Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Nov-2006 19:44 Email | Share | | Bookmark
Burger

Burger yg dah dibentuk
Burger yg dah digrill
Hidangkan bersama sayur campur
View all 4 photos...
Lagi satu resepi senang. Sejak dah boleh buat burger ni, saya rasa saya takkan beli lagi kot pasal burger yg dijual siap ni selalunya ada bahan pengawet, tak baik untuk kesihatan. Teringat kisah adik sedara saya, dia mmg suka makan burger & hotdog ni dari umo 6 thn, maknya pun setiap kali ke supermarket mesti belikan, sampaikan adik sedara ni pun dah pandai goreng sendiri. One day, kencingnya ada campur darah, waktu tu umonya lebih kurang 10-11 tahun. Maknya bwk ke klinik, pastu kes dirujuk ke hospital. Doktor sahkan adik sedara saya ni kena kencing kotor dlm umo yg muda. Dia kena pantang makanan bergaram, kalau serius, akan ada infection pada buah pinggang, leceh nanti kena buat dialisis jer, sakit lak tu.. Memang susah nak jaga budak yg ada penyakit ni, mana boleh makan luar lagi, kalau makan kat luar, mesti depa letak garam masakan tu, silap2 boh ajinomoto lagi.. Bagi saya makanan segera mengandungi kandungan garam dan bahan pengawet yg tinggi.

Ada jugak atuk saya cerita ada sorang ni, lama kahwin baru dpt anak, kesian, allah uji lama kahwin baru dpt anak, mmg org ni tabah, kalau saya tak taulah camna! Tetiba Allah kurniakan zuriat, tentulah gembira tak terkira! Anak ditatang bagaikan minyak yg penuh, actually terlebih tatang pun. Dari kecik diajarnya makan di restoran makanan segera, suka sangat sampaikan almost everyday nak makan makanan di restoran tu, sampaikan dah masuk sekolah pun, maknya mesti kena dtg hari2 masa rehat kat sekolahnya, bawak bekal makanan yg dibeli direstoran segera. Satu hari, budak ni sakit, saya tak pasti, maknya bwk ke klinik, rujuk pada hospital pulak, puaslah doktor buat test tu test ni, tetiba budak ni kata takleh garakkan bahagian badan dia dari bahagian pinggang sampai ke bawah, doktor sahkan dia lumpuh. Doktor tanya pada mak budak ni, camna pemakanan dia sebelum ni, maknya pun bagitaulah dia dok makan makanan segera jer, apa lagi doktor pun marahlah! Dikatanya, "awak nak bunuh anak awak ke?" Rupa-rupanya makanan segera ni bila dimakan hari2 boleh mengundang penyakit, sila2 haribulan boleh membunuh kita sendiri. Mana taknya, kandungan garam dan bahan pengawetnya tinggi, sekali sekala takpelah.. Kesian mak budak ni, dahlah lama kahwin baru dpt anak, bila dah dapat sorang, silap cara jaga terus anak sakit. Dengarnya kekadang anak itu sering mendapat sawan, sawan ni kalau dibiarkan leh effect otak. Bila saya dah dengar cerita seperti ini, saya dah kurangkan makan makanan segera yg sebelum ni mmg favourite saya. Bila dah sampai jepun ni, takdelah makan kat mcd atau kfc pasal tak halal. Mcdonald jepun ni lagilah, fries pun takleh makan pasal contains of lard!

Cerita2 di atas ni sememangnya kisah benar dan saya tak reka langsung yer... Lagi satu pasal garam. Mak saya selalu pesan jangan beli garam halus, itulah punca penyakit zaman sekarang juga. Kalau nak beli garam beli yang kasar sikit. Garam halus ni depa proses lain, siap ada campur pebenda tah kasi nampak menarik, kalau ikutkan garam halus ni lagi masin dari garam kasar. Orang skrg kebanyakkannya kena darah tinggi pasal garam halus ni lah. Garam kasar ni mungkin orang tak tau boleh dibuat ubat. Salah satu cara yang atuk saya ajar campurkan 1-2 ketul garam kasar kedalam satu botol air, bacakan al-fatehah 7 kali atas air tu, insya allah penyakit tu akan keluar. Selalunya atuk saya guna cara ni untuk ubatkan orang yg kena santau, insya allah keluar santau tu.

