Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Feb-2007 02:10 Email | Share | | Bookmark
KUNG PAO CHICKEN (cranko2)

chicken kung pow (sori gambar terlebih cahaya)
Setelah menengok resepi ni dari fotopage kak liza & mamafami, rasa tergoda pulak..hehe..tgk pun macam senang jer.. Tap dah lama tertunda, ni baru teringat balik bila dah belek recipe in waiting list... Memula buat sikit jer sebab ingatkan tak laku, tapi, memang salah dugaan saya ni! SEDAPPP!! Disebabkan rasa tak cukup, saya buat lagi sekali mlm tu jugak..baru puas rasanya! Yang buat sedap tu, mungkin pasal ayamnya disalut dgn tepung jagung dan dogoreng terlebih dahulu.. Pehhhhh...cubalah!


KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api


****Sori yer kak liza copy & paste jer dari fp kak liza.
***Saya takde lada benggala (capsicum) & gajus, tapi still sedap!
***Cilinya saya kurangkan sikit.
***Overall chicken kung pow ni memang best!

sekian,
-zakiah-


Quote:
can mali can : tak dapat nak tadah air liur tu pasal kita jauh..hehe..
MamaFaMi : memang sedap, tq for introducing this delicous recipe!
jeff : eh..cubalah resepi ni, memang sedap!
RaqynRafiqin : gastrik..? orang gastrik memang takleh biar perut kosong..pergilah makan roti ke, biskut ke dulu buat alas perut...
za : sodap za....!! Sampai kena masak 2 kali pasal tak cukup tu....
kuchai : tak cukup ler kuchai, kenalah masak balik..hehe
rinnchan : ha ah, chicken kung pow ni ala ala sweet & sour...
Ouled Kenitra : agaknya resepi ni diambil dari zaman wong fei hung kot...
fizan yusop : wa'alaikum salam, salam perkenalan! toyota kat mana yer? i mean pulau apa?
mommy_d&d : tulah...sedap kan chicken kung pow ni! Ala...setakat kek barbie, erna lagilah pandai buat...
ajzie : cubalah buat, manalah tau sesuai dgn tekak..
hellikonia : dah tgk dah kat ur fp, nanti nak try udang nyer version lak, nampak lagi menarik letak udang kan?
mummy damia : memang betul tu, kita pun buntu tak tau masak apa hari2...
hanieliza : memang betul sedaplah kak liza! Mekasihlah pada kak liza & mamafami sebab share resepi ni...




Thursday, 1-Feb-2007 02:15 Email | Share | | Bookmark
Chocolate ball

Chocolate ball
Resepi ini tersangatlah senang, sesapa pun boleh buat.

CHOCOLATE BALL

Bahan-bahan:

Sebiji kek coklat (kek span tak sedap buat ni)
Coklat masakan/coklat bar kita makan
Chocolate rice
Paper cup secukupnya

Cara-cara:

1. Cairkan coklat secara double-boiler ataupun di dalam microwave,sejukkan.
2. Hancurkan kek, masukkan coklat cair tadi & gaul rata sampai kek sebati dengan coklat.
3. Golekkan pada coklat rice dan masukkan dalam paper cup.
4. Siap dihidangkan!

***Kek coklat tu beli pun boleh, ataupun buat je keknya gunalah resepi memana pun..
***Coklat tu ikut banyak mana kek, kalau kek tu dalam 1kg, boleh gunakan 200gm coklat.
***Bagi saya kalau gunakan coklat yg kita makan lagi sedap dari coklat masakan ni..

