Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Sep-2007 04:16 Email | Share | | Bookmark
Onde-onde @ Buah Melaka

Tepung pulut
Air pandan (mine: air + esen pandan +kaler hijau)
gula melaka - dipotong kecik2 sikit
View all 19 photos...
beginilah nasib orang di perantauan, serba serbi bahan tak cukup & selalu tak dapat fresh sangat..
Onde-onde ni saya buat dimana penyalutnya saya gunakan kelapa parut kering sebagai pengganti kelapa parut segar..
Cara nak membuatnya senang sahaja;



ONDE-ONDE (BUAH MELAKA)

Tepung pulut - ikut berapa nak, 100gm-200gm
Air pandan secukupnya - air +daun pandan diblend / air + esen pandan + pewarna hijau + sedikit garam
Gula melaka - dipotong kecil2
Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam

Cara ;

1) Letakkan tepung pulut ke dalam sebuah mangkuk.
2) Campurkan air pandan sedikit demi sedikit sampai jadi doh & tak melekit lagi.
3) Buatkan jadi bebola kecil2.
4) Leperkan, kemudian letaklah gula melaka di tengah2nya.
5) Jadikan bebola macam tadi semula.
6) Ulang sampai adunan habis.
7) Didihkan air dalam periuk, masukkan bebola2 ini semua kedalamnya.
Tunggu sampai bebola ini timbul, maknanya dah masak, toskan dari air, angkat & letak ke pinggan.
9) Salutkan cepat2 dengan kelapa parut.
10) Siap dihidangkan.

Cara menggunakan kelapa parut kering;

1) Rendamkan sebentar kelapa parut kering di dalam air suam bergaram sebentar, tunggu dalam 5 minit.
2) Kemudian angkat & toskan airnya..
3) Sedia digunakan..

sekian,
-zakiah z-


Tuesday, 18-Sep-2007 05:02 Email | Share | | Bookmark
Masak lemak udang bernenas

 
masak lemak udang bernenas
Inilah resepi masak lemak yang paling sempoi & senang sekali dibuat.. Saya gunakan resepi ini untuk masak lemak yang lain jugak.. Ada orang tumis dulu, ada orang tak, saya lagi suka yang senang.. hehe..




MASAK LEMAK UDANG BERNENAS

udang yang berkulit - bersihkan
Santan secukupnya - ikut banyak mana kuah yang nak (jangan cair sangat, jangan pekat sangat)
udang kering - sesudu dua, ditumbuk/diblend
serai 2-3 batang - diketuk
cili padi ditumbuk - ikut pedas dikehendaki, saya guna 3-4 batang jer, tak suka pedas sgt..
serbuk kunyit - ikut warna kuning yang dikehendaki, biasanya 1 sudu besar
nenas - dipotong kiub, saya guna nenas dalam tin
kacang panjang - optional (saya tak letak pun)
garam secukupnya


Cara :

1. Masukkan santan, serai, serbuk kunyit, cili padi & udang kering ke dalam periuk.
2. Masak pada api sederhana, selalu kacau.
3. Bila agak-agak kuah macam nak mendidih, masukkan udang, nenas, kacang panjang & garam secukupnya.
4. Time ni api dah kena kecik & kacaulah selalu, takut santan pecah minyak.
5. Bila dah mendidih, biarkan sebentar, kemudian tutupkan api..
6. Siap dihidang.

***Santan pecah minyak tu bila keadaan santan tu berketul2, dah tak cantik masakan tu..

sekian resepi pada hari ini.