Saya memang dah test cara ni, tapi memang kena yakin, kalau tak yakin tak jalan gak apa ubat pun. Kalau makan ubat doktor boleh pulak kita yakin ubat tu boleh membaikkan kita, why not guna kalamullah ini? Anak sulung saya, Husna masa 1 1/2 thn tetiba demam, jumpa doktor 2 kali camtu gak tak kebah2, berlarutan sampai ke seminggu, saya dah cuak pasal takut kena sawan kang pasal demam lama sangat, masa hari ketujuh, doktor dah suruh masukkan ke spital, saya dah nangih2 dah, sapa tak sedih kalau anak sakit, saya jumpa atuk saya dulu, atuk saya kata kenapa tak buat air + garam kasar and baca fatehah atasnya? Saya pun baliklah rumah dulu, suami saya buat air tu, terus kasi husna minum, tak sampai 2 jam demam kebah, saya terperanjat, tapi dlm hati mengucapkan syukur yg tak terhingga sangat2.. Lepas tu terus kebah sampaikan husna dah boleh bangun, saya lega pasal tak payah bwk dia ke hospital. Kalau duduk kat hospital pun mesti kena cucuk sana cucuk sini, hati ibu mana yg tahan tgk anak kena macam tu. Saya bersyukur pada Allah yang maat sangat kerana selepas tu anak saya sembuh sepenuhnya. Air tu sentiasa saya bagi minum lepas dia kebah tu sampailah dia dah baik. Inilah kuasa Allah! Hanya kalimahnya dan keyakinan kita saja yg boleh menyembuhkan penyakit.

Ok, berbalik pada resepi burger pulak... seperti biasa, saya selalunya buat as simple as i can! haha..

BURGER

daging lembu/ayamcincang
Bawang besar secukupnya - dicincang
Lada hitam - a must!
parmesan cheese - favourite saya
Garam - optional
Steak seasoning

**Satukan semua bahan dan gaul rata. Ambil sejemput daging, letak di tapak tangan dan bentukkan daging seperti bentuk burger. Buat tebal sikit, kalau nipis tak berapa juicy. Buat sampai habis daging tu, kemudian pangganglah atas grill pan. Tabur sedikit atas burger tu dengan steak seasoning jika suka masa memanggang tu. Nak buat meatball pun boleh guna cara ni. Bila dah masak, letakkan atas burger bun yang telah disapu mentega dan dipanggang sebentar atas non-stick pan. Saya tak suka makan dgn burger bun, makan camtu saja, ala-ala steak..

**Hidangkan dengan kentang goreng, sayur campur bermayonis dan sos.

**Cara nak buat sayur campur bermayonis ; sayur campur di rebus dgn sedikit garam. Bila dah masak toskan, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan sesudu dua mayonis. Siap dihidangkan!

**Sos saya guna sos cili bermayonis. Sos cili dicampurkan dengan sedikit mayonis (kalau dapat mayonis jepun lagi sedap, yg ada gambar baby kat depan tu), gaul sampai sebati. Siap dihidangkan! Sos lada hitam pun sesuai jugak, nanti saya cari resepi!

