Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Oct-2006 02:47 Email | Share | | Bookmark
M&M's cookie

M&M's cookie
Want some? :)
This is the last kuih raya I made for this year. actually the recipe requires the M&M's mini baking bits which is not available at malaysia, but, since I miss this cookie so much I used the real M&M's candies. I can't stop eating it even I hide it...hehe..

M&M's COOKIE

3/4 cup butter
3/4 cup granulated sugar
3/4 cup brown sugar
1 egg
1 teaspoon vanilla

To be combined:
2 1/4 cup all-purpose flour
1/3 cup cocoa powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 3/4 cup M&M's mini baking bits
1 cup chopped walnuts - optional

Method :

1. Cream butter and both sugars.
2. Add egg and vanilla, mix well.
3. Add in the combined ingredients, stir well.
4. Lastly, stir in M*M's and walnuts- if desired..
5. Drop 1 teaspoonful on the greased oven tray or on cookie sheet, gap for 2cm for each cookie to allow expands.
6. Bake for 12-14 mins for chewy or 15-20 mins for crunchy cookies.

As usual, I didn't put nuts because my children don't like it.

Sekian pada hari ini!

-zakiah-


Quote:
ouled kenitra : silalah keteratak hamba yang tak seberapa ni
kak mazni : walaupun raya kat rantau orang, kuih raya mesti nak ada
ida : silalah cuba.. memang ada kelainan m&m's cookie ni pasal warnanya yg menarik perhatian
niria2 : memang comel and menarik perhatian budak2 pasal warnanya yg menarik, anak saya pun nak pilih sendiri kaler m&m's tu..
anna : cookie ni zakiah letak 1 yg biasa, 1 yg ada kacang tu.. o0o0.. kerja kat kl, jauhnya dari putrajaya tu..pukul brplah keluar dari rumah tu yer nak pi keje..
mamafami : kalau boleh saya nak letak 3 m&m's tapi takut biskut tu jadi gedabaklah pulak, besar sangat
amy : welcome to my page! Tokyo is very far from place, insya allah kalau ada rezeki nak kesana jugak pasal nak ke disneyland tu, mesti bebudak suka.
fliffy : basic cheese cake : 500gm cream cheese (kalau boleh brand kraft), 3/4 cwn gula, 3 biji telur. Pastu untuk crust: biskut apa2 kisar jadi halus + butter cair secukupnya , gaul sampai sebati, ada org suka crust yg tebal, ada yg nipis. Insya allah akan saya upload basic cheese cake recipe ni sikit masa lagi kalau saya ada masa nak buat..
nunu hai nunu! tq for visiting my page! memang sedap pun cookie ni, ni zakiah dah sorok dah, kalau tak, tak sempat berayalah cookie ni.. hehe


Saturday, 14-Oct-2006 21:22 Email | Share | | Bookmark
Kuih rayaku telah siap dibuat!

Hazelnut chocolate ball
hazelnut ball- sebelum dibakar
Hazelnut ball - selepas dibakar
View all 5 photos...
yey yey! Kuih raya dah siap dibuat! Lepas ni tumpu utk kek and hidangan raya pulak!

1) HAZELNUT CHOCOLATE BALL

250gm butter
100gm hazelnut kisar (kalau takder, bakar hazelnut, kemudian kisar)
250gm tepung hongkong atau tepung superfine
70gm gula aising
50gm tepung beras
1 suduteh vanilla essence
Kacang hazel secukupnya - dibakar ( lebih kurang 130gm)
Paper cup kecil & coklat rice secukupnya
200gm coklat masakan - dicairkan secara double boil bersama 1 suduteh shortening/marjerin

cara-cara :

1. Pukul buter, gula aising, hazelnut kisar dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan tepung hongkong dan tepung beras.
3. Bila dah jadi doh, buat bulat kecil2.
4. Ambil satu bulat dan leperkan, letakkan kacang hazel ditengah2 dan balutkan.
5. Buat bulat kecil saja supaya muat masuk papercup kerana bila dah bakar biskut ni akan kembang sikit.
6. Bakar pada suhu 160c hingga masak - lebih kurang 20 - 25minit, bergantung pada oven
7. Tunggu biskut sejuk, barulah dimasukkan ke dalam papercup dan disalut dengan coklat, taburkan coklat rice ke atasnya..

