Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jan-2007 06:13 Email | Share | Bookmark
Bread series!

Soft butter bun - slps dibakar (nmpk kering kan?)
Selepas disapu dgn butter cair
Tekstur soft butter bun, inti cheese
Bun coklat
Tekstur bun coklat
Bun manis, inti ikan bilis
Bun manis - inti sosej
Bun manis - inti tuna
Setelah teruja melihat roti yang dibuat oleh erna (mommy d & d), sejak ada baby barukan..macam2 dieksperimennya...diikuti pulak tgk roti kak ida, pun sejak ada toy baru..saya pun teringin jugak nak buat roti sendiri. Tapi saya tak pakai mixer atau breadmaker, pasal takde pun! Mixer saya pulak dah dicampak bebudak ni masa diorang bergaduh aritu, sejak tu, semua eksperimen pakai tangan. For me, buat doh beryis ni, such as donat & roti lagi seronok kalau diuli tangan. Memang saya suka uli sendiri, tapi kenalah dengan cara yg betul.

Sesetengah orang kacau adunan dalam mixing bowl, termasuklah uli dlm mangkuk tu terus, salah cara tu! Agak2 bila adunan dah tak melekat ditepi mangkuk, taburkan sedikit tepung atas meja, keluarkan adunan tadi dari mangkuk dan letakkan diatas taburan tepung tadi, dan ulilah dengan menolaknya kedepan, ke belakang, ketepi, ke tengah, sampailah adunan itu licin. Selepas itu letakkan adunan dlm mangkuk besar dan tutuplah dengan plastik atau kain (I prefer plastic pasal lagi cepat naik & kalau terlebih masa peram, bahagian atas adunan takkan berkerak). Biarkan hingga adunan naik 2 kali ganda. Setelah itu, tumbukkan dengan lembut ditengah adunan untuk membuang angin. Bentukkanlah adunan itu seperti yang dikehendaki.

Untuk eksperimen saya yang pertama membuat roti ni, saya mencuba resepi SOFT BUTTER BUN dari fotopage mamafami. Pertama kali membuat roti ni tak berapa gebu. Rupa-rupanya saya terbakar lebih masa..mengikut kata kak ida, bakar 20 minit pun roti dah masak & still lembut, saya bakar 40 minit. Abih tu saya ingatkan kena tunggu sampai atas roti warna coklat..hehe..tapi nasib baik laku jugak, so takdelah membazir. Fillingnya saya letak kaya & cheese, yang cheese habis hari tu jugak sebab bebudak ni suka cheese, bpknya makan yg ada kaya. Disebabkan tak puas hati, esoknya saya buat lagi, masih tak brp gebu sgt pasal roti tu disusun jauh2 sangat & terlebih bakar lagi..Sebenarnya kalau kita susun rapat2 sampaikan bila kita prove lagi roti tu bercantum lagi baik. Ini akan melindungi kelembutan roti didalamnya walaupun luarnya tak gebu.


SOFT BUTTER BUN (MAMAFAMI)

Ingredients :

250g high protein/bread flour
50g superfine flour
50g castor sugar
1 teaspoon salt
2 1/2 tablespoons milk powder
1 1/2 teaspoons instant yeast
1 small egg
30g butter ~ room temperature
140ml water

Glazing :
1 egg ~ lightly beaten
Melted butter, for brushing

Method :
1. Combine all ingredients, except butter and knead till a dough is formed.
2. Add butte and continue kneading till a smooth, soft and elastic dough is formed.
3. Prove the dough for about 2 hours. (Tak semestinya)
4. After first proving, knead the dough lightly and divide the dough into small even sizes. Rest for 10 minutes. At this stage, you can add filling of your choice.
5. Place buns in a greased and floured square tin and prove until double in size.
6. Preheat oven at 200 degree Celcius.
7. Brush buns with egg wash and bake for about 15 minutes or until brown.
8. Remove from oven and brush with melted butter.
9. Cool buns in tin for 5 minutes before turning out onto a wire rack.

***My notes
1. Saya terlupa sapu telur pada atas roti sebelum membakarnya, bila suami saya kata roti awak ni kering sebenarnya, barulah saya teringat.
2. Menurut kata mamafami, dia hanya renjiskan dengan sedikit air ke atas roti sebelum membakarnya sebab dia tak berapa suka bila disapu dengan telur akan jadi gelap roti tu bila dah bakar.


Eksperimen kedua pulak, bun coklat oleh kak hanieliza. Untuk resepi ni, saya menggunakan nutella sebagai intinya...pehhhhh....terangkat betul makan bun coklat ni, sekarang ni dah jadi roti yg wajib ada dlm rumah. Memang sedap, tapi kalau letak intilah...

BUN COKLAT (HANIELIZA)

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
20 gm serbuk koko
100 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Masukkan bahan B dalam mangkuk roti Bread Machine.
3. Masukkan pula bahan A dan setkan BM pada Dough saja.
4. Bila doh telah siap dn naik sekali ganda tekan supaya angin keluar.
5. Bahagikan doh pada 20 gm setiap satu. [Jika suka letakkan kismis dalam doh]
6. Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik sekali ganda.
7. Sapukan kuning telur dan bakarkan dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 25 minit.
8. Bila telah masak keluarkan dan sapukan majerin untuk mengilatkan roti.