-zakiah z-


Tuesday, 11-Sep-2007 23:07 Email | Share | | Bookmark
Burger bun (zack) & burger

Burger with cheese
The burger bun!
Burger with salad
Phewww.. akhirnya dapat jugak saya update entry burger bun ni.. Punyalah lama terbiar camni.. Minta maaflah pada sesapa yang menunggu ni.. Last 2 weeks, bila nak update , fp tengah mengong lagi sikit, komen kat fp orang pun tak lepas gak.. Bila fp dah ok, kita busy pulak.. Sebenarnya, kami sekeluarga akan kembali menetap ke malaysia semula hujung november ni, jadi saya kenalah mulakan mengemas sikit2 barang2 dari skrg, kalau buat last minite takut pening kepala kang.. Bila check stor, wow! Banyaknya lagi stok rempah2 saya ni, ada yang dah nak expired lak tu, so saya keluarkan & bagi pada kengkawan kat sini drpd terbuang je kang nanti. Yang confirm bawak balik, bahan/peralatan membuat kek2 saya..

Sehari sebelum puasa, saya terkena cirit-birit & angin satu badan... dugaan! Memang takleh nak buat apa keje, kesian bebudak ni takleh layan sangat, tapi cirit-birit tu satu hari jer.. angin tu yang buat sakit kepala, tah apalah yang saya makan ni, tah2 dah terguna rempah expired tak? hehe.. tak perasan pulak..La ni husband & anak sulung saya pulak yang kena, takleh bangun jadinya.. kesian jugak tengok, saya dapat rasai apa yang dirasanya tu pasal saya pun dah terkena sebelum tu, syukurlah saya kena kejap jer..

Oklah, stop dengan ceritera saya di atas, saya nak bercakap pasal resepi saya kali ini pulak, burger bun dari Zack. Burgernya pun saya ikut sikit resepi zack, betullah kata zack, the best burger bun! Saya akui memang sedap. Firstly saya nak bagitau, sebenarnya takdelah sesusah mana buat roti ni. Saya sendiri, roti pertama dulu, ya allah! Dengan keringnya, liatnya, hehe.. tester pulak husband saya, abih tu makan sikit jelah, selebihnya saya koyak kecil2 saya bagi pada burung2 kat belakang rumah ni.. Saya pun uli guna tangan jugak, jadi jugak roti saya alhamdulillah! Yang sebenarnya, kita kena buat beberapa kali barulah kita leh improve & tau apa silapnya bila tak jadi tu.. Kesilapan yang paling besar & selalu sangat saya lakukan, overbake!




Burger Buns
Ingredients:
550g all-purpose flour ( I used bread flour )
4 tbsp sugar
2 tsp salt
2 packages Active Dry Yeast ( roughly about 14g )
180ml milk
120ml cup water
3 tbsp butter or margarine
2 eggs, at room temperature - beat with fork

How to make:
1. In large bowl, combine half of the flour, sugar, salt and undissolved yeast. Heat milk, water and butter until very warm. Gradually add to dry ingredients; beat 2 minutes at medium speed of electric mixer, scraping bowl occasionally.
2. Add 2 eggs and 3/4 of the remaining flour. Beat at high speed 2 minutes, scraping bowl occasionally. With spoon, stir in enough additional flour to make soft dough.
3. Knead on lightly floured surface until smooth and elastic, about 4 minutes.( This is an important step! )Place in greased bowl, turning to grease top. Cover; let rise until doubled in size, about 30 to 45 minutes.
4. Punch dough down. Divide into12 equal pieces. Form into smooth balls. Place on 2 greased baking sheets. Flatten balls with hand to 4-inch rounds and cover.
5. Place baking sheets over pans. Let rise until doubled in size, about 15 to 20 minutes.
6. Lightly beat remaining egg; brush on rolls. Sprinkle with sesame seeds. Bake at 400ºF / 200Celcius for 10 to 15 minutes or until done.
7. Remove from baking sheets and cool on wire racks. Lightly brush the top of the buns with milk and cover with a clean cloth. This will soften the top of the bun and give it a nice shinny gloss to it .