**Disebabkan coklat masakan dah habis, saya guna coklat bar yg kita makan tu, jadi jugak!
**Oven saya ni kalau set suhu bawah 180c terus padam apinya, nak tak nak kena set jugak 180c, dibakar selama 20 minit...nasib tak hangus..
**Saya letak topping coklat cair tu masa coklat tu masih panas lagi jadi masih cair dan senang untuk diletak atas biskut. Saya guna pisau sapu butter yg kecil, diletak atas biskut dulu, kemudian baru diratakan sekelilingnya. Ada yg guna teknik celup, tapi tangan akan jadi comot.
**Coklat masak ni lebih sesuai dicairkan bersama dgn shortening atau marjerin kerana lepas tu coklat keras elok, kalau butter kureng sikit tapi guna butter lagi sedap.
**Lepas disalut dengan coklat atasnya, tunggulah hingga kering bebetul barulah disimpan dlm bekas kedap udara, kalau tak, coklat tu akan tanggal2 & bercampur aduk dgn biskut lainlah jawabnya..
**Kalau nak cepat sejukkan coklat tu, masukkan dlm fridge..


Resepi biskut ni dah lama ada dalam senarai, tinggal nak buat ajer, tapi disebabkan saya takder tepung hongkong, so hasrat tu dipendamkan ajer dulu. Nasib baik sis rossya kasitau leh substitute dengan tepung superfine, thanx sis! Kepada seri (seriyati), biskut ni tak gunakan telur, cubalah! Kalau tak suka hazelnut atau anak allergic dgn kacang, ignore it dan gantikan dgn tepung saja.. Buat ni memang penat sikit sebab nak letak topping coklat tu memang ambik masa, saya jenis yg teliti, so saya buat berjam2 lah jugak, tapi hasilnya memang berbaloi... sedapppppp!!! Hari raya haji ni insya allah saya akan beraya di Malaysia. Akan saya buat lagi biskut ni utk keluarga disana...

Lamington cookie ni pulak memang dah jadi wajib tiap tahun. Seminggu jer boleh habis ni dikerjakan adik2 saya.. So selalunya biskut ni saya buat last2 puasa, kelau buat awal, memang sah kena buat lagi... Resepinya ada kat link di sebelah kiri..

Biskut nescafe ni pulak, memang dah lama saya cari.. NAsib baik sis rosyya yang bagi ni, million thanx to you sis for helping me! Biskut ni dulu masa belum kahwin memang akan dibuat mak saya tiap2 tahun tapi tah macam mana buku masak belovednya itu boleh hilang... tension kitorang semua pasal banyak resepi tradisi dlm tu.. Menurut mak saya, yang buat sedap biskut atau kek tu kalau guna bahan yg sedap dan berkualiti.. resepi sedap camna pun kalau guna bahan kurang sedap, kurang sedaplah jadinya! so... lebih baiklah kuih raya ni kita buat sendiri, puas hati!

2) BISKUT NESCAFE

250gm butter
2 biji kuning telur
125gm gula aising
75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung
450gm tepung gandum - diayak
4 sudubesar serbuk nescafe - diayak
sedikit esen kopi - kalau takde, 1 suduteh serbuk kopi dibancuh dgn sedikit air panas
manik2 gula atau coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan

cara-cara :

1. Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe dan esen kopi dipukul rata.
2. Masukkan tepung hoen kwee.
3. kemudian masukkan tepung gandum dan ulilah hingga doh lembut.
4. Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut.
5. Bakarkan pada suhu 160c hingga masak - lebih kurang 20-30 mins

**Biskut ni takder hiasan pasal hiasannya telah dihabiskan oleh anak-anak saya.. tah bilalah diorang makan ni, tau2 dah abis.. mesti ambik senyap2 dlm fridge ni..