sekian,
-zakiah-


Quote:
jeff : pelik pulak den dgn ekau ni, bolom raso dah kato sodap? teree...
za : ish ish za...lain kali cakaplah awal2 nak sket, ni habis dah dibantai kitorang sumer..hehe
rinnchan : betul tu rinn, ni hanya basic jer apa yg zakiah paparkan kat sini.. tq for the belated besday wish! Memang pun rasa berbaloi sampai tak lena tido mlm tu..hehe..kalau tak jadi, nangihlah zakiah..
rinnchan : nama besday girl tu syahmina..
nabialishad : samolah sini, tak sompek nak hancurkan selalunya, tapi ni kobotulan ado pulak lebih kek barbie tu, trim topi nak buek skirt eh, dapeklah den hancurkan buek coklat ball ni, kalau tak, tak merasolah coklat ball ni..
MamaFaMi : hehe...samalah kita mama, selalunya zakiah pun tak dapat nak buat coklat ball ni, tapi ni lebihan skirt kek barbie tu, dapatlah hancurkan & buat ball ni..betul tu mama, kalau moist choc cake lagi sedap buat coklat ball ni..
ira-mummy damia : tak semestinya kena guna moist chocolate cake utk buat chocolate ball ni, kek coklat biasa pun boleh, cuma kalau guna moist chocolate cake lagilah sedap.. bun tu memula memanglah tak cantik, kena buat lagi baru cantik..
RaqynRafiqin : husband tak kasi beli kat kedai, tapi dia tak cakap takleh buat kat rumah kan coklat ball ni? hehe...
ayana : aiks... sedut apa tu...
rossya : cubalah kak ros, memang sempoi caranya ni! p/s : I miss ur new recipe!
aureanayz tq for the birthday wish! memang betul kata akak, kalau dapat merasa lagi best..hehe...tapi kan, saya sempat rasa satu jer pasal yang lain dah disebat.. rindulah nak tgk update fp akak..
ida : alaa...godaan saya kecik ajer, akak nyer godaan tu lagilah besar..hehe..dengan rotinya panas2 dah siap pepagi..
salina : tulah, akak balik mesia aritu dr tgh bln 12 sampai awal bln 1, tak sempat kita jumpa sana eh...salina letaklah gambar masa bercuti kat mesia aritu.. p/s: congrats dah ada bisnes sendiri..
cakcibur : bread cheese pudding tu kalau nak cantik kena hias atasnya dengan raisin ke, coklat cip ke, coklat rice ke..tapi kalau tak letak pun tetap sedap, tu hiasan jer! Haaa...chocolate ball ni suruh lya yg buat, gerenti dia boleh, senang jer ni..keje menghancurkan kek pun memang keje bebudak..hehe..
dOd : buat dilla jangan tak buat...
kuchai : ala...dapat idea ni dari orang jugak, so kita ni tak kreatif...hehe...



Monday, 29-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Barbie birthday cake by me!

Happy Birthday Syahmina, Una & Ina!
the birthday girls...
The cake by me!
View all 30 photos...
Mula-mula plan nak buat birthday party bebudak ni kecil-kecilan saja memandangkan di Malaysia atuk nenek diorang buat besar-besaran pulak. Tapi jiran kami, Saleha pun nak buat majlis minggu depannya, birthday anaknya jugak.. Disebabkan majlis tu dekat sangat tarikhnya, kami sepakat biarlah kali ni kami bergabung utk membuat majlis ni kerana orang jauh tak susah nak datang sini sampai 2 minggu berturut-turut. Setelah berbincang, Saleha akan membuat main dish since dia pun masak sedap, zakiah uruskan dessert & birthday cake.

Mula-mula ingatkan nak 3 biji kek, maklumlah 3 besday girl. Lepas tu terfikir pulak, why not buat barbie cake, since semua ni girls & Syahmina (anak Saleha) dah besar, tentu dia suka ada barbie cake, maklumlah, dia pun minat jugak barbie ni.. So, zakiah punya senarai menu : dadih coklat & dadih strawberry, mini donat salut gula & salut coklat, muffin coklat & muffin blueberry. Memula ingat nak buat cupcakes, tapi memandangkan ramai budak kali ni, takut pulak diorang sapu kat carpet ke, dinding ke, so betterlah buat muffin.. Orang lelaki pun bukannya suka yg berkrim sangat ni, hanya budak jer suka.. Main dish pulak ; soto ayam, kari ayam, daging masak kicap - dimasak oleh saleha.. sambal udang oleh dodi & sayur goreng oleh azy.. Laku woo sayur si azy, tgk2 dah tak berbaki..hehe.. Lain kali nak suruh azy masak lagilah yer, boleh?

