Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Mar-2007 23:13 Email | Share | | Bookmark
Mari makan western food!

perap ayam dengan campuran butter tadi
kemudian sapukan pula oyster sauce
ayam dah dipanggang!
View all 7 photos...
Ayam panggang

50gm butter - dicairkan
lada hitam tumbuk - ikut byk mana suka
oregano - 1 suduteh
***semua ini disatukan

2-3 sudu kecil oyster sauce

Caranya :
1. Letakkan ayam dalam loyang, sapukan campuran butter ini pada seluruh ayam dan dlm badan ayam dgn menggunakan berus.
2. Biarkan sebentar, kemudian sapukan pula dengan oyster sauce secukupnya.
3. Kemudian perapkan sekurang2nya sejam..
4. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 50-60 minit atau sampai ayam masak. Setengah jam pertama, balikkan badan ayam supaya masak sama rata...


Kentang bakar berkeju

4 biji kentang - direbus degan kulitnya sekali, sblm tu, cucukkan dengan garpu pada kulit kentang supaya dalamnya masak
Keju mozarella atau cheddar parut - ikut byk mana suka
Butter 30gm - 40gm
4 sudubesar tepung gandum
Susu segar 500ml
Oregano
Serbuk lada hitam
Garam

Cara :

1. Kentang rebus tadi dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka. ketepikan.
2. Kemudian buat white sauce :
Cairkan butter dalam periuk, masukkan tepung, kacau biar sebati dengan butter selama seminit, kemudian masukkan susu segar, kecau selalu, bila white sauce nak pekat masukkan oregano, serbuk lada hitam dan garam, kemudian kentang yang dah dipotong , kacau hingga pekat, padamkan api. *Kacau perlahan supaya kentang tak hancur.
3. Kemudian masukkan white sauce & kentang ini kedalam satu loyang, taburkan cheese diatasnya hingga tutup permukaan white sauce ini.
4. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga cheese cair.



Tuesday, 27-Feb-2007 13:37 Email | Share | | Bookmark
Pizza (Betty Crocker) & Basic bread roshayati

Secawan tepung & bahan2 lain dipukul hingga sebati
Keluarkan doh & uli atas meja
Uli sampai licin
View all 12 photos...
Resepi pizza ni dapat dari Cooking Book BETTY CROCKER.. Tested by my friend during our weekly hi-tea, they said sedap. Rasanya sampai ke pagi roti pizza ni tak keras & cara nak buat pizza ni pun lain dari yang lain...

PIZZA BETTY CROCKER

2 1/2-3 cwn tepung serbaguna atau tepung protein tinggi(tepung roti)
1 sudubesar gula
1suduteh garam
2 1/4 suduteh yis segera - saya gunakan mauripan
3 sudubesar minyak zaitun/minyak sayur
1 cwn air suam

Cara membuatnya:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cwn tepung, gula, garam & yis. Kemudian masukkan minyak zaitun/sayur dan air suam. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan pula baki tepung dan kacau rata dgn menggunakan senduk kayu hingga doh lembut dan tak melekat lagi pada tepi mangkuk.
3. Keluarkan doh dari mangkuk & letakkan di atas meja yg telah ditabur dengan sedikit tepung.
4. Uli hingga doh licin.
5. Letakkan balik doh dalam mangkuk besar, tutup atasnya dengan plastik & rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
6. Bila doh dah cukup naik, tumbukkan di tengah doh utk buang angin, kemudian bahagilah kepada 2 atau 3 bahagian.
7. Leperkan satu bahagian, kalau boleh di atas meja yang ditabur dgn tepung, ikut suka nak tebal atau nipis, sapukan sos pizza, susunkan sosej/ daging ayam cincang/lada benggala (capsicum)/ tomato - ikut suka, diakhiri dengan menabur parutan keju mozarella
ke atas topping pizza tadi...
8. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 20 minit.
9. Bila pizza dah masak, tunggu sejuk sedikit barulah dipotong, kalau tak cheese tu akan melekat dipisau..

***Saya tak guna mixer pun , saya guna whisker.
***Kalau nak buat pizza tebal, sebaik-baiknya bakar base pizza tadi selama 10 minit , cucuk base pizza tadi dengan garpu dulu sebelum membakarnya, kalau tak cucuk nanti pizza tu akan menggelembung, dah tak cantik nanti..
***Untuk membuat pinwheel pizza, leperkan doh tadi untuk membuat base pizza, jangan tebal sangat, sapukan sos pizza, susun topping yang disukai, taburkan keju mozarella ke atasnya, kemudian gulung pizza ini, potong setebal 2-3 cm & roll lagi sekali, tapi jgn nipis, sekali roll cukup..