Sebenarnya tak bagus untuk kita buka pintu oven selalu untuk check either kek atau biskut tu dah masak ke belum, boleh bantat jadinya nanti.. Macam saya nak tau kek atau biskut tu dah masak ke belum saya tunggu sampai keluar baunya barulah saya check, selalunya lepas keluar bau saya bagi masa 5-10 minit lagi untuk keluarkan biskut atau kek tu.. Biskut tak boleh dibakar pada suhu melebihi 180c- boleh hangus wooo atau tak masak dalam.

Tips untuk membuat biskut:

1. Untuk mendapatkan biskut yg masak sama rata, buatlah saiz yang sama..
2. Untuk adunan biskut, kalau lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan didalam plastik, masukkan ke dalam petisejuk sekurang2nya 30 minit.
3. Untuk adunan biskut yang agak keras sikit, tambahkan sesudu susu segar.
4. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar, biarkan sebentar diatas oven tray itu selama 5 minit, kemudian barulah dialihkan ke rak kek untuk menyejukkan biskut.
5. Untuk mengelakkan biskut dari jadi leper, elakkan guna oven tray yg panas untuk biskut yg baru hendak dibakar, sejukkan dulu oven tray dulu dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu..

Sekian pada hari ini!

-zakiah-


Quote:
mamafami : mintak2 masinlah mulut mama ni zakiah leh jadi pakar masak
kak rosyya : kalau time biskut saya ni jadi, cantiklah rupanya, kalau time tak jadi..huwaaaaaa....hangus atau lemau!
anna : ish ish ish.. kita ni ibarat setahun jagung lagi, manalah nak sama dengan jagung yang bertahun-tahun tu... hehe
rozzan : Tq very much for ur tips. My next batch hazelnut choclate ball will be using ur tips
ida : sila...sila... resepi dlm fotopage ni memang utk dikongsi dgn org ramai
iryani rasanya pun sedap..cubalah buat yer..


Saturday, 14-Oct-2006 19:58 Email | Share | | Bookmark
How to make yeast dough...

 
Step 1 - mix half of dry ingredients with wet
Step 2: mix the remain flour until dough leaves the side of bowl
View all 7 photos...
I want to share with all viewers in my fotopage about 'how to make yeast dough' step by step.

This is the way that I used to make my doughnut and the other foods that uses yeast!
Hopes this helps to newbies like me! Tak susah kan?

sekian pada hari ini!

-zakiah-


Quote:
j.e.j.a.k.a : Selamat mencuba yer dan selamat menyambut ramadhan jugaa!
dilaOHdila : kuih tu time tgh rajin buat jer, time tak rajin datang..hehe..satu kuih pun takder raya tu..


Friday, 13-Oct-2006 23:04 Email | Share | | Bookmark
Ayam goreng oyster & sup ikan

Ayam goreng oyster
Sup ikan - ignore the look because I put less water
Ayam goreng oyster ni sesuai untuk bebudak pasal ada manis sikit dan takder rasa rempah, kebanyakkan bebudak tak suka rasa rempah ni.. tapi org tua pun suka gak rasanya ni pasal ada kelainan selain dari ayam goreng biasa yg menggunakan serbuk kunyit dan garam...

AYAM GORENG OYSTER

kepak atau peha ayam - part lain pun boleh gak sebenarnya..
halia 1 inci (dikisar atau dicincang)
bwg putih 1 ulas (dikisar atau dicincang)
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap manis

***Ayam dibasuh bersih, ditos dan dikeringkan dengan tisu (supaya bahan perapan mudah mesra) dan peraplah dengan semua bahan diatas..
***Kemudian digoreng dengan api sederhana panas...

I love fish! Sup ikan ni saya guna formula mamafami buat sup , serbuk rempah sup + serbuk jintan putih sikit... memang sedap! Husband saya pun suka sup formula mamafami ni. Tapi kan kat sini takder daun sup, kalau ada mesti lagi sedap sup ni!