Lepas tu bermulalah proses zakiah baking membaking dari hari jumaat (majlis hari Ahad). Taknak buat awal sangat, pasalnya tak muat nak simpan kat freezer & fridge. Sebenarnya nak start lagi awal, tapi nak dijadikan cerita, sakit kepala pulak sebelum tu, anak pulak meragam. Memang betul, sebelum nak buat majlis mesti ada dugaan sikit. Kek barbie nilah yang plg merisaukan zakiah, sbbnya takde pengalaman. Tapi nasib baik ada blog chetam ni, dalam tu ada ditunjukkan step by step camna nak buat kek barbie ni.. Disebabkan tetamu dijangkakan 50 orang, kenalah buat besar sikit. At least 3 kg, tapi bila dah siap, rasanya lebih 3 kg tu, silap2 4kg.. Nak mengangkat tu, boleh tahan beratnya.. Bermula pada jumaat tu jugaklah zakiah bakar 2 biji cake chocolate moist. Satu dlm loyang 9", satu lagi dlm loyang mixing bowl, tinggi sikit, tu leh jadi atas skirt kek tu.. Disebabkan dlm fridge tak cukup tempat nak simpan kek tu, zakiah biarkan kat luar & balutkannya dengan plastik, ini untuk mengekalkan kelembapan kek tu, kalau nanti kering.

Lepas tu sibuklah membuat muffin coklat 52 biji dpt, muffin blueberry dpt 42 biji, dah tak larat den nak nambah2 dah.. Dadih dimasak pada hari sabtu, tapi sori, gambarnya takde pasal yang ni kita tumpangkan kat fridge jiran lagi satu. Sabtu malam pulak, pukul fresh cream untuk hiasan kek ni, dah pukul dekat sejam tak keras2 gak, bila check balik rupa-rupanya jenis low fat, haiyaaa... kereta pulak takde nak ke kedai jauh.. kedai dekat dah tutup.

At last, decided taknak pikir pape, tinggalkan je kek camtu, tido dulu, pasal dah pukul 1 pagi dah.. Sebelum tido, kenalah uli doh donat dulu, la ni dah musim sejuk, nak kasi doh naik tu, berjam jugak, kadang2 letak dlm bilik pasang heater. Tapi, tak sangka pulak mlm tu tak lena tido..kejap2 terjaga, camna kek aku ni, camna nak hias, bahan tak cukup..aiyahhh...ingatkan senang, rupanya susah juga ek... Esok pepagi, saya dah nekad nak whip butter & shortening jadikan krim kek. Nak memutarnya pun satu hal, sebabnya mixer kat rumah ni lembap giler...yang saya nampak, tangan saya yg gerak, whisk mixer tu tak gerak pun...akhirnya dekat 40 minit jugaklah baru selesai whip butter tu.. pastu tgn dah sakit2, kenalah rehat kejap.. Pastu bila ramai assistant dah sampai, saya rasa lega, maknanya saya boleh tumpukan perhatian pada kek, donat, sayur goreng & chocolate ball boleh diuruskan orang lain.

Akhirnya siap jugak kek barbie ni! Saya rasa lega & bersyukur yg teramat sangat sebab kek ni menjadi & niat saya nak kasi bebudak happy tgk kek ni berjaya! Syukur alhamdulillah! Tak sangka pulak kek ni jadi start of the day, ramai yg nak bergambar dgnnya... I guess, Allah dah tolong saya aritu, dan permudahkan urusan saya.

Di sini ingin saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan ribuan terima kasih pada DIana (Ariake) ; kerana bagi saya semangat utk teruskan buat kek barbie sampai habis, kalau tak, saya nak tukar plan dah buat kek biasa jer... Dodi, Azy, Fiza, Dilla ; kerana bertungkus-lumus menolong menjayakan majlis bersama Salleha & Zakiah ni..dan tak lupa kepada Salleha kerana sudi bergabung untuk membuat majlis ini! Seronok pulak bergabung macam ni, dapat buat besar-besaran sikit.. Sal ni masak lagi banyak tapi rileks jer, macam zakiah ni tak sebanyak sal tapi kena ada byk assistant..hehe... Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang datang & yang memberi hadiah!

