Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Oct-2007 00:17 Email | Share | | Bookmark
hari raya di nagasaki with family from malaysia!

My family raya at nagasaki!
My parents!
My siblings
View all 20 photos...


Thursday, 11-Oct-2007 16:51 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua pengunjung fotopage ini kerana telah lama tidak update fotopage ini dgn resepi baru. Alasan pertama, saya sibuk dengan persiapan membuat majlis berbuka puasa di rumah saya ini pada 7/10 (Ahad) yang lepas. Minggu itu adalah merupakan giliran rumah saya membuat majlis berbuka puasa & saya mengambil keputusan untuk membuatnya secara buffet ramadhan, iaitu banyak pilihan makanan, kerana, ramadhan & syawal ini merupakan yang terakhir bagi kami di nagasaki ini. Kami akan pulang terus ke Malaysia pada awal disember nanti! Saya telah membuat persiapan dgn menyiapkan rempah2, rencah & segalanya bermula pada Rabu lagi kerana saya tidak mau kelam kabut di saat akhir, dengan 2 anak yang masih kecil lagi yg sentiasa inginkan perhatian... Saya telah memasak nasi tomato, nasi beriani, ayam masak merah bermadu,lontong, sate (saya gunakan resepi mamafami, memang sedap!), chocolate & cheese cupcakes, roti jala (adunan je saya buat, tukang menjalanya linda & fiza), M&M's cookies (resepi ada di link sebelah kiri) & donat chef li... jadi bolehlah bayangkan macam mana sibuknya saya dengan persiapan membuat ini semua.. Saya ada belajar membuat kari penang dari azy (sahabat di sini), mmm... memang sedap! Insya allah akan uploadkan resepinya nanti!Pada sahabat2 saya semua yang telah menolong membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa saya itu, saya ucapkan bebanyak terima kasih! Budi anda semua tidak dapat kami lupakan.. terutamanya linda yg telah sarat mengandung tapi masih ada kudrat untuk menolong & Azy yang telah datang kerumah saya dari malam harinya lagi & maslina mohd aris yang tidak duduk dari waktu dia datang lagi...Gambar takde yer pasal tak sempat nak ambil pun!

Alasan kedua saya tidak dapat update fotopage ini, yang nilah paling sadis sekali! Sehari selepas majlis saya ini, iaitu pada hari 8/10, komputer saya secara tiba-tiba telah diserang virus yang menyebabkan suami saya telah reformat kembali komputer ini. Hasilnya, habis semua gambar2 masakan saya hilang! Adalah jugak dalam 15 resepi & gambar yang tunggu masa nak diupload! Selain drpd itu, gambar-gambar yang kami simpan dari dulu lagi, dari kelahiran anak pertama kami sampailah gambar percutian kami & gambar terbaru juga turut hilang! Inilah yang paling menyedihkan kami kerana gambar-gambar ini tidak ternilai harganya kerana ianya adalah kenangan kami sepanjang berkahwin!

Alasan ketiga, akhirnya hasrat saya termakbul juga untuk beraya bersama-sama keluarga saya! Bukannya kami yang pulang beraya ke Malaysia, tetapi, keluarga saya yang datang sini, sanggup travel ke sini dalam bulan puasa.. Keluarga saya telah selamat sampai pada pagi ini (11/10) di airport fukuoka. Saya benar2 rasa gembira kerana dapat merasa masakan emak saya untuk raya ini, tak payahlah saya masak ! Syukur alhamdulillah! Mungkin berkat daripada kawan2 fotopage juga yang telah tinggalkan komen semoga syawal ini lebih bermakna untuk saya, especially sabrina! Terima kasih kerana katakan ini, kata2 juga adalah sebagai doa! Semoga syawal ini juga lebih bermakna untuk sabrina & keluarga yer! Sab, berdoalah untuk arwah Abg Jie, hanya itu yang mampu saya katakan buat masa ini.. saya juga merasa sedih untuk anak2 arwah Abg jie! Semoga Sab dapat menghiburkan hati mereka! Maaf yer jika saya mengguris perasaan sab kali ini!

