu, ia mengakibatkan keputihan, dan, badan dan sendi lemah sedikit sebabnya angin. Tulah sebabnya ramai yang belum tua tapi dah sakit itu sakit ini, Paling teruk, sakit lutut! Kalau orang zaman dulu, diorang walaupun makan kobis, tapi kuat makan/minum jamu, buang angin tu balik, orang zaman sekarang mana ada kuat sangat makan/minum jamu ni, jadi ianya tak balance dah...

Ada jugak atuk saya bagi petua, untuk buangkan angin dalam badan, makan sesudu halia yang diblend dengan sedikit air tiap2 pagi. Saya belum mencuba petua ini lagi. Atuk saya kata boleh kuruskan badan jugak, sebab kebanyakkan badan yang besar2 ni banyak angin, angin ni dah tepu dalam badan dah... Tetapi, jangan sekali2 makan halia ni blend dengan madu sebabnya madu ni panas, halia pun panas, takut nanti badan tak tahan..

sekian,
-zakiah-


Quote:
Fieza Hi fieza! Salam perkenalan! Seronok bila tau ramai geng memasak ni rupanya.. welcome to the club!
Mamafami : Halia tu mama ambik sebuku halia, buang kulit, blendkan dgn sedikit air & maybe gula melaka kalau tak suka rasa pure halia tu. Pastu tetiap pagi ambik 1 sudu kecik & telan. Tapi bak kata kak nabia, pus pas pus pas, erk ark erk ark tak berenti kang..hehe..trylah mama, pastu bagi feedback yer...
Ida : petua kak ida tu memang betul sesangat.. hehe.. actually control jer makan2 ni..
Nabialishad : ala..walaupunenjin dah start tapi baru masuk gear 2 ni, belum laju lagi..hehe.. betul ke bila makan halia tu pus pas erk ark tak berenti nanti? hehe.. berpikir jugak lah ni nak try ke tak... Tunggu husband outstation kot..kang terperanjat pulak dia dengar bunyi-bunyian tu kang..hehe..
Azie : Salam perkenalan azie! Tq for the wish for Syahreena! So nice of you!
Sab : Cerita tentang kobis tu memang betul, sab should reduce or stop makan kobis ni! Taugeh, nanti zakiah buat research elok ke tak makan, sayur yg paling ok mcm sawi & carrot. Bagusnya sab ni suka makan halia. refer kat jwpn zakiah pada mamafami tu!
RosLeenda : Lega dengar anak kak leen dapat makan rendang tu, memang rezeki diorang gak! Elehhh kak leen, dia lagi pandai buat kek dari kita, takyah jeles dah...
allodealova : E300 tu 3.2 mp kan? Memang zakiah pun ada dgr Olympus pun lebih kurang Nikon jer...
mommy_d&d : memang betul tu erna, kebanyakan sayur yg jenis sejuk ni membanyakkan susu badan, contoh lagi lobak putih, pucuk ubi, bayam; ni semua membanyakkan susu badan. Tapi long-term tak brp elok untuk badan kita, maybe budak pasal dia minum susu kita. Kalau nak membanyakkan susu badan, cuba makan misua, dimasak macam mihun sup, insya allah, yang ni pun mujarab membanyakkan susu. Kalau nak memekatkan susu pulak, cuba makan quaker oats..


Tuesday, 9-Jan-2007 13:42 Email | Share | | Bookmark
My children's birthday cake and eggless cupcakes

Elmo birthday cake
Hasilnya bila dipotong
Chocolate oil cake (Diana)
View all 8 photos...
Hello to all, apa khabar? I'm back to Japan already since Sunday, the journey quite tiring coz I brought back 2 large luggage & 3 hand luggage size.. hmmm... guess what I've brought back to japan? Bahan2 buat kek/kuih! haha.. Itu ajer dah 1 luggage beso tu.. Segala macam daun terlupalah pulak nak bawak balik, sibuk benar dgn barang2 kek, macam coklat cip, coklat rice, serbuk koko, ovalette, ishhh... segala macam lah... Balik sini terasa amatlah sejuk! Asyik pasang heater je kat rumah. sampaikan suamiku demam balik sini pasal penat angkat beg2 tu.. hehe.. cian dia! Nasib baik bebudak ni tak apa2, cuma maknya aje yg selsema..

Ok, gambar2 ni kek & cupcakes ni dibuat khas masa besday party bebudak ni, si kakak lahir 25/12, si adik plak 6/1, disebabkan tarikhnya agak dekat, buatlah sekali party utk diorang.. Birthday cake ni zakiah guna moist choclate cake, cupcakes pulak guna resepi baru, resepi yang takde telur.. so.. pada sesapa yang allergic pada telur bolehlah guna resepi ni, especially to SERIYATI yang anaknya allergic pada telur. Satu chocolate oil cupcakes (resepi dari Diana), satu lagi plain eggless cake (resepi dari Allrecipes). To be honest, chocolate oil cake Diana ni saya dah buat 7 kali, sebab rasanya memang sedap & moist! Plain eggless cake pulak first time buat, rasanya ok gak untuk sesapa yg gemar plain cake ni! I love chocolate! Buttercreamnya zakiah guna campuran shortening & krimwell, memang tahan krim ni walaupun cuaca panas..

Resepinya akan ditepek nanti!
**Sorilah lambat update balik fotopage ni, sejak balik ke jepun ni, tak sorang2 jatuh sakit, agaknya terkejut sejuk sangat kot, aritu sebelum balik mesia takdelah sesejuk macam ni.. Zakiah pun dah hilang suara ni, nak bercakap banyak sakit tekak, nak perdengarkan suara ni pada kengkawan pun malu..hehe.. Balik mesia aritu, saya ada belajar NASI BERIANI BILIS..Kedengaran pelik kan? Nantilah zakiah cuba buat, kalau jadi, barulah ditepek gambarnya..