SUP IKAN

Bahan-bahan:

Ikan - 3 ke 4 keping
Bawang merah - 3 ulas
Bawang putih - 1 ulas besar
Halia - 2 cm (kalau buat sup, halia lebih pun takper)
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 sudu kecil rempah sup + secubit jintan putih
Carrot - 1/2 batang
Garam secukupnya
Daun bawang

Cara :

1. Tumiskan bawang merah, putih, halia dan rempah penumis semua.
2. Setelah naik bau, masukkan ikan, carrot dan air secukupnya.
3. Kacau sebentar, kemudian masukkan rempah sup dan jintan putih, kacau sedikit, biarkan hingga ikan masak..
4. Masukkan garam secukupnya dan akhir sekali barulah dimasukkan daun bwg yang telah dihiris..
5. dah siap sup ikanku...

**Saya guna cara yang sama untuk buat sup ayam, daging dan tulang.
**Kalau nak pedas sikit campurlah lada sulah atau lada hitam pada masa garam dimasukkan.

Sekian pada hari ini..

-zakiah-


Quote:
dr ali : yang saya buat ni sup ikan merah, ikan lain kurenglah sikit
mamafami : Inilah rasa sup yang sebenar, mamafami.. hehe
ouled kenitra : tahan sikit yer, lagi brp jam jer nak buka puasa ni.. hehe
kak nabia : saya ada try cara buat sup ni tapi tak tumis, ok gak rasanya cuma kena letak halia bebanyak nak kasi rasa sedap sikit
kak leen : ayam goreng oyster tu memang bebudak suka, ni cousin saya yg ajar buat, dia selalu buat utk anak2 dia, memang licin..


Wednesday, 11-Oct-2006 14:14 Email | Share | | Bookmark
Oreo cheese cake & sotong goreng tepung

sotong goreng tepung
oreo cheese cake
Bebudak yang perasan tiap kali ada kek,
View all 5 photos...
Dah beberapa hari ni sakit gigi, semuanya pasal gigi bongsu baru nak tumbuh ni and ditolaknya gigi geraham sebelahnya sampai pecah sikit, dah berlubang gigi tu... ishh.. sampai bengkaklah jugak pipi sebelah ni.. Kalaulah sesapa ada petua utk hilangkan sakit gusi/gigi ni tolonglah bagitau.. dah tak larat dah ni...

Husband zakiah ni suka makan cheese cake daripada kek coklat, zakiah ni plak hantu coklat.. hehe so.. selamat cokelat den.. This is my second time baking cheese cake, the first one was lemon cheese cake, cepat muaklah makan lemon cheese cake ni.. This time try oreo plak since the children pun suka makan biskut oreo. Here is the recipe :

OREO CHEESE CAKE :

1 pkg. (1 lb. 2 oz.) OREO Chocolate Sandwich Cookies, divided
1/3 cup butter or margarine, melted
3 pkg. (8 oz. each) PHILADELPHIA Cream Cheese, softened
3/4 cup sugar
1 cup Sour Cream
1 tsp. vanilla
4 eggs

Method :

1. PREHEAT oven to 350°F if using a 9-inch silver springform pan (or to 325°F if using a dark nonstick 9-inch springform pan). Finely crush 30 of the cookies. Coarsely chop remaining 15 cookies; set aside. Mix crushed cookies with butter. Press firmly onto bottom and 2 inches up side of pan; set aside.

2. BEAT cream cheese and sugar in large bowl with electric mixer on medium speed until well blended. Add sour cream and vanilla; mix well. Add eggs, 1 at a time, mixing on low speed after each addition just until blended. Gently stir in chopped cookies. Spread into prepared crust.

3. BAKE 55 minutes to 1 hour or until set. (If necessary to prevent top from overbrowning, tent with foil during last 15 to 20 minutes of baking time.) Cool completely on wire rack.

4. REFRIGERATE at least 4 hours. Run knife or metal spatula around side of pan to loosen cake; remove side of pan before serving.