Akhir kata, saya minta maaf sekali lagi kerana tidak sempat untuk meronda ke fotopage kawan2 yang lain, bilamana keluarga saya sampai di sini saya hanya berasa untuk meluangkan masa untuk mereka, tidak dapat berlama-lama depan screen lagi, kerana masa kami bersama ini benar2 berharga, keluarga saya akan pulang semula ke Malaysia 16/10 (selasa) pagi..

Saya juga ingin meminta maaf kepada semua pengunjung fotopage saya ini jika saya telah mengguris kata anda semua!

Budak-budak bermain bunga api,
Bunga api dibeli dari pekan,
Selamat hari raya aidilfitri,
Salah dan silap harap dimaafkan!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! SEMOGA AIDILFITRI KALI INI LEBIH BERMAKNA UNTUK ANDA SEMUA! BERHATI-HATI DI JALANRAYA! PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!

Sekian,
-zakiah z-



Sunday, 30-Sep-2007 10:50 Email | Share | | Bookmark
Kuih raya part 1

Butter & majerin diletakkan dlm mangkuk besar
Sediakan bahan-bahan kering
Pukul butter & majerin dgn senduk kayu sampai sebati & ringan
View all 11 photos...
I've been addicted to the e-novel since last 2 weeks.. I was a malay literature student back then at school ,so reading novel, thick story book is a must to me provided the plot, chronology , the story is interesting.

Ini kuih raya satu pun tak start buat ni, dahlah ahad depan ni turn rumah saya buat majlis berbuka puasa.. Saya rasa saya kena stop sampailah dah raya baca e-novel ni... (Boleh ke? hehe...) Sesapa yang tau mana nak download e-novel or blog yg ada novel best2 tolonglah bagitau saya yer..

Ok, berbalik pada resepi biskut2 raya kali ni, semua ni saya dah cuba sebelum puasa lagi yer, tunggu nak masukkan khas entry utk di bulan ramadhan sahaja.. Saya tak pakai mixer langsung untuk menggodak adunan2 ni, saya buat ni khas utk anda yang takde mixer.. Buktikan, walaupun peralatan tak cukup, kita masih boleh buat!

Sekali lagi saya nak kongsi tips untuk membuat cookies ni semua (sila rujuk pada entry hazelnut chocolate ball, link belah kiri ni) ;

Quote:
Tips untuk membuat biskut:

1. Untuk mendapatkan biskut yg masak sama rata, buatlah saiz yang sama..

2. Untuk adunan biskut, kalau lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan didalam plastik, masukkan ke dalam petisejuk sekurang2nya 30 minit. (saya sebenarnya selalu buat adunannya dulu, pastu simpan dalam fridge berhari-hari.. make sure simpan elok...still sedap!

3. Untuk adunan biskut yang agak keras sikit, tambahkan sesudu susu segar.

4. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar, biarkan sebentar diatas oven tray itu selama 5 minit, kemudian barulah dialihkan ke rak kek untuk menyejukkan biskut.

5. Untuk mengelakkan biskut dari jadi leper, elakkan guna oven tray yg panas untuk biskut yg baru hendak dibakar, sejukkan dulu oven tray dulu dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu..

6. Make sure butter yang digunakan tu jangan lembik, nanti bentuknya dah tak cantik...

7. Kalau nak sedap, gunalah bahan yang berkualiti.

8. Ada sesetengah resepi menggunakan marjerin & sortening selain drpd butter, ini akan memberikan tekstur yang cantik sikit & rangup. Tapi bagi saya guna butter lagi sedap!

9. Jangan bentukkan cookie tu gedabak2 sangat, nanti tak rangup. Kalau nak rangupkan cookies tu, buat nipis sikit & bakar pada suhu 180C(depends on ur oven ya) selama 20 minit..

10. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu sebelum mengadun bahan.