sekian,
-zakiah-



Quote:
anna : zakiah ni pasal dok sengsorang kat perantauan nilah baru nak belajar2 masak ni.. kalau kat mesia, takdernyer nak try tu try ni, sebaliknya try makanan kat restoran tu atau restoran ni.. eehehe..
shukri sfawani : bagi saya, kalau buat sendiri lagi sedap pasal kita leh letak bahan apa yg kita nak lebih sikit..
cakcibur : tulah dah agak dah apsal org skrg senang kena penyakit kan? ntah apa2 diorang campur dlm makanan tu.. kisah adik sedara saya kena kencing kotor tu, saya kesian sangat kat dia, bila bwk dia jalan, saya bagi biskut pun dia takut2 nak makan, dia kata biskut ni bergaram, nanti dia sakit lagi, bila dia sakit, warded beberapa hari jugaklah, pastu dia kata asyik kena cucuk kat tangan masuk air jer.. sian dia...
mamafami : sekarang ni mama, macam2 penyakit yang timbul.. kita pun pening apa punca sakit yg pelik2 skrg ni.. next next time saya akan citer salah satu punca kanser yg org tak sangka..tunggguuuuuuuu...
kak rosyya : parmesan cheese tu rasanya masin sikit dan berlemak, kalau dah ada parmesan cheese, takyah letak garam... ni optional jer... kalau takder pun sedap jugak
strozze : memang logik pun cakap strozze tu.. daging lembu kalau ikutkan memang mahal, tapi burger sekeping RM1-RM2 jer... kalau beli daging burger yang blm masak kat supermarket tu lagilah, sekeping berapa puluh sen ajer...
ishzah : ur welcome..
rozzan : memang betul cakap bro tu, kalau masak sendiri, kitalah yg tentukan nak letak apa pun, yes, garam jantan tulah, tapi kalau garam kasar yg tak brp halus pun ok gak buat masakan, jgn yg halus betul tu.. Garam jantan tu sesuai dibuat ubat...
anna : induce 2 kali? uihh haiii... zakiah ni nasib baik dah cukup masa so takyah induce..
F&Z : lama tak makan burger... akak tak teringin ke?
sabrina : tulah.. ikutkan memang pelik macam2 penyakit yang timbul sekarang ni..
ida : parmesan cheese tu optional jer, saya guna pasal husband saya suka.. kalau takder pun sedap gak..
nabia : kalau takder cheese tu pun takper.. sedap gak.. daging ramly pun elok gak tapi jangan selalu coz daging ramly ni kalau tak silap depa dah inject kasi daging tu tahan lama..
zack : tulah zack, nasib baiklah kita takleh makan fastfood kat nihon ni, kalau tak, kita dah hentam kan? tapi tak jugak kot... sekali makan jer dah dekat RM100 habis... bankrap...
mommy d&d : lamanya tak nampak.. patutlah pasal anak2 sakit.. terlebih makan hidangan raya ke atau cuaca panas sekarang? garam kasar tu tumbuk jer semua, dah jadi halus.. ataupun blend jerlah.. penawar demam tu memang kena yakin, kalau tak, tak jalan..


Thursday, 2-Nov-2006 18:55 Email | Share | | Bookmark
Salmon steak & salad ala ceassar

salmon steak..served with fries
salad ala ceasar
Kalau sahabatku dodi tgk tajuk ni mesti dia kata lagi, "hmmm...lidah org putih!" hehe.. Saya dan family memang gemarkan western food, bukannya apa, senang nak buat pun sebenarnya.. Kalau masak nasi putih tu, mesti pening memikirkan nak masak lauk apa, pastu lauk ni masuk ke dgn lauk lauk tu.. Untuk keluarga kecil mcm kami ni (baru 2 anak), better lah masak yg simple jer, takut membazir..

Disebabkan kat jepun ni senang nak dapat ikan salmon (mmg makanan asasi diorang pun), tu yang try buat steak ni. Salad ala ceassar pulak, saya suka makan ceassar salad masa kat mesia dulu tapi kat sini tak tau camna nak cari ikan bilis jeruk (dlm tin), so buat salad apa yg ada jelah. Kalau basic salad tomato; beberapa helai daun lettuce + tomato sebiji + 1-2 sudu mayonis.. Tapi disini saya ada buat tambahan sikit utk melepaskan gian saya pada ceassar salad..