Untuk sausage bun tu pulak, saya gunakan basic bread roshayati, so far, inilah antara the best roti ban yang saya buat, dohnya lembut & uli kejap jer dah jadi.. Terima kasih pada mamafami yang rekemen buat roti ni & kak Ida yang dah cuba buat roti ni dulu, memang buat saya rasa teruja buat roti sendiri, sampaikan mak saya tak percaya bila dengar saya makan roti buatan sendiri...alahai mak....anak mak ni dah reti masak ler..hehe..


BASIC BREAD RECIPE (Roshayati)

Bahan A
500 gram tepung roti/ high protein flour
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver - pilihan
1 sudu teh bread softener - pilihan
4 sudu teh yis kering

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Sebelum bakar, sapukan dengan campuran telur & susu segar yang dipukul garpu ke atas roti.
10) Bakar roti pada suhu 180C - 200C (ikut oven) selama 15 - 20 minit.
11) Bila dah masak, sapukan segera dengan butter cair dan tutupkan sebentar atas roti ini dengan kain bersih. Ini untuk mengelakkan permukaan roti dari menjadi keras.
12) Setelah 10 minit, alihkan roti ke atas redai kek untuk menyejukkannya, kalau boleh, tutupkan lagi permukaan roti ini dengan kain bersih..

***Saya tak gunakan shortening, saya gunakan butter..Entry akan datang, insya allah saya ceritakan kenapa saya tak gunakan shortening, apa buruk baiknya...
***Untuk membuat sosej bun, saya leperkan doh kecil di tapak tangan, letakkan sosej ditengah2, kemudian balutkan doh tadi ke sosej.
***Bila roti dah sejuk sikit, saya belah tgh roti, saya letakkan secamca mayonis & secamca sos cili..siap dihidangkan!


Sekian pada hari ini!
-zakiah-


Monday, 26-Feb-2007 12:38 Email | Share | | Bookmark
About my children!

Husna masa dlm pantang
Syahreena masa dlm pantang
Husna meniarap
View all 9 photos...
Rasanya dah lama tak update fp ni. Lately, I've been busy with my kids, ingatkan bila budak dah besar sikit bolehlah rileks sikit, rupanya tak, kena perhati selalu..ada jer eksperimen diorang skrg ni... Kalau kita kat dapur, diorang startlah buat keje diam2..selalunya budak pompuan sibuk main mekap maknya, tapi sori, maknya letak atas almari tinggi, tak dapatlah diorang main...so diorang ni main masak2, tapi ya allah! Dapur diorang lagi berkecah dari dapur maknya... Pastu startlah ambik senyap2 mangkuk plastik kita, bahan nak masak ke, tau2 masa nak masak dah hilang... ish ish ish...dugaan! Pastu memasing dah minat baca buku so kenalah layankan bacakan diorang buku tu..diorang main pun kena layankan jugak..Bila tgk bebudak ni dah besar (3 & 2 yrs old), terasa rindu plak masa diorang baby..cepat betul masa berlalu! Seronok ila tgk diorang main sesama, gurau sesama, maklumlah diorang beza setahun jer, memang rapat, sama jantina plak tu!

Si kakak (Husna) dulu badannya tak macam ni..sejak Ogos tahun lepas, saya pisahkan dia dari puting kosong (pacifier/soother), sejak tu dia jadikan puting botol susunya sebagai lepas giannya..Asyik minum susu jer, makannya tak sangat, dalam tak sedar badannya naik mendadak..risau pulak kitorang since anak buah suami pun ada yg mcm ni, sampai dah besar susah nak kurus, saya takdelah harap anak saya kurus sangat, jgn terlampau besar jelah, umonya baru 3 tahun, tapi dah pakai baju budak 5-6 tahun... Saya pun kesian tgk dia, masa balik mesia Disember lepas, bila bwk jalan ke tempat ramai org, semua org tegur,uihhh...semangatnya, debabnya! Dia terasa! Dia dah ada perasaan & faham apa yg org kata...start dr tu saya kesian tgk dia... Ada sesapa ada cadangan utk dia kurang minum susu? Sepatutnya umo camni minum 2 kali dah cukup dlm sehari, ni dibantainya 5-6 kali sehari...

