Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Dec-2006 16:02 Email | Share | | Bookmark
Experiment on chocolate cake

guna camera adik- tak reti nak setting
ok ke?
Assalamualaikum & hello to all! Saya dah ada kat mesia ni, sejak dah ada sini masa untuk berinternet lagilah terbatas pasal dok bz dengan persiapan adik nak bertunang ni. Sibuk tolong sama siapkan hantaran (I was a wedding planner before), sibuk berjalan ke Bake with Yen & Bagus bakery supplies.. memang gilalah masuk kedai2 ni, byk duit habis, maklumlah nak angkut balik ke jepun ni... Buku resepi pun borong gak.. Disebabkan kat sini bahan2 buat kek & kuih ni quite murah compare to japan, so inilah timenya nak buat experiment.

Experiment ni on my chocolate moist cake. Instead of butter, I used vegetable oil. I found that, if the cake batter using any oil, it becomes more moist and the baking time is shorter. Dalam resepi sepatutnya kena creamkan butter & gula kastor, tapi saya ubah, pukul telur dgn gula sampai kembang sikit dan berbuih. Kemudian masukkan campuran tepung diselang-selikan dengan air, akhir sekali masukkan minyak. Saya tak guna mixer langsung, hanya whisker. Kalau adunan masih tak brp licin, biarkan sebentar, kemudian kacau lagi dengan whisker. Hasilnya memang tak mengecewakan, sedap jugak. Kalau sebelum ni saya guna butter, masa membakarnya kadang2 boleh menjangkau ke 1 jam 15 minit, kali ini saya bakar hanya 50 minit, guna loyang 10 inci, besar tu!

Untuk topping kek, selalunya orang gunakan whipped cream atau thickened cream dimasak atas api hingga keluar buih, kemudian diangkat dari api, dicampurkan coklat masakan dn kacau hingga coklat cair dan sebati dengan cream. Tapi, saya cuba gunakan susu segar pula untuk menggantikan cream tadi.. alhamdulillah menjadi!


CERITA HARI INI

Tahukah anda, selepas anda memakan sebarang jenis ubat, anda tidak boleh makan buah oren ataupun minuman yang berasaskan oren & limau? Oren & limau ini akan meneutralkan balik ubat yang anda makan tadi, Maknanya ubat anda tadi tidak berfungsi tadi, sebaik-baiknya, elak makan oren/limau 2 jam sebelum makan ubat, 6-8 jam selepas makan ubat. Inilah yang dikatakan potong ubat.

Sekiranya anda makan/minum limau nipis ataupun lemon selepas makan ubat, ini akan membahayakan kesihatan anda kerana asidnya sangat kuat dan akan berlawan dengan ubat tadi, boleh juga membawa maut. Kadang2 kita ada dengar orang yang meninggal tapi takde sakit apa, secara tiba2 saja, inilah salah satu puncanya yang kita tak sedar. Memanglah ajal itu ditangan tuhan, tapi kalau belum ajal lagi, maknanya sakitlah badan kita, dah terseksa pulak.. Apa-apapun, berusahalah utk mengelak terjadinya sakit ini, sedangkan Allah Ta'ala juga menyuruh kita berusaha..

Saya juga selalu berpesan kepada kawan2 yang ada anak kecil, jangan campur ubat dalam susu. Cubalah kita fikirkan balik, ubat dibuat drpd dadah, manakala susu pula berasid, jadi apa akan jadi kalau dedua bahan ini bertembung dalam badan anak kita? Fikir2kanlah..

p/s : saya ingin meminta maaf kepada semua yg meninggalkan komen dalam entry2 saya yg lepas2, saya belum berkesempatan nak membalasnya.. akan saya balas bila dah free nanti!

sekian,
-zakiah-


Wednesday, 6-Dec-2006 23:14 Email | Share | | Bookmark
Kurma ayam & Ultimate Chocolate Cake(kak yong)

Kurma ayam
Ultimate Choc Cake
 
Kurma ayam

Ayam - 1/2 ekor, dibersihkan
Bawang besar - 1 (dimayang halus)
Bawang putih - 3 ulas (dimayang halus)
Halia - 2cm (dimayang halus)
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Serbuk rempah kurma - 2 peket kecil (I used adabi)
Serbuk jintan putih - 1 sudu kecil
Serbuk rempah sup adabi - 3/4 sudu kecil (nak kasi wangi)
Sedikit jus asam jawa
Kentang - dibelah 4 atau 6