SALMON STEAK

2 keping fillet ikan salmon - dicuci bersih dgn jus lemon/limau & sedikit garam
sedikit lada hitam
2 ulas bwg putih - dicincang
1cm halia - dicincang
**perapkan sebentar salmon dgn lada hitam, bwg putih & halia, kemudian panggang atas grill pan hingga masak.

Sos lemon :
2 helai daun bay
1 suduteh mentega
1/2 cwn mushroom soup - instant pun boleh
1/2 biji lemon - dptkan jusnya
1/2 suduteh kulit lemon yg diparut - saya letak suku jer pasal kulit lemon ni pahit
1/2 suduteh herba campuran - oregano, parsley, basil
sedikit lada hitam

Cara :

1. Panaskan mushroom soup hingga mendidih, masukkan mentega, kacau rata.
2. Bila dah wangi masukkan lada hitam, jus lemon, kulit lemon, daun bay & herba campuran ke dalam sup.
3. Kacau perlahan-lahan, kecilkan api dan terus memasak.
4. Setelah sup pekat, matikan api & tuanglah di atas salmon steak tadi..

Notes :
**Saya marinate salmon dgn bwg putih & halia utk menghilangkan hanyir pada ikan ni, petua nak hilangkan hanyir ikan atau daging apa2 pun, kena marinate atau letak halia dan bwg putih lebih sikit.
**Lada hitam salah satu fungsinya untuk mematikan kolesterol pada udang, sotong, kuning telur, dll.. Caranya, rebus sebentar udang dgn lada hitam ataupun masa nak makan udang tu, taburkan sikit lada hitam, insya allah boleh buang kolesterolnya..
**Kalau nak buang bisa or gatal2 pada seafod, rebus sebentar lebih kurang 5 minit bersama 1-2 sudu lada hitam.


SALAD ALA CEASSAR

daun lettuce - 3-4 helai (dihirs)
seibiji tomato - dihiris nipis atau dipotong dadu
crouton - kalau takder, sapu garlic butter pada roti, bakar dlm oven, kemudian potong dadu
mayonis - 1-2 sudu besar
sedikit garam
sebiji telur rebus - dipotong nipis (optional)
Parmesan cheese

Cara :

1. Letak daun lettuce dan tomato dlm satu mangkuk, gaul rata mayonis kedalamnya.
2. Masukkan telur rebus, jika suka dan gaul lagi, tabur sedikit garam, gaul lagi.
3. Akhir sekali taburkan crouton ke atas salad.
4. Taburkan juga sedikit parmesan cheese. (saya letak banyak..hehe)


Salad ni kalau diratah camni saja pun memang sedap. Sekian untuk hari ini..

-zakiah-


Monday, 30-Oct-2006 23:46 Email | Share | | Bookmark
Bihun goreng tomato

 
Bihun jenis ni ada disebut dlm fp kak rosyya, resepi ni sebenarnya masakan tradisi belah mak saya. Sampaikan sedara mara yg dtg berkunjung pun request bihun ni. Macam saya pulak, ni jelah bihun yg saya tau buat pun, yg lain tak reti lagi... Sedap jugak, tak pedas, bebudak pun boleh makan..

BIHUN GORENG TOMATO

Bawang putih 4 /5 ulas- dicincang
Mihun setengah bungkus - direndam dgn air panas bergaram, sampailah lembut
Sos tomato 5-6 sudu besar
Ayam/ daging - dipotong kecil
Sawi - setengah pokok (dihiris)
1/2 cwn air
Garam secukupnya

Cara :

1. Tumis bawang putih sampai naik bau, jgn lama sangat nanti hangus. (api sederhana)
2. Masukkan ayam atau daging, biarkan masak.
3. Masukkan sos tomato, biar sebentar, kemudian masukkan 1/2 cwn air dan sedikit garam, rasakan perencah ini..
4. Masukkan mihun dan dikacau rata, kemudian barulah dimasukkan sayur.
5. Bila sayur dah layu barulah diangkat dari api.
6. Siap dihidangkan.