RESEPI:

MOIST CHOCOLATE CAKE

2 3/4 cups superfine flour (cake flour also will do)
1 1/4 cups cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda (bicarbonate of soda)
1 1/2 teaspoon vanilla extract ( vanillin powder)
***All to be sifted 2 times

1 1/2 cup butter (approx 300gm if you use the actual measurement cup)
2 cups sugar
4 large eggs
2 large egg yolks
1 3/4 cups water

Method :

1. Cream the butter and sugar.
2. Add egg, 1 by 1.
3. Alternately, pour in the sifted ingredients and water, beating well until smooth.
4. Pour on the greased caked pan and bake for about 1 hour at 180C.


***Ni adalah resepi asal, lagi satu cara:
1) Pukul 5 biji dengan gula halus hingga kembang.
2) Masukkan bahan2 kering, air & minyak sayur atau butter cair 1 1/2 cwn kedalam campuran telur secara berselang seli.
3) Sedia untuk dituang ke loyang 9 inci.
***Mudah kan? Tak payah guna mixer pun!

CARA-CARA LUKIS GAMBAR ELMO!

1. Setelah kek disapu rata dengan aising, lakarkan gambar elmo dengan menggunakan 'toothpick' (pencungkil gigi) ke atas permukaan kek.
2. Setelah melakar, ikutlah lakaran dengan menggunakan aising yang dipaipkan.



PLAIN EGGLESS CAKE

INGREDIENTS

* 2 1/2 cups all-purpose flour
* 2 teaspoons baking powder
* 1 teaspoon baking soda
* 1 (14 ounce) can sweetened condensed milk (about 400gm)
* 1 cup orange juice (I used SUNQUICK)
* 2 teaspoons vanilla extract
* 1 cup melted butter

DIRECTIONS

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan.
2. Sift together the flour, baking powder and baking soda into a large bowl. In a large bowl, mix together the flour, baking powder, baking soda. Make a well in the center and pour in the sweetened condensed milk, orange juice, vanilla and melted butter. Mix well and pour into prepared pan.
3. Bake in the preheated oven for 30 to 45 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Allow to cool.

***Kalau terlebih bakar, atasnya akan merekah.


CHOCOLATE OIL CAKE (DIANA)

Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit sehingga masak.

***Ni lagi senang, tak payah mixer jugak! Tapi!!! Jangan terlebih kacau, nanti kek tak naik!
***Kalau takde chocolate emulco, boleh gantikan dengan 10-15gm coklat masakan atau yg kita selalu makan tu, dicairkan..sedap jugak!


KRIMWELL ICING RECIPE

100gm krimwell (1/2 cwn)
100gm shortening (1/2cwn)
gula icing secukup rasa (2-3 cwn) - diayak
Esen vanilla - 1 suduteh
2 suduteh susu segar

Cara:

1. Putar kembang hingga gebu krimwell, esen vanilla dan shortening.
2. MAsukkan gula icing sedikit demi sedikit sehingga dapat kemanisan yang dikehendaki, diselang selikan dengan susu segar.
3. Pukullah hingga gebu.
4. Jika aising keras, tambahkan sesuduteh atau 2 susu segar kedalam adunan.

Sekian, pada hari ini!

-zakiah-

Quote:
rosyya : Bukak bisnes kat sini boleh, tapi tulah bahannya tak cukup..penat pulak asyik nak mengangkut 1 luggage bahan2 kek jer ke jepun..hehe
yangmazni : last winter ke? aiseh..tak sangka yer, cepat sangat masa berlalu.. tq for the wish untuk bebudak ni!
hanieliza : memang tak puaslah jumpa family kat mesia, bila bercuti lama sangat, rasa mcm taknak balik je ke jepun ni..
rozeela : sejuk2 nilah kena buat mcm2 pasal cepat lapar..hehe Bebudak ni tak brp sangat makan kek, maknya je yg lebih..hehe..tq for the wish utk bebudak ni!
Ida : Memang pun kak Ida 1 beg tu rasa sikit jer, tupun kena tinggalkan separuh barang tu..hehe... Memang best choc iol cake diana ni!
Nabialishad : Kalau bisa ku angkut owner kedai tu memang dah buat dah..hehe..memang naik gila masuk kedai2 camni.. TQ for the wish yer kak nabia!
mommy_d&d: Kat jepun ni aje beraksi kat arena dapur, balik mesia lupa diri..hehe..Tq for the wish!
MamaFaMi : Zakiah kan, hari2 dok menatap bahan2 kek, takut sangat kurang cepat..hehe.. tulah, masa kat mesia dulu, tak appreciate benda ni, kat sini baru tau! Tq for the wish mama!
ishzah : Memang pun seronok balik ke kampung laman, rasa mcm taknak balik je kat jepun ni..Tq for tha wish ishzah!
RosLeenda : Sesungguhnya saya memang rasa terkilan tak dapat angkut lebih2 barang2 buat kek ni..kalau angkut bebanyak kena pulak bayar excess baggage...
muna : Takper, next time u join yer! nope! No hard feelings! Terkilan tak jumpa u ni!
anna : Ishh..rugi anna kali ni! Takper,...insya allah ada rezeki lain, kita jumpalah yer!
Rosleenda : Tq Kak Leen for the tips! Memang kena usaha sikitlah kan nak anak2 ni berjaya!
za : Boleh ajer buatkan utk za kalau sudi merasanya..
sabrina : Tq for the wish sab! Takziah sekali lagi yer! Zakiah harap, sab tunaikan janji sab takkan tinggalkan kakak ipar dia tu! Anak dia dah jadi anak yatim, sab jagalah diorang sama baik2!


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net