11. Kalau biskut yang kita dah buat lemau, bakarkan semula dalam oven selama 5-10 minit..

12. Pastikan biskut benar2 sejuk barulah dimasukkan kedalam bekas kedap udara, kalau tak, biskut senang lemau pasal biskut yang suam akan menghasilkan udara yang lembap dalam bekas itu..

13. Kalau gunakan oven yang kecil, cuba bakarkan pada suhu 150C, oven sederhana 170C & oven yang besar 180C...



Ada jiran saya di sini yang mengatakan kakaknya selalu menggoreng tanpa minyak/membakar tepung sekejap untuk membuat biskut ni.. Setelah membuat research sedikit, rupa-rupanya cara ini untuk membuang lembapan pada tepung, tapi cara ini banyak digunakan untuk membuat kuih bahulu, saya tak pernah cuba lagi cara ini, kemungkinan besar menggoreng tanpa minyak/membakar tepung ini akan membuatkan biskut tak lemau, rangup saya kurang pasti.. kalau ada sesapa yang cuba cari ni, bagilah feedback pada saya yer..

Resepi pertama : CHOCOLATE OATS CRISPS (MAK LANG AZIE) memang sodap!



Bahan :-

200g mentega (saya gunakan 100gm butter & 100gm majerin)
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

¼ sk garam } dicampurkan dengan bahan
90g Quaker Oat Segera } yang di ayak

Diayak:
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
¼ sk serbuk kulit kayu manis

Caranya (dengan menggunakan mixer) :

1. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
2. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
3. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
4. Potong atau terap dan letak atas dulang.
5. Bakar dengan suhu 170/180 selama 15-20 minit atau sehingga rangup.

Caranya (dengan menggunakan tangan) :

1. Masukkan butter & majerin dalam satu mangkuk besar.
2. Pukulkan dengan senduk kayu hingga sebati & nampak ringan sedikit.
3. Masukkan gula & vanilla dan pukul lagi hingga sebati & pucat sedikit warnanya..
4. Campurkan bahan2 kering semua & uli/adunlah hingga sebati.
5. Teraplah dengan bentuk yg disukai & susunkan atas dulang pembakar. (saya bentukkan bulat, kemudian tekan dengan garfu sahaja)
6. Bakarlah pada suhu 170/180C selama 15-20 minit atau sehingga rangup.


Resepi kedua : CHOCOLATE CHIP (AWIN)

Resepi ini saya dapatkan dari adik ipar saya, Awin! Feedback yang saya dapat dari student2 di sini, "macam famous amos punya!" Adik lelaki saya pun suka gak.. For me oklah, tak taulah kenapa saya ni dalam banyak2 resepi choc chip cookies yang saya cuba, resepi choc chip cookies BETTY CROCKER juga yang tetap dihati. Resepi ada di link belah kiri ni yer.. That's our family favourite! Nak buat cookie ni, make sure jangan terlebih pukul butter yer, nanti adunan lembik sangat..



Bahan-bahannya :



Resepi ketiga : Classic Butter cookies (ida isk)

Terus-terang saya katakan, saya ni adalah chocoholic, biasanya kalau resepi yg takde coklat ni saya susah nak cuba pasal mesti saya tak makan punya, husband saya bukan chocoholic so dia sukalah kalau saya buat yg takde coklat2 ni.. Tapi saya dah berkenan dengan resepi butter cookies kak ida ni pasal tgk dari bahan-bahannya amatlah mudah untuk membuatnya.. Kebetulan pula, anak2 saya sukakan kjeldsen's butter cookies, so why not give a try kan... mmmmm.... !!! memang sedap! Saya yang tak berapa gemarkan butter cookies ni makan banyak...