Few notes:
**Saya letak sikit bawang merah pasal saya tak brp suka rasa bwg putih sahaja.
**Actually boleh juga letak udang atau sotong tapi jgn dicampur dgn daging/ayam coz rasanya dah lain. For me, letak daging paling best.
**Ada juga yg letak taucu, dimasukkan sebelum sos tomato, ok gak pasal rasanya yg masin sikit, tapi takleh letak garam.
**Kalau nak pedas sikit, letak cili kisar sesudu ataupun 2-3 sudu sos cili.
**Sayur saya letak carrot pasal anak saya tak suka sawi, ikut jelah selera budak ni.

sekian,
-zakiah-


Quote:
yangmazni : salam aidilfitri jugak pada akak sekeluarga, aiseh... nak salam tapi jauh.. p/s : kawan saya maybe akan ke oitta december ni.. saya balik mesia
nabialishad : anak saya 2 org ni jer, walaupun 2 org saya dah rasa macam 10 org pasal diorang suka berkemas so nampak macam rumah ni ada 10 anak.. hehe
mamafami : ha ahlah mama, budak mmg suka makan pun pasal tak pedas
ida : kak ida ni org melaka ke? saya pun org melaka gak..
nunu : itulah yg akak dgr kat sabah seafoodnya mmg fresh and murah. aritu makcik akak ke sana, dia bwk balik sekotak udang.. nunu tak borong ke?
rossya : akak jgn tak tau, sblm ni saya buat mi ni asyik tak jadi jer, ada jer silapnya, terlebih rendam bihunlah, lupa letak garamlah, ish.. macam2, dugaan nak reti masak ni, tu blm pandai lagi tu..
ida : alahai... last2 kak ida yg dpt resepi biskut tembikai tu dulu, insya allah saya akan try buat minggu depan, bila akak dah buat nanti update fp yer..
sabrina : ur welcome sab, cubalah, manalah tau bebudak suka kan, selalunya kalau utk budak org selalu goreng mi dgn kicap, mi dgn sos tomato ni ada kelainannya..
f & z : betullah kak fazi, mihun ni macam maggi jer pasal sng gak nak sediakan and cepat.. hehe..
aureanayz : salam aidilfitri jugak pada akak dan keluarga, maaf zahir & batin!
fliffy : buah tomato pun mmg sedap diratah camtu jer, tapi zakiah lagi suka buat salad..


Friday, 27-Oct-2006 00:28 Email | Share | | Bookmark
Nasi beriani diana & kari kambing

Nasi beriani Diana
Kari kambing
Mesti ada yg tertanya2 ni, nasi beriani lagi? Hmm... nasi beriani ni lain pulak caranya nak membuat. Resepi ni saya ambik dari kawan saya di ariake, Diana. Saya memang suka try beberapa versi nasi beriani ni. Husband saya cakap nasi beriani diana ni rasanya mcm nasi beriani pakistan. Kari kambing pulak pasal husband saya suka makan kambing, saya tak pernah lagi.. So dia dgn suka hatinya conquer kari kambing tu, siap tersandar lagi lepas makan tu..

NASI BERIANI DIANA

beras basmathi (sukatan 1 cwn beras + 1 1/4 cwn air)
Rempah beriani (kalau takde ikut method di atas) - 1-2 sudu besar (ikut banyak beras)
Minyak sapi - 2-4 sudu besar (ikut banyak mana beras)
Rempah penumis - kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 2 biji besar
Halia - 2-3 cm
Limau kasturi/Lemon - sebiji kasturi/1/2 lemon utk 1 cwn beras
Tomato puree - 1-2 sudu kecil utk 1 cwn beras
Daun pandan disimpul
Garam

Cara :

1) Beras dibasuh dan ditos.
2) Panaskan minyak sapi.
3) Tumiskan bawang2 & halia dan rempah penumis & daun pandan yang disimpul.
4) Bila bawang2 garing, masukkan rempah beriani, dikacau rata.
5) Biarkan sebentar, kemudian masukkan jus limau kasturi/lemon, kacau rata.
6) Padamkan api dan campurkan masakan rempah beriani ini ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi.
7) Kacau rata, masukkan tomato puree, kemudian barulah dimasukkan air secukupnya dan garam, kalau tak pasti, rasa campuran ini.
Kalau nak sedap, campurkan susu cair atau fresh milk, gantikan 3/4 cwn air dgn 3/4 cwn susu.