Cara:-

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia & rempah penumis sampai agak garing.
2. Serbuk kurma, serbuk jintan putih & serbuk sup disatukan, dicampur sedikit air hingga jadi pes.
3. Masukkan pes ini setelah bawang2 tadi garing, kecilkan api, biarkan hingga rempah masak dan naik minyak.
4. Masukkan sedikit jus asam jawa, lebih kurang, 1/4 cawan, kacau rata dan biarkan sebentar.
5. Masukkan ayam, kacau rata, kemudian kentang, dan akhir sekali air secukupnya, ikut cair yang dikehendaki.
6. Masaklah hingga ayam masak & kentang empuk, perasakan dengan garam, jika suka, campurkan dengan sedikit susu segar/santan bila telah mendidih. ( saya letak bila last, kemudian biarkan hingga mendidih, tutup api)



Ultimate Chocolate Cake(kak yong)

2 cups all-purpose flour
2 cups white sugar
3/4 cup cocoa powder
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 cup vegetable oil (i substitute it with butter)
1 cup milk
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
1 cup hot, strong coffee

1. In a large bowl, stir together the flour, sugar, cocoa, baking powder, and baking soda. 2. Add the oil, milk, eggs, and vanilla, mix until smooth. Stir in the hot coffee last. Spread evenly into the prepared pan.
3. Bake in the preheated oven for 25 to 35 minutes, or until a toothpick inserted into the cake comes out clean.

***I made the frosting by melting 1 bar of cooking choc with butter and mixed it with 4tbsp of condensed milk. After icing the cake with it, i sprinkled white choc chips on top of the cake to make it more presentable



Notes***
1. Resepi copy & paste jer dari kak yong.
2. For the topping, I beat fresh cream,sprinkle some castor sugar & sifted cocoa powder.
3. Any cake, bila guna air panas, mesti teksturnya jadi mcm kek gula hangus.
4. The taste is good too, baru jer iced semalam dah hilang separuh kek tu, ingatkan nak kasi neighbour sebelah sikit, my sisters suka...
5. Resepi ni dah lama dah copy, tapi baru semalam ada kesempatan nak buat, lupalah pulak..

**Thank you kak yong for sharing the recipe!


Wednesday, 6-Dec-2006 23:04 Email | Share | | Bookmark
Gambar bunga

buah apalah ni yer?
cantik bunga ni
sekawan bunga
View all 12 photos...
Gambar bunga ni diambil di BIO-PARK, ala ala Sunway Petting Zoo kalau kat mesia, kebanyakkan binatangnya yang jinak boleh dipegang. We spent 4 hours inside! Apa taknya, jalan sikit, budak2 dah melekat kat tpt tu, jalan sikit dah stop, jalan pulak berbukit2, rasa memang nak patah balik bila dah setengah jalan coz makin lama tgk jalan makin tinggi nak kena panjat. Nasib baik musim sejuk, takdelah penat sangat berjalannya...


Friday, 1-Dec-2006 14:05 Email | Share | | Bookmark
yeyyyy! I won the entry dedication!

tq mr edoras!
Thank you very much to mr edoras http://edoras.fotopages.com/?entry=999448&back=http://edoras.fotopages.com/?page=0#CommentsTop for the entry dedication! Tak sangka betul leh menang pasal sebelum komen saya, ada komen dari orang lain dulu, tapi saya tetap nak tinggalkan komen! Alhamdulillah!!!


Friday, 1-Dec-2006 13:37 Email | Share | | Bookmark
Nasi minyak ayam

Tumiskan bwg2 & rempah penumis
Tuangkan perencah di atas beras, kacau rata
Masukkan air, susu & garam
View all 6 photos...
Beras basmathi - 1 cwn
Minyak sapi - 1 1/2 sudu besar
Bawang besar - 1/2 biji (dihiris)
Bawang putih - 2 ulas (dihiris)
Halia - 1.5cm (dihiris)
Rempah penumis - kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Serbuk rempah sup - 1 sudu kecil
Air - 1 cwn
Susu cair/segar - 1/4 - 1/2 cwn **bergantung pada beras
Garam secukupnya

Cara:

1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang2, halia dan rempah penumis serentak.
2. Bila dah garing, masukkan serbuk rempah sup, biarkan masak sebentar.
3. Padamkan api, tuangkan perencah ini ke atas beras didalam rice cooker.
4. Masukkan air & susu, kemudian garam secukupnya, kacau rata.
5. Masukkan ayam, kacau rata dan tanaklah nasi seperti biasa.

***Lagi sedap kalau dihidangkan dengan sambal udang atau kari daging.
***Saya lebih suka lebihkan air sedikit.
***Rempah sup digunakan untuk mewangikan perencah...

p/s : story nanti dulu yer pasal bz lah...

-zakiah-


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net