sekian,
-zakiah-


Quote:
MamaFaMi : tulah mama...bila stok baking ni dah ada, nak ler jugak buat eksperimen ni..hehe.. anyway anyhow ur turn will come, nanti mama boronglah bila balik mesia.
kuchai : mailah sini kalau nak merasa kek barbie ku yg tak seberapa ni.. I really hope that ur car is safe and back to u again!
mummy damia : aiyahh mummy...kita belum pro lagilah pasal patungnya senget..hehe.. takpe..practice makes perfect!
cakcibur : tulah, rasanya nak try gak bwk ke hot spring, mungkin ada betulnya boleh matikan kuman, ataupun air laut kot? adik saya dulu kena chicken pox terus baik, padahal baru 5-6 hari. Bread pudding tu guna cream cheese, bukan soalan bodoh, semua org confuse bila letak cheese jer pasal cheese ada byk jenis..
za : aiseh..tulah lambat mintak..sorilah dear..dah habiss... lain kali mintak awal2..
merpati66 : memang meriah pasal gabungan 2 keluarga buat majlis ni.. saya rasa akak mesti bz skrg ni pasal takde update baru..
zoreen : saya bebetul berharap zoreen boleh bertahan! Tunjukkan, takde dia kita lagi kuat, memanglah cakap senang, nak buat susah, tapi cubalah! Allah akan bersama orang yang teraniaya!
nabialishad : kombang ko skirt eh? tak cukup tu..nanti tambahkan laie kombang ehh.. hehe..
Hajar : budak2 yang seronok..lega pasal menjadi jugak kek ni!
dOd : maybe masa dilla masuk fp zakiah ni tengah down kot..semalam dari pagi sampai ke ptg zakiah try upload pun tak dapat..sabo jelah...
nana : zakiah ni kalau kuih melayu jarang buat pasal pernah fail..terus malas.. trylah buat donat suria tu, tulah resepi donat yg tersenang..
sal yokonaga : Daijobu sal! Arigatou jugak pada sal pasal kasi kitorang makan sedap2..hilang dietku!
RaqynRafiqin : memula mmg saya ingat nka buat hiasan gak, tapi dah budak tak sabar nak potong kek..hehe..
dhiyadamia : aku dah agak dah mesti ko tuntut kek barbie utk anak ko jugak.. haha..ko kena dtg sinilah bulan 11 ni buat besday dia..
~F&Z~ : tq kak! Tu bukan tere, tu kira bernasib baik..hehe
precious@poknie : iyerlah senah nama kucingku..tah hidup tah dah mati dia la ni..
Ouled Kenitra : tq for the wish!
cakcibur : tahniahlah dah berjinak2 dgn bidang baking ni...bilalah boleh marasa cak buat ni yer,,,
ibu nadia : takdelah pandai decorate, actually ikut bahan apa yg ada waktu tu..
sue : tq sue! kalau boys ikut minat diorang apa, ada yg suka power rangers, ultraman, spiderman, so kalau yg camtu, kenalah lukis atas kek tu...
razali : wa'alaikumsalam.. ok, kalau ada yg saya berkenan nanti saya pm yer...
anna : sorilah anna, yg ni bebetul bukan rezeki anna pasal buat kat jepun..
zana/ros : memang girls seronok dapat kek ni, terutamanya yang suka patung barbie ni...


Sunday, 28-Jan-2007 20:42 Email | Share | | Bookmark
BREAD PUDDING CHEESE

Sebelum dibakar
Selepas dibakar
Bread pudding cheese!
Satu perkara yang paling buat kita tension, apabila kita dah taip banyak2 & pic dah upload, tetiba server error... sabo jelah...

Kali ni, saya telah mencuba resepi dari kak ida, BREAD PUDDING CHEESE WITH RAISIN. Sebenarnya saya tak berapa gemar makan puding & agar2 ni, tulah sebabnya saya malas nak mencuba resepinya. TETAPI, resepi puding kak ida kali ni agak istimewa kerana ada cheese, tak pernah pulak dengar puding roti ada cheese sekali. Kedengaran menarik, lagi pula saya memang menyukai cheese ni.. Hasilnya, memang sedap! Saya sorang jer dah suku loyang, pasalnya, bila dah rasa satu, nak rasa satu lagi, begitulah seterusnya... ish ish...bilalah nak kurus ni... So, inilah resepi asal dari kak ida..