KARI KAMBING

kambing - 200 ke 300gm
serbuk kari - 2 sudu besar
serbuk kunyit - 1 sudu kecil
serbuk ketumbar - 1 sudu kecil
serbuk jintan putih - 1 sudu kecil
**serbuk semua ni disatukan dan dibancuh dgn sedikit air, kemudian perapkan pada kambing

Bawang besar - 1 labu
Bawang putih - 3
Halia - 2cm
Kentang - sebiji dua dibelah 4 atau 6
1/2 cwn santan atau susu segar
sedikit kicap manis
Garam secukupnya

Cara-cara :-

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan sedikit.
2. MAsukkan kambing yang telah diperap tadi, masaklah hingga naik minyak rempahnya.
3. Sesudah naik minyak, masukkan air secukupnya dan kentang.
4. Bila sudah mendidih (biarkan lama sedikit), masukkan santan atau susu dan garam.
5. Bila santannya sudah sebati masukkan sesudu dua kicap manis, kacau rata dan matikan api.

sekian,
-zakiah-



Quote:
kak ida : agaknya perut akak time tgk gambar ni tengah kosong kot.. hehe
edoras : sesungguhnya memang terasa syahdu beraya kat jepun ni, tanyalah memana malaysian yg beraya luar negeri, sekurang2nya mesti ada sekelumit rasa syahdu tu walaupun org malaysia ramai..
dr. ali : kari kambing pun favourite husband saya, kalau dia dapat ni, saya lalu kat belakang pun tak perasan.. tapi saya happy sebab at least adalah jugak masakan saya yg dia suka
amilin : selamat hari raya to you to..
kak rosyya : tak dapat nak teruskan lebaran disini sebab takder rumah sedara mara yg nak dilawat.. have fun for hari raya ni dgn family kak rossya..
mamafami : actually resepi ni untuk kari daging lembu, tapi dah kesian kat husband tu pasal dah rindu nak makan kambing, saya pun trylah masak, nasib baik jadi.. saya rasa sama je kot rencah kari untuk lembu and kambing ni..
nunu : nanti bila nunu dah try masak ni, upload kat fp nunu yer..
nn : angpow raya? mestilah nakkkkkk... tapi kenalah berisi duit dlm tu yer... hehe... thnax for visiting my fp!
sabrina : memang pun banyak version beriani ni, zakiah pulak suka try beberapa version beriani ni, nanti nak ambik resepi dari mak pulak, tapi bagi saya lebih kurang jer rasanya cuma susah ke senang nak buat, tu ajer.. p/s: saya pun tak suka makan kambing, kembang tekak rasanya.. hehe
f & z : beriani ni saya masak masa bulan puasa aritulah kak... open house tak larat nak buat pasal bulan puasa dah buat 2 kali..


Thursday, 26-Oct-2006 23:44 Email | Share | | Bookmark
Raya di nagasaki, Japan.

mari-san, athirah & amirah, me& kids, dodi & damia
me & mari-san(secretary shipyard)
Husna & Jazli(anak athirah)
View all 12 photos...
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Lailahaillallahu Allahuakbar,
Allahu akbar walillah ilhamd...

Memang syahdu mendengarkan takbir raya ni dari staf MiSC disini dan student kat Universiti Nagasaki ni.. Terasa macam nak balik kampung dan dan tu jugak. Walaumacam manapun, bila dah berkumpul ramai2 tu, berbuka puasa pada hari last puasa memang menyeronokkan, terubatlah rindu memasing kat kampung halaman. Dah macam family kitorang kat sini.