Notes :
**I used 2 (250gm) Philadelphia cream cheese
**I used 1/2 cup sour cream
**I used 3 eggs only as I reduced the quantity of cream cheese

For me, oreo cheese cake ni makin lama makin sedap. tapi kena simpan dlm fridge lah! Actually I don't really like the sour taste tapi my husband dah suka so boh jelah, sesapa yg tak suka rasa masam tu takyahlah letak sour cream tu. Cake ni pun boleh disejukkan dlm fridge saja tak payah bakar. Caranya, tambah 1 sudu gelatin dibancuh dgn sedikit air panas, masukkan ke dalam adunan. Kemudian masukkan dalam fridge sekurang-kurangnya 4 jam atau sampai dah keras..

Ok, the next recipe is sotong goreng tepung. Resepi ni dapat dari iszah. Pehhhh... memang sedap sotong goreng tepung ni! Thanx iszah for the recipe.tapi zakiah ada ubah sikit resepi ni, ikut tekak kami suami isteri, sorry yer iszah, jangan marah eh! Husband pun puji sedaplah sotong ni, licin...

SOTONG GORENG TEPUNG:

sotong yang dipotong bulat - ikut banyak mana nak
1 sudu besar lemon - atau secukupnya utk perap sotong
lada hitam - penting ni utk hilangkan/matikan bisa/gatal drpd sotong tu
bawang putih - seulas (dikisar atau dicincang)
halia - 1-2 cm (dikisar atau dicincang)
***peraplah sotong dengan semua bahan di atas

telur - sebiji (dipukul dgn garpu)
tepung beras - 1 sudu besar
tepung gandum - 1 sudu besar

Cara :

1. celupkan sotong yg diperap tadi pada telur, kemudian digolekkan pada tepung.
2. Gorenglah pada api sederhana sehingga warna bertukar keperangan.
3. Hidangkan dengan sos cili..

**Sedikit info :

Lada hitam menurut atuk saya boleh mematikan bisa makanan laut, caranya, rebus makanan laut seperti sotong dan udang sebentar bersama dengan lada hitam dan sedikit garam. Kalau takmo rebus, peraplah makanan laut dengan lada hitam.
Selain drpd itu, lada hitam juga boleh mematikan kolesterol didalam kuning telur. seperti yang kita tau, kandungan kolesterol didalam kuning telur adalah tinggi. Caranya, pukullah telur dengan sedikit lada hitam sebelum dimasak..

Sekian pada hari ini! Cerialah selalu!

-zakiah-

Quote:
kak rosyya : ha ah lah kak, cheese cake ni saya pun rasa muak sikit, tapi husband saya memang suka so buat jelah, kita pun makan sikit2 jer..
iszah : phewww... lega iszah tak marah.. thanx again for the recipe!
Sabrina : memang sedap oreo cheese cake yg kat secret recipe...ishhh..budak ni buat kita rindu nak makan kek kat situ..
j.e.j.a.k.a : selamat menyambut ramadhan jugak, tak sabo tunggu raya ni..
anna : operation? tidaaakkkkkkkkkkkkk.... zakiah takut doktor!
iryani : welcome to my page..
mommy d&d : sour cream tu tak sama tau whip cream/cream biasa, sour cream ni masam sikit. tapi kalau nak letak whip cream pun boleh ganti sour cream tu kalau tak suka masam.. cream ni just utk texture yg gebu..
mamafami : mama trylah guna udang buat goreng tepung, pastu bagitau yer sedap ke tak, kalau sedap baru kita try.. hehe
diana : my dear fren, make sure sotong tu disalut habis dgn tepung, maknanya jgn ada basah2, kena kering, kalau ada basah sikit tu yg meletup2 bila goreng tu..
kak mazni : doktor kat sini ok ke? kalau kat mesia saya dah takut doktor, sini lagi lah kan.. hehe
kak nabia : thanx for the tips kak! doktor nanti buang gigi tu? takperlah... nanti-nanti jelah jumpa doktor tu... hehe.. salam perkenalan jugak pada kak nabia! Terima kasih sebab sudi jenguk fotopage zakiah ni


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net