Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Dec-2006 16:02 Email | Share | Bookmark
Experiment on chocolate cake

guna camera adik- tak reti nak setting
ok ke?
Assalamualaikum & hello to all! Saya dah ada kat mesia ni, sejak dah ada sini masa untuk berinternet lagilah terbatas pasal dok bz dengan persiapan adik nak bertunang ni. Sibuk tolong sama siapkan hantaran (I was a wedding planner before), sibuk berjalan ke Bake with Yen & Bagus bakery supplies.. memang gilalah masuk kedai2 ni, byk duit habis, maklumlah nak angkut balik ke jepun ni... Buku resepi pun borong gak.. Disebabkan kat sini bahan2 buat kek & kuih ni quite murah compare to japan, so inilah timenya nak buat experiment.

Experiment ni on my chocolate moist cake. Instead of butter, I used vegetable oil. I found that, if the cake batter using any oil, it becomes more moist and the baking time is shorter. Dalam resepi sepatutnya kena creamkan butter & gula kastor, tapi saya ubah, pukul telur dgn gula sampai kembang sikit dan berbuih. Kemudian masukkan campuran tepung diselang-selikan dengan air, akhir sekali masukkan minyak. Saya tak guna mixer langsung, hanya whisker. Kalau adunan masih tak brp licin, biarkan sebentar, kemudian kacau lagi dengan whisker. Hasilnya memang tak mengecewakan, sedap jugak. Kalau sebelum ni saya guna butter, masa membakarnya kadang2 boleh menjangkau ke 1 jam 15 minit, kali ini saya bakar hanya 50 minit, guna loyang 10 inci, besar tu!

Untuk topping kek, selalunya orang gunakan whipped cream atau thickened cream dimasak atas api hingga keluar buih, kemudian diangkat dari api, dicampurkan coklat masakan dn kacau hingga coklat cair dan sebati dengan cream. Tapi, saya cuba gunakan susu segar pula untuk menggantikan cream tadi.. alhamdulillah menjadi!


CERITA HARI INI

Tahukah anda, selepas anda memakan sebarang jenis ubat, anda tidak boleh makan buah oren ataupun minuman yang berasaskan oren & limau? Oren & limau ini akan meneutralkan balik ubat yang anda makan tadi, Maknanya ubat anda tadi tidak berfungsi tadi, sebaik-baiknya, elak makan oren/limau 2 jam sebelum makan ubat, 6-8 jam selepas makan ubat. Inilah yang dikatakan potong ubat.

Sekiranya anda makan/minum limau nipis ataupun lemon selepas makan ubat, ini akan membahayakan kesihatan anda kerana asidnya sangat kuat dan akan berlawan dengan ubat tadi, boleh juga membawa maut. Kadang2 kita ada dengar orang yang meninggal tapi takde sakit apa, secara tiba2 saja, inilah salah satu puncanya yang kita tak sedar. Memanglah ajal itu ditangan tuhan, tapi kalau belum ajal lagi, maknanya sakitlah badan kita, dah terseksa pulak.. Apa-apapun, berusahalah utk mengelak terjadinya sakit ini, sedangkan Allah Ta'ala juga menyuruh kita berusaha..

Saya juga selalu berpesan kepada kawan2 yang ada anak kecil, jangan campur ubat dalam susu. Cubalah kita fikirkan balik, ubat dibuat drpd dadah, manakala susu pula berasid, jadi apa akan jadi kalau dedua bahan ini bertembung dalam badan anak kita? Fikir2kanlah..

p/s : saya ingin meminta maaf kepada semua yg meninggalkan komen dalam entry2 saya yg lepas2, saya belum berkesempatan nak membalasnya.. akan saya balas bila dah free nanti!

sekian,
-zakiah-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net