BREAD PUDDING CHEESE WITH RAISIN

Bahannya

10 keping roti
2 cawan susu segar
½ cawan gula perang
250grm cream cheese
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
raisin / buah campur untuk hiasan

caranya :-

- susun roti dalam loyang pembakar
- jiruskan susu segar atas roti – biarkan dalam 15 minit
- pukul cheese hingga gebu , masuk telur
- masukkan gula perang + esen vanilla
- tuangkan atas roti tadi.
- Hiasa dengan raisin /or buah campur
- Bakar dlm oven selama 20 minit = 200 deg.
- Tunggu sejuk baru potong…

***Saya gantikan raisin dgn coklat cip, memang sedap! Kombinasi yg baik antara cheese & coklat..
***Pada pendapat saya, eloklah dibakar pada suhu 180C, 30mins-40mins, sebenarnya bergantung pada jenis oven, saya punya ni tak brp betul..hehe..
***Saya gunakan roti secukupnya, saya susun roti dlm loyang sampai tutup dasar loyang..
CHEESE YANG DIMAKSUDKAN DI ATAS ADALAH CREAM CHEESE

sekian pada hari ini,
-zakiah-


Quote:
MamaFaMi : tq mama for the tips! Memang pun zakiah gunakan cara tu skrg setiap kali buat entry baru sejak mama bagi idea tu...
kuchai : Can't wait for ur turn...
Qistina Wa'alaikum salam! Nice name Qistina! Ha ah, cheese yang dimaksudkan sini cream cheese, cubalah resepi ni, sedap tau!
siti masliana : memang sedap ni siti! Ni aku nak buat lagi ni, aritu rasa mcm tak cukup! ala..aku belumlah master lagi kat dapur, semalam, tah apa silap roti aku bantat, bila aku check, kurang sikit air & musim sejuk, kalau tak guna bread improver memang bantat sikit...
merpati66 : sedaplah puding ni kak ida! Terima kasihlah sudi berkongsi resepi ni, tak sia2 akak korek resepi ni dari chef tu...hehe..


Friday, 26-Jan-2007 23:21 Email | Share | | Bookmark
The famous DONAT SURIA

Donat suria
Pizza
Mini pizza
Famous betul donat suria ni sejak mamafami dok sebut2 dlm fotopagenya.. Pastu, kat fp orang lain pun ramai yang buat donat suria ni jugak, so I have decided to give a try to this famous recipe..

DONUT SURIA

Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening (Saya guna marjerin jer)
3 s/b gula pasir halus

Disatukan:
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam

Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali marjerin ke dalam satu bekas.
2. Kacau hingga terbentuk satu doh.
3. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga licin. (Saya taburkan tepung diatas meja & uli atasnya)
4. Masukkan doh yang licin tadi ke dalam satu mangkuk & peramkan hingga naik 2 kali ganda..
5. Tumbukkan dengan lembut di tengah adunan bagi membuang angin.
6. Canaikan doh tadi dan teraplah dengan acuan donat, letakkan donat ke atas pinggan yg ditabur dgn sedikit tepung.
7. Tutupkan atas donat tadi dgn plastik & peramkan lagi hingga naik elok..
8. Gorengkan dengan api kecil/sederhana hingga berwarna perang.
9.. Golekkan atas gula kastor ataupun sapukan atasnya dgn coklat cair..


Selain dari donat ni, saya gunakan doh ini untuk membuat pizza. Bagi saya, kalau kita larutkan yis ke dalam air suam, hasilnya bahgaian luar akan jadi crispy sikit, sangat sesuai utk membuat base pizza. Saya canaikan nipis ke atas cookie sheet & letakkan ke atas dulang pembakar, biarkan ia rehat selama lebih kurang 15mins ke 30 mins. Sapukan sos pizza dengan rata, taburkan inti kegemaran anda & taburkan keju mozarella ke atas inti tadi..Inti tu macam saya, tumis sedikit bwg besar & bwg putih, kemudian masukkan daging lembu/ayam cincang, biar sampai masak, pastu perasakan dengan garam & lada hitam..

Resepi sos pizza kak yong:

1 biji bwg besar (saiz sedang) - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang
1 tin kecil tomato puree
4 sudubesar sos cili- kalau nak pedas lebihkan..
minyak zaitun
garam + lada hitam
oregano & basil atau herba masakan itali

Cara:

1. Panaskan minyak zaitun & tumiskan bawang2 tadi..
2. Masukkan tomato puree & cili sos.
3. Perasakan dengan garam & lada hitam.
4. Akhir sekali, masukkan oregano & basil.

Pada saya sos pizza kak yong ni antara tersedap! Kak rossya juga sependapat dengan saya.

sekian pada hari ini,
-zakiah-


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net