Notes : Cara saya ;
1) Mula2 saya panaskan dahulu susu + air + mentega, agak2 mentega dah separuh cair, saya padamkan api, jangan sampai menggelegak ya! Ketepikan.
2) Kemudian saya gabungkan semua bahan2 kering (tepung 1/2 drpd jumlah sebenar, gula , garam & yis). Saya gaulkan semua dengan garfu!
3) Kemudian saya masukkan campuran susu yang dipanaskan tadi bersama2 telur yang dipukul sedikit. Kacau rata-rata dengan menggunakan garfu tadi.
4) Kemudian baharulah ditambahkan tepung sikit demi sedikit, sampailah habis, bila rasa agak melekit lagi, tambahkan lagi sedikit tepung. (setiap jenis tepung tak sama jumlah sukatan airnya yer)
5) Taburkan sedikit tepung pada permukaan rata (meja), letakkan adunan yang didalam mangkuk ini, sapukan sedikit tepung pada tapak tangan & ulilah sehingga licin adunan ini.. cara nak menguli? Cuba tengok sini..
6) Selepas dah uli, masukkan dalam mangkuk yang dah ditabur dengan sedikit tepung bagi tujuan menaikkan doh tersebut. Peramlah lebih kurang 40-60 minit..Tutupkan dengan plastik atau kain lembap agar tak kering adunan ini.
7) Bila dah naik 2 kali ganda, tumbukkan pada tengah2 adunan tersebut bagi tujuan membuang angin.
Lepas tu bentukkan adunan ini kepada bebola kecil, make sure licin yer, macam saya setiap adunan saya timbang, jadikan 60gm, takde besar sangat, takde kecik sangat burger bun ni.
9) Atur atas cookie sheet pada dulang pembakar.
10) Peramkan sekali lagi hingga lagi ( saya biarkan naik 2 kali ganda lagi), ada orang tunggu 1/2 jam saja.. jangan lupa tutup lagi atasnya dengan plastik yer..
11) Panaskan oven pada suhu 200Celcius.. sebenarnya ikut oven gak, kalau oven besar bolehlah guna suhu ni, kalau oven medium guna suhu 190C, kalau oven kecik guna suhu 180C/170C.
12) Bila adunan dah naik 2 kali ganda, sapukan atas bun dengan eggwash ( telur + susu segar = dipukul dengan garfu sedikit) dengan menggunakan berus pastri yang lembut.
13) Masukkan kedalam oven, bakarlah 10-15 minit atau sehingga masak.. macam saya bila dah 10 minit, saya turunkan suhu 20C lagi... pastu biar lagi 10 minit barulah dikeluarkan dari oven..
14) Bila dah keluarkan dari oven, letakkan atas rak berjaring utk menyejukkan bun, sapukan dengan susu segar ke atas bun yang masih panas itu menggunakan berus pastri.
15) Kemudian tutpkan atas bun dengan kain bersih, ini utk mengekalkan kelembutan atas bun itu, kalau tak, macam keras sikit.. tunggulah sampai sejuk barulah disimpan dalam bekas...


Untuk Burger pulak...

Daging cincang
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Lada hitam - ditumbuk (ataupun guna jer serbuk)
lada putih - ditumbuk
Sebiji telur - dipukul
Serbuk roti - kalau takde, bolehlah letak tepung jagung sedikit
garam secukupnya..

Cara :
1. Semua digaul sebati.
2. Bentukkan burger, kalau tebal sedap sikit, takdelah kering sangat.
3. Biarkan sebentar di dalam peti sejuk, sekurang2nya sejam.
4. Panaskan kuali leper non-stick. Letakkan minyak sedikit..
5. Pangganglah atas kuali tersebut hingga masak. Macam saya setiap belah 5-7 minit.
6. Tolong jangan tekan burger ya masa dipanggang, nanti habis jadi kering pasal air2 daging tu semua dah keluar.


Oklah, sekian entry burger bun & burger saya pada hari ini! Selamat mencuba yer semua!

-zakiah z-


Friday, 31-Aug-2007 04:49 Email | Share | | Bookmark
Tepung pelita (FRD) & Chewy Goey Yummy Brownies (Imas2ra)

kuih tepung pelita
Chewy Goey Yummy brownies
Firstly,

Thank you all for your support and good comment. Tak sangka pulak saya, ramai jugak silent reader yang bersuara.. hehe.. Thank you again!