Eksperimen yang ketiga bun manis, resepi masih dari kak hanieliza. Takdelah manis sangat pun bun ni.. Untuk intinya saya gunakan sosej, tuna & ikan bilis. Sori rupa roti tak brp cantik, maklumlah...newbie lah dikatakan...bila dah selalu buat nanti cantiklah rupa roti tu..

BUN MANIS / SWEET BUN (HANIELIZA)

Bahan A
500 gm tepung high protien
25 gm susu tepung
75 gm gula
10 gm ibu roti
1 s/k pelembut roti
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
75 gm majerin

Bahan C
Inti Kacang Merah
Butter
gula
sosej
kismis

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.
5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Bakar dalam suhu 180'C sehingga kelihatan masak.
8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.


Sepanjang saya eksperimen roti2 diatas ni, ada juga adunan yang saya gunakan majerin yang dicairkan, jadi jugak & lagi senang nak uli, doh pun lembut jer jadinya, berbanding dengan majerin lembut sahaja. Saya ada jugak uji dengan mencampurkan yis kering ke dalam air suam, tunggu hingga berbuih, barulah dicampur dengan bahan2 lain. Hasilnya, roti lagilah lembut... tak payah nak letak dough softener pun. Saya akan gunakan cara ini untuk membuat adunan roti2 lain.

sekian eksperimen untuk minggu ini...


CERITA HARI INI


Hari ni saya bagi petua pulak. Masa balik malaysia haritu, anak sulung saya cirit-birit, diikuti dengan saya pulak. Nak ke klinik tak laratlah pulak. Mak saya bagi petua cuna minum air tepung. Air tepung? Camna tu? 1 sudu kecil tepung gandum dicampurkan dengan 1/2 gelas air suam, kacau dan minum segera. Memanglah tak suka, tapi mujarab! Lega saya minum 2,3 kali dah terus baik. Yang penting, saya takkan rasa terseksa nak bagi anak saya makan ubat ni, memang akan dikeluarkannya balik. Pelik pulak air tepung ni mau diminumnya. Tapi untuk kanak2, saya hanya berikan beberapa sudu air tepung jer, tak bagi satu gelas. Minum selepas breakfast pagi & petang/malam. Bila rasa dah baik, terus berenti minum..kang sembelit pulak.. Kalau makan ubat doktor, mau seminggu baru baik, minum air tepung ni, 2, 3 hari dah baik, alhamdulillah! Tapi syaratnya kena yakin, dimulakan dengan bismillah dan selawat ke atas nabi.

sekian pada hari ini!

-zakiah-


Quote:
anna : bread lover eh?Samalah kita, masa ngandung dulu mesti nak makan roti tuna tiap2 hari, tak kena sehari tak sah.. pos takleh ler anna, mehlah dtg jepun bercuti sini, zakiah buatkan roti..
mummy damia : ahaaa...ada gak geng newbie ni..hehe..welcome to the club! Ramainya yg letak nama anak damia, u all should organize a club.. ala...roti saya ni takdelah mcm roti kat kedai tu, nantilah zakiah practice lagi buat roti ni, mintak2lah gebu mcm kat kedai tu... amin!
cikbawang : kalau nak, mailah nagasaki sini.. Akak teringin nak pi seoul, tak pernah jalan sana, teringin nakmakan donat cik bwg ni... akak pun sama kalau balik mesia tu, takde diet2 nyer, semua hentam makan, maklumlah, sini semua kena buat sendiri kalau teringin kan? hehe..
mommy_d&d : memang best makan panas2, tq for inspire me to make my homemade bread ni... tak sangka, takdelah susah sangat... p/s : minggu ni declare minggu roti..hehe
ishzah : memang betul kata ishzah tu, nak buat roti ni kena ada mood dulu, bila zakiah dah teruja tgk roti org lain barulah dtg mood tu. ur bonda org melaka, kalau macam tu serumpunlah kita, zakiah pun org melaka gak, pulau sebang..
ida : masalahnya kak ida, tangan saya memang slim, kalau org tgk tangan saya, memang orang tak percaya tgk badan saya besar sikit.. minggu ni minggu rotilah yer!
gee:candidsyndicate : rajin masak ikut mood jer..hehe...tgklah kalau ada semangat sebenarnya..tq for dropping by my fp!
Nabialishad : kalau kak nabia kat sini mmg saya kasi roti ni, kasi habih pun takpe..esok buat lagi.. nanti nak trylah petua halia tu..mintak2lah boleh kurus!
zack : tgh exam yer, patutlah senyap jer.. bebudak nagasaki ni pun tgh exam gak. about mixer tu takpe.. saja tanya pasal vanilla essence tu, ingatkan takleh pakai sini punya, baunya kuat sangatlah...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net