Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Jan-2007 13:16 Email | Share | Bookmark
Triple Chocolate Muffin

Triple choc muffin
Bila dah bukak casingnya..
Birthday cake syahreena
Happy 2nd birthday Ina!
Kakak pun nak posing gak???
Tekstur choc oil cake (Diana)
Resepi muffin ni kalau tak silap ambik dari teratak chetam http://chetambiz.blogspot.com/ Dan, kalau tak silap jugak, Kak Hanieliza http://hanieliza.fotopages.com/ yang postkan resepi ke teratak chetam ni..So chocolatey taste! Satu adunan boleh dapat lebih kurang 20 biji sederhana. Disebabkan skrg ni musim sejuk, asyik nak ngunyah jer, tu yang buat muffin ni..hehe..

TRIPLE CHOCOLATE MUFFIN

375gm tepung gandum
2 sdt baking powder
2 sudu besar serbuk koko
***Semua bahan diatas diayak bersama

110gm butter
210gm gula perang
3 biji telur
1 sdt esen vanilla
300ml susu segar
250gm chocolate chip - digaul dgn 1 sudubesar tepung gandum, untuk elak tenggelam
250gm coklat masakan {dipotong cube}

Cara:-

1. Butter dan gula perang dipukul hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan telur satu persatu, diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan bahan yang diayak dengan susu segar secara berselang seli.
4. Masukkan pula chocolate chip, kacau rata.
5. Sudukan kedalam bekas muffin dan taburkan coklat masakan tadi ke atas muffin.
6. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 20 minit.

Gambar kek diatas adalah gambar birthday cake syahreena yang ke-2 tahun. Untuk kek ini saya gunakan chocolate oil cake (Diana) http://resipidiana.blogspot.com Topping pulak saya hias dengan krim putar yang dipukul.


CERITA HARI INI

Hari ini saya nak cerita tentang kobis. Sebagaimana yang kita ketahui, kobis merupakan antara sayur yang termurah dan rasanya agak sedap juga, ada rasa manis sedikit. Tetapi, tahukah anda bahawa kobis tidak baik untuk kesihatan, terutamanya pada wanita?? Kobis sebenarnya merupakan sayuran golongan sejuk dan paling kuat anginnya. Kalau dimakan selalu, ia mengakibatkan keputihan, dan, badan dan sendi lemah sedikit sebabnya angin. Tulah sebabnya ramai yang belum tua tapi dah sakit itu sakit ini, Paling teruk, sakit lutut! Kalau orang zaman dulu, diorang walaupun makan kobis, tapi kuat makan/minum jamu, buang angin tu balik, orang zaman sekarang mana ada kuat sangat makan/minum jamu ni, jadi ianya tak balance dah...

Ada jugak atuk saya bagi petua, untuk buangkan angin dalam badan, makan sesudu halia yang diblend dengan sedikit air tiap2 pagi. Saya belum mencuba petua ini lagi. Atuk saya kata boleh kuruskan badan jugak, sebab kebanyakkan badan yang besar2 ni banyak angin, angin ni dah tepu dalam badan dah... Tetapi, jangan sekali2 makan halia ni blend dengan madu sebabnya madu ni panas, halia pun panas, takut nanti badan tak tahan..

sekian,
-zakiah-


Quote:
Fieza Hi fieza! Salam perkenalan! Seronok bila tau ramai geng memasak ni rupanya.. welcome to the club!
Mamafami : Halia tu mama ambik sebuku halia, buang kulit, blendkan dgn sedikit air & maybe gula melaka kalau tak suka rasa pure halia tu. Pastu tetiap pagi ambik 1 sudu kecik & telan. Tapi bak kata kak nabia, pus pas pus pas, erk ark erk ark tak berenti kang..hehe..trylah mama, pastu bagi feedback yer...
Ida : petua kak ida tu memang betul sesangat.. hehe.. actually control jer makan2 ni..
Nabialishad : ala..walaupunenjin dah start tapi baru masuk gear 2 ni, belum laju lagi..hehe.. betul ke bila makan halia tu pus pas erk ark tak berenti nanti? hehe.. berpikir jugak lah ni nak try ke tak... Tunggu husband outstation kot..kang terperanjat pulak dia dengar bunyi-bunyian tu kang..hehe..
Azie : Salam perkenalan azie! Tq for the wish for Syahreena! So nice of you!
Sab : Cerita tentang kobis tu memang betul, sab should reduce or stop makan kobis ni! Taugeh, nanti zakiah buat research elok ke tak makan, sayur yg paling ok mcm sawi & carrot. Bagusnya sab ni suka makan halia. refer kat jwpn zakiah pada mamafami tu!
RosLeenda : Lega dengar anak kak leen dapat makan rendang tu, memang rezeki diorang gak! Elehhh kak leen, dia lagi pandai buat kek dari kita, takyah jeles dah...
allodealova : E300 tu 3.2 mp kan? Memang zakiah pun ada dgr Olympus pun lebih kurang Nikon jer...
mommy_d&d : memang betul tu erna, kebanyakan sayur yg jenis sejuk ni membanyakkan susu badan, contoh lagi lobak putih, pucuk ubi, bayam; ni semua membanyakkan susu badan. Tapi long-term tak brp elok untuk badan kita, maybe budak pasal dia minum susu kita. Kalau nak membanyakkan susu badan, cuba makan misua, dimasak macam mihun sup, insya allah, yang ni pun mujarab membanyakkan susu. Kalau nak memekatkan susu pulak, cuba makan quaker oats..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net