Resepi pertama ialah kuih TEPUNG PELITA yang saya dapat dari FORUM RESEPI DIANA(FRD), diperkenalkan oleh lady aries. Suami saya memang suka makan kuih tepung pelita ni masa kat malaysia dulu, tapi dia selalu kecewa bila saya belikan, sebabnya kuih tu keras, dia tak berapa suka, dia suka yang lembik-lembik. Nasib baiklah Allah takdirkan kami ni duduk jauh dari mesia, kalau tak, tak merasalah buat sendiri.. hehe..

Setelah buat kajian beberapa resepi, barulah saya tau yang lembik tu dimasak terus letak dalam acuannya saja, yang keras tu dikukus. Jadinya suami saya suka yang tak dikukus. selalunya kuih ni diletak dalam acuan daun pisang jer ataupun daun pandan, mesti wangi & membangkitkan selera tu.. Tapi kat jepun ni mahal daun pisangnya, saya pun ambik idea dari lady aries & baby batriesya (kak nina) letak dalam mangkuk plastik yang kecil2 sahaja. Pada saya yang tak pernah makan kuih tepung pelita ni, rasanya memang kenalah dengan tekak saya, sedap! Suami & anak2 saya pun suka..



Resepinya: (copy & paste dari fp kak nina)

TEPUNG PELITA ambil dari myresepi.com (Aries dah try semalam...sedappppp...rugi kalau tak try)

Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.


Resepi kedua pula ialah CHEWY GOEY YUMMY BROWNIES dari Imas2ra (Forum Cari.com) . Sebenarnya resepi banyak dijumpai di banyak fotopage. Sebelum kita tengok resepinya, marilah kita bezakan antara brownies dan kek coklat :


Quote:
What are the differences between chocolate cake n brownies?

Answer 1
An original brownie is denser, less leavening, more sugar and chocolate. Originally downright gooie. Cake is supposed to be (generally) fluffier, and depending on the basic cake recipe, has more beaten eggs (for lift) or more leavening, like baking soda or powder (also more lift).

Cake is generally lighter and fluffier. Brownies are generally stickier and heavier.

Answer 2
brownies are more fudgy and they add alot of chocolate. chocolate cake uses a lot of cocoa powder.

Answer 3
chocolate cake, or most cakes have a leavening agency..... baking powder and or soda to add more rising to the product..... brownies are solid and have very little air in the baking process to make them a nice solid consistancy that brownies are....

Answer 4
cakes tend to be more dry due to higher a higher amount of flour while a brownie contains less flour and thus more moist



Secara ringkasnya brownies takde bahan penaik, tekstur yang berat & chewy.. (sepatutnya lah..)
Kek coklat pula mengandungi bahan penaik, tekstur yang ringan & gebu sikit.. Brownies, untuk menjadikannya chewy & lebih coklat, hendaklah menggunakan coklat masakan yang dicairkan. Ada orang kata guna serbuk koko pun sama juga, tapi tak taulah, pada tekak saya, ada beza sikit kalau guna coklat masakan yang dicairkan.



Resepinya : (copy & paste dari forum cari)

Specially dedicated to all brownies and chocolate lovers...........

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad…

***Notes
1. Bagi saya brownies ini masih manis, kalau boleh kurangkan sikit gula..
2. Saya tambahkan coklat chip ke dalam adunan sedikit & taburkan atas adunan sebelum dibakar sedikit.
3. Overall brownies ni memang sedap, terutamanya kepada 'chocolate lover'!

p/s : CERITA HARI INI nanti-nantilah yer... tengah kumpul info ni..

Sekian pada hari ini,
-zakiah z-


Wednesday, 29-Aug-2007 23:40 Email | Share | | Bookmark
The reason why I didn't update!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!