Lagi satu, saya rasa virus M(MALAS) dah melanda saya pulak, bukan malas memasak tapi malas update fp, camna tu? Masa utk berinternet pun macam terhad lately ni.. Hope virus ni tak lama coz banyak resepi yang nak dishare ni...maybe i need to warm up with this entry first..

sekian,
-zakiah-


Thursday, 15-Feb-2007 22:53 Email | Share | | Bookmark
TIRAMISU (MUMMY D&D)

Tiramisu - want some? sori! finito!
Saya memang tercari-cari resepi tiramisu yang senang selama ni, rupanya ada dlm page erna (mummy d&d).. Kepada sesiapa yg ada anak kecil, jenguklah fotopagenya click sini ... Banyak betul resepi utk makanan baby dlm ni... Kebetulan memang saya bawak ladyfingers ni dari mesia aritu, simpan dlm stor pastu lupa, bila dah bongkar stor balik baru nampak...

Actually saya pun dah terlupa camna rasanya tiramisu ni, saya jarang makan, puncanya, masa saya berkunjung ke Itali tahun 2002, saya nyaris termakan tiramisu yang ladyfingers dicelup dalam RUM! That's right, alcohol! Mujurlah...bayangkan kalau setitik arak masuk ke badan kita, sembahyang tak diterima selama 44 hari, macammana pulak yang berpuluh2 titik, or beratus2 titik ni...NAUZUBILLAHIMINZALIK! Sebenarnya Allah mengharamkan sesuatu tu bersebab, contohnya macam alkohol ni, dialah raja maksiat, bila dah minum sikit, nak lagi & lagi, pastu rasa ketagih pulak, pastu dah mabuk2 pulak, pastu bila dah tak sedar diri, kita lakukan sesuatu diluar dugaan, maknanya disini, alkohol membuatkan otak kita diluar kawalan dah, ini BOLEH MEROSAKKAN OTAK! Boleh merosakkan anggota badan juga, contohnya buah pinggang!

Lagi satu benda yang Allah haramkan babi. Babi ni, walaupun dimasak, masih ada ulat yang takkan mati, ni pun punca penyakit.. Jiran saya di mesia berbangsa cina, dia sendiri tau babi ni punca penyakit, dia & keluarganya tak makan...

Berbalik pada cerita nyaris termakan tiramisu yang dicelup dengan rum tu, sejak tu saya tak berani makan tiramisu, walaupun dia malaysia, macam fobia sikit... Tapi sejak sejak tengok tiramisu kat fp orang lain, terngin pulak... Nilah yang cuba-cuba..bila dah merasa ni, barulah tau! o0o0o..camni rupanya rasa tiramisu, sedap eh! hehe..


TIRAMISU

Espresso syrup:
1/6 cawan air
1/4 cawan gula
1/3 cawan kopi - nescafe

Mascarpone filling :
3/4 cawan heavy cream - saya gunakan fresh cream jer
1/6 cawan gula
1 suduteh esen vanilla
250gm mascarpone cheese - saya gunakan cream cheese philladelphia (dilembutkan)
120gm savoiardi (ladyfingers) - tanya kedai bakery supplies biskut utk tiramisu
sedikit serbuk koko

Cara :-
1. Espresso syrup - Campurkan air & gula didalam periuk kecil, kacau diatas api hingga gula larut, angkat dari api & campurkan dengan nescafe tadi..
2. Mascarpone filling - Heavy cream, gula & esen vanilla diputar kembang, hingga boleh membentuk ombak, jgn sampai keras.. Kemudian, kaup balikkan mascarpone cheese tadi ke dalam krim ini sampai sebati...
3. Celupkan ladyfingers kedalam espresso syrup dengan cepat, kemudian susun kedalam mangkuk hidang.
4. Sapukan separuh mascarpone filling tadi, ulang, & akhirnya diayak atasnya dengan sedikit serbuk koko..
5. Sejukkan beberapa jam dlm petisejuk, sebelum dihidangkan..