Bila tiba hari raya, saya ingatkan raya sini tak semeriah mesia, mesti dull suasananya, oh tidakkk... Kat sini pun meriah jugak walaupun sederhana. Makanan melambak kat atas meja, dimasak oleh 3 ibu; saya, dodi & athirah ( wife boss) Anaknya yg sulung pun main sesama dgn anak2 saya, so, kat rumah athirah nilah saya dapat makan2 dengan tenangnya, selama ni kalau pegi rumah orang takder chance nak makan pasal anak2 saya takut orang.

Kami semua berkumpul di rumah athirah pasal rumahnya paling besar antara semua ni, maklumlah rumah boss, kenalah besar. Ramai yg dtg, the student rasanya lebih dari 10 org, orang Egypt pun ada, staf MISC and family adalah lebih kurang 10 org kot, staf pun tak ramai kat sini. Apa yangboleh saya katakan kat sini, sememangnya meriah jugak raya kat sini bila reramai berkumpul. Sempat jugak 3 ibu ni bertukar2 resepi.. hehe.. Tapi, saya rasa kecewa sebab saya lupa ambik gambar makanan, sory kak rossya!

Raya kedua baru call family since pada mlm raya dah cakap2 dgn diorang. Bila call adik, diorang beraya di melaka, selama ni first raya beraya di perak, raya kedua atau ketiga baru balik melaka. Adik saya cakap, dia nak beraya kat melaka masa first raya kalau boleh tiap2 tahun. Sebabnya... makanan sedap2, diorang asyik makan jer.. Ada satu rumah tu hidang nasi lemak, adik2 saya siap masukkan balik separuh nasi lemak dlm rice cooker tu balik, kononnya banyak sgt, nanti tak habis. Makcik tu sound, korang tak rasa lagi, ni nasi lemak original tau! Nasi lomak kat kl tu bukannya sodap bonar, so diorang pun tak jadilah masukkan balik separuh nasi tu dlm rice cooker. Sekali memang betul ckp makcik tu, memasing siap bertambah nasi plak tu, dengan bapak saya yg jaga pemakanan dia pun tambah sekali... hehe.. Makcik tu siap kata lagi, "AKu dah khabarkan dah tadi, memasing tadi eksen".. hehe... Apa taknya sedap, makcik tu buat nasi lemak guna kelapa yang dikait kat belakang rumah, lepas tu mesin kelapa tu sendiri, santan baru, of courselah sedap and manis sikit.. ish ish... teringin betullah saya nak makan nasi lemak makcik tu...

Bagi saya, walau dimana pun kita berada, raya di mesia jugak yang best walaupun hanya beraya di kl! Tapi kalau dapat raya di kampung lagilah meriah, bebudak main bunga api pun bebas...Ada kawan saya kat sini, selama 4 thn berturut2 raya kat jepun, this time wife dia nak bersalin kat mesia, so dptlah anak and wife beraya kat mesia sekali. Anak2nya seronok dpt raya kat kampung, tapi yg kelakarnya anak dia taktau duit raya tu apa.. hehe... Agaknya sukalah tuan rumah kot kalau ada budak yg dtg rumah dia takmo duit raya..

sekian,
-zakiah-


Quote:
anna : tulah, merasa jugak beraya kat perantauan ni. Zakiah memang ada hajat nak berjumpa kengkawan fp ni, tapi bergantung pada waktu lapanglah yer, zakiah balik nanti pun pasal adik nak tunang, for sure sibuk buat persiapan tu.. parent zakiah dok kat subang jaya, bapak zakiah yg keje kat putrajaya dulu, la ni kat jabatan tanah & galian kat kl pulak..
BEAUTCONNECTION : thanx for the raya wish, same goes to you!
f & z : untuk raya tahun depan kita nak pakai kaler apa kak? pakatlah.. hehe


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net