Pertama sekali saya nak cerita kenapa saya bukak fotopage yang berasaskan resepi ini. Mula-mula bila tengok fotopage MAMAFAMI dan KAK LIZA saya dah rasa teruja! Saya perlukan online /digital cooking diary yang boleh menempatkan resepi2 yang telah saya cuba. Setelah fikir balik, elok jugak kalau saya pun bukak fotopage saya sendiri.. Saya suka kalau setiap resepi tu ada gambar hasilnya, untuk rujukan saya jugak sebabnya saya ni jenis pelupa jugak.. Memula masak jadi, pastu second time buat jadi lain, pasalnya saya dah cara mas pertama kali buat tu.. tu sebab saya suka ambik gambar step by step.. Lepas tu saya baru terjumpa fotopage KAK ROSYYA dan yang lain2 pulak, tu yang jadi semangat sikit.. Pendek kata saya buat ni utk suka2 jer...

Bila dah ramai viewer fotopage saya ni, tak sangka pulak ada jer org yang tak suka kita yer.. notes to all of u, jangan ingat benda baik yang kita buat semua orang suka yer, manusia ni macam2 perangai dan jenisnya.. Ada jer komen yang tak baik sejak saya buat 'CERITA HARI INI'. Kononnya info tak lengkap jangan nak mandai2 ceritalah, saya bukan doktorlah, resepi tak baguslah, yang bestnya info saya pasal carrot (dalam entry nasi minyak) 'unnamed' ni yang buat saya kecik hati sikit, lepas tu saya rasa hilang semangat terus berfotopage ni, saya delete komennya, saya langsung takmo tengok comments section lagi, takut terjumpa komen2 yang menyakitkan hati lagi... Tapi saya silap, 2-3 hari lepas, bila saya tengok, komen2 yang ada, saya rasa amat terharu, rupa2nya ada lagi orang yang suka kat kita, ingatkan dah tak suka & tak kisah dah... Thank you ALL!!!

Saya dah fikir2 balik, saya rasa eloklah saya update balik. Ni pun dah dekat nak puasa, tentu banyak resepi yang saya nak cuba, tentulah saya perlukan digital diary ni utk menempatkan resepi2 yang saya cuba ni..

Sepanjang masa saya tak update ni, jangan ingat saya tak tau apa yang berlaku sekitar dunia fotopages ni, saya adalah SILENT READER fotopage anda semua! Cuma tak taruk komen jer.. Rupa2nya, seronok jugak jadi silent reader ni yer..

Oh, ya! Info2 'CERITA HARI INI' saya kebanyakkanya atuk saya yang bagitau. Beliau merupakan ex-surgeon from one of the hospital kat UK, la ni beliau membuat ubat secara tradisional , islamic & menggabungkannya secara moden. Zaman perang dulu dia banyak ubat orang. Dia ada buku lama-lama pasal perubatan. Tapi saya tak berapa faham bahasanya jadi dialah yang bacakan pada saya. Dari situlah saya tau macam2. Bila dah tau macam2 ni, niat saya biarlah orang tau sekali, terutamanya pasal penyakit2 masa kini yang pelik2.. Tapi tulah, ada yang tak suka. Kepada yang tak percaya tu, pergilah jumpa atuk saya SHEIKH ZAIF OMAR, di TTDI JAYA, SHAH ALAM. Kalau nak tau lebih lanjut, pm saya yer.. Kang dia marah pulak saya overpromote pasal dia.. Untuk pengetahuan semua, dia memang mengubat orang.. Dialah yang mengajar saya baca al-fatihah 7X + garam kasar ke dalam air, yang ni sebenarnya utk orang yg kena santau, tapi menurutnya boleh digunakan utk penyakit2 lain juga, asalkan kita yakin!

Oklah, setakat sini saja, harapnya, penjelasan ini akan memuaskan hati anda semua.. Saya akan update balik fp ini!

sekian!

-zakiah z-


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net