Bahan-bahannya :-


370 grm tepung gandum
1sudu teh baking powder
1biji telur
150 gula halus
150 butter - suhu bilik
sedikit esen vanila

carannya
1. pukul butter hingga jadi krim ,masukkan gula hingga jadi putih
2. masukkan telur + esen vanila - pukul hingga sebati
3. masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dulu -
4. kacau ngan spatula sehingga rata
5. masukkan adunan dlm plastik dan simpan dlm peti ais selama 1 jam - kalau tak simpan pun takpe
6. keluarkan dari peti ais , terap adunan atas plastik canai tebal 1 cm dengan
cookies cutter,bakar 180 = 20/25 minit

note : ida guna tepung rose, so biskut lagi jadi ranggup dan cedapppp
lepas tu guna cookies cutter bentuk bear, love dan star
thanks to yani@myresepi ya

notes : saya copy & paste je dari fotopage kak ida (ida isk)

sekian,
-zakiah z-


Tuesday, 25-Sep-2007 18:17 Email | Share | | Bookmark
Sayur masak lemak ikan bilis & Ayam goreng berempah

Sayur masak lemak ikan bilis
Ayam goreng berempah
[Sayur masak lemak ikan bilis



Bahan-bahan :

Ikan bilis - direndam kejap dlm air, kemudian digoreng sampai garing, minyak goreng jgn buang
Bawang merah - 2-3 biji (dihiris)
Bawang putih - 2 ulas (dihiris)
Sayur-sayuran pilihan anda : lobak merah/taugeh/sawi/suun & fucuk (direndam dulu)/tauhu
udang kecil - optional
santan -saya gunakan santan cair jer..(tak suka berlemak sangat)
Sedikit garam

Cara-caranya :

1. Tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau dgn menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi.
2. Masukkan santan , biarkan mendidih, masukkan sayur-sayuran & udang kecil kalau ada.
3. Tunggu sampai sayurnya agak masak.
4. Kemudian masukkan ikan bilis yg digoreng tadi & sedikit garam, kacau rata & tutupkan api.
5. Siap dihidangkan..


Ayam goreng berempah

Resepi ni saya dapat dari seorang nenek yang pandai memasak kat Linggi, Negeri Sembilan. Sampai sekarang saya simpan resepinya, tapi tak pernah cuba lagi. Bila bukak buku himpunan resepi saya baru teringat tak pernah lagi buat ni, mmmm... memang sodap! Lama tak dengar citer nenek tu, namanya pun tak ingat! Paling saya ingat masakannya, asam pedas & masak lemak cili padi ikan sungai... pehhhhhhhh...memang sesapa lalu pun time tu saya tak peduli, tumpuan saya hanya pada nasi & lauk2nya sahaja...



Bahan-bahannya :-

Ayam - dibersihkan & dipotong-potong

Serbuk kunyit - 1 sudu besar
Serbuk kari - 1 sudu besar
Serbuk rempah sup - 1 sudu besar (utk kasi wangi) - kalau takde pun takpe
Bawang putih - 2 ulas dicincang
Sedikit garam
Gula / Madu - untuk kasi color gelap sikit & garing
Tepung beras - 2-3 sudu besar
1 sudu kecil perahan limau nipis/lemon - saya tambahkan utk hilangkan rasa pahit kunyit kalau terlebih goreng

Cara-caranya :

1. Semua bahan-bahan dicampur, cairkan sedikit dgn menambah air.
2. Masukkan ayam & perapkan, saya perap sejam jer..
3. Kemudian gorengkan pada api kecil supaya isi didalamnya masak...


sekian pada hari ini,
-zakiah z-



Friday, 21-Sep-2007 18:57 Email | Share | | Bookmark
Air sirap!

Masakkan gula + air + esen pandan & pewarna
Air sirap!
Ni suami saya yang ajar camna cara membuatnya, senang sangat, in fact lagi sedap dari yang dibeli kat kedai pun, maklumlah sirap baru... Sedap woooo...



AIR SIRAP

gula pasir - 1 kg
air 2 cawan - terpulang ikut pekat yg dimahukan
Daun pandan disimpul atau esen pandan atau esen ros (for me sedap lagi bau pandan)
Pewarna secukupnya - saya letak merah

Cara ;-

Masukkan semua ke dalam periuk, bila nak mendidih atau dah mendidih sikit, tutupkan api..
Takleh lelama masaknya takut gula jadi keras plak kang..

sekian,
-zakiah z-


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net