sekian pada hari ini,
-zakiah zainudin-


Quote:
iszah : kat malaysia senang nak cari kek yang halal, tapi setelah baca bahan2 yang HALAL & HARAM from resepi DIANA, zakiah sedar, banyak sebenarnya bahan yang kita pakai ni kemungkinan besar tak halal!
za : ala ala..jgnlah merajuk...nanti kita buatkan lagiyer...
razali_hamzah@yahoo.com : jual tudung yer...tak payahlah saya ke jln TAR lagi...
anna : betullah anna, makan sejuk2 sedap...aiseh...anna dah buat kita teringin makan tiramisu lagi ni...nanti blk mesia zakiah nak borong ladyfingers tu bebanyak...
MamaFaMi : Saya dah try tips kak liza pada mama tu, memang best & better dari celupkan biskut tu dlm kopi, thanx mama!
dOd : itulah dilla, dah habih dah...soriler..
fizan yusop : nagoya tu akak tau, ada adik kwn akak duduk situ, SALINA, kenal tak? Ladyfingers tu biskut khas utk buat tiramisu, macam biskut span....
rinnchan : Badan saya pun makin menaik gara2 kek2 yg saya buat ni...
ida : memang betul tu kak ida, takdelah rasa kempunan bila tgk org punya..sedap gak eh...
chendana : ala...janji ada rasa tiramisu walaupun tak lengkap...kira oklah tu..
rossya : tiramisu ni takde rasa cheese sgt kak ros walaupun guna cheese... Tq for visiting me! Hilang rindu...
mommy_d&d : memang sodaplah erna! Den suko, husband den suko, anak2 den pun samo...
Penyulawa : tulah..ramai pulak yg buat tiramisu ni...mailah join the club!
K Nina : Tq for dropping by kak nina! Most of all, tq for sharing baking tips, memang byk tips kak nina yg saya ambik, kira kak nina ni tak kedekut ilmu! Semoga kak nina berjaya bukak bakery satu hari nanti! AMIN!
yangmazni : Buat lagi ker? Uihhh haiii...kalau badan macam kak mazni buat tiap2 minggu pun takpe, badan mcm saya jangan...kang jadi belon kang..hehe
Sabrina : Samalah kita sab, M tengah menyerang ni...
Simply Dee Man : alaaaa...sori;ah...dah habis...lain kali dtg awal2..
aureanayz : kalau depa guna oren tu dapatlah kita makan kan? kalau rum tu takleh lah still alcohol...
rinnchan : Nanti saya buat entry tag ni...tq for tagging me!
jeff : bunga? hehe...
jeff : o0o0...silap komen...
fliffy : ala fliffy...zakiah pun start masak2 bila anak dah 2...


Wednesday, 14-Feb-2007 23:19 Email | Share | | Bookmark
Baked macaroni & cheese

Masukkan udang, goreng sebentar,kemudian cendawan butang
Instant mushroom soup
Masukkan mushroom soup & biar sebentar
View all 10 photos...
Macaroni & cheese ada banyak version, ada yang bake ada yang masak camtu jer, ni salah satu version
baked macaroni & cheese. Bebudak sukalah ni pasal ada cheese...


BAKED MACARONI & CHEESE

Macaroni - 300 - 400gm
**direbus dengan sedikit garam & minyak sampai lembut

Bawang besar - 1/2 biji (potong dadu)
Bawang putih - 2-3 ulas {dicincang)
Ayam cincang/udang - 200gm (lebih pun takper)
Instant mushroom soup (kalau takde pun takpe)
Cendawan butang - dihirs nipis (ikut byk mana nak)
Susu segar - 2 cawan
Perasa - oregano, garam, lada hitam & parmesan cheese
Cheddar cheese (kalau mozarella pun ok kot, saya tak try lagi)

Cara:

1. Tumiskan bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan ayam atau udang, gorengkan sebentar.
3. Masukkan pula cendawan butang, biarkan sebentar.
4. Masukkan instant mushroom, kalau pakai cream of mushroom dlm tin, lebih kurang 1/4 - 1/2 tin, kalau pakai serbuk, 1 peket, bancuh dengan sedikit air, tapi jangan cair.
5. Kemudian masukkan susu segar, biarkan sebentar hingga mendidih, masukkan perasa.
6. Akhirnya barulah dimasukkan macaroni yang telah direbus tadi, gaul sampai rata, bila agak pekat, padamkan api. (Kalau rasa mcm kering sangat, tambakan sedikit susu segar lagi.
7. Tuangkan macaroni tadi atas loyang yang telah digris dgn sedikit butter.
8. Kalau suka, letakkan tomato yang telah dihiris nipis atas macaroni sblm tabur cheese.
9. Letakkan cheese atasnya, sebaik2nya siat2 cheese tu & tabur atas macaroni, saya maleh sikit..hehe
10.Bakar selama 20-30 minit pada suhu 180C, atau sehingga cheese cair, jgn sampai cheese tu dah warna coklat..


sekian pada hari ini,
zakiah zainudin


Quote:
kc : tq for dropping by kc! aiks...belum asa dah taus edap? tere...
RosLeenda : memang sedap bagi tekak saya lah...budak2 lagi suka...
cakcibur : kita pun nak try daging dendeng cak...nampak best betul!
mummy damia-ira : agaknya ira akan cuba buat bila damia dok sebut nak mac & cheese kot..hehe..
ishzah : memang sedap utk yg sukakan masakan bercheese ni... rugi husband ishzah pasal tak suka pasta...


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net