Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Jan-2007 00:07 Email | Share | Bookmark
Kari ayam madras (rossya)

Bawang besar & bahan penumis
Serbuk rempah disatukan & dicampur sedikit air, jadi pes
Gaulkan ayam dan perapkan sebentar
Inilah hasil karinya...
Dah lama nak mencuba resepi kari ayam dari kak rossya ni, tapi tah camna leh terlupa. Bila tengok resepi ni kat fp kak leen barulah teringat balik. Inilah hasilnya.. Sori kalau kariku tak semengancam kak rossya & kak leen. newbie ler dikatakan..hehe..
**Sori kak ros, kita copy & paste jer dari fp kak ros..


KARI AYAM MADRAS


1 ekor ayam ( anggaran 1kg) - dibuang kulit dan dikerat ikut suka
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1inci halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk lada
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
6 biji kentang dipotong kecil
1 cawan air
2 batang lobak merah dipotong kecil
1/2 cawan santan

Bahan2 untuk menumis:
1 labu bawang besar (pilih yang kecil sahja) dihiris halus
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
sedikit minyak untuk menumis


Campurkan ayam dengan bahan-bahan berikut:
Campuran halia dan bawang putih, lada hitam, serbuk lada, serbuk ketumbar, serbuk jintan, serbuk kunyit dan garam. Perap sebentar.

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis dan daun kari. Apabila bawangnya garing, masukkan ayam yang diperap tadi dan masak hingga bangkit baunya. Tuangkan air dan masukkan kentang dan lobak merah. Tutup, dan kecilkan api dan biarkan ia masak. Bila kuahnya tinggal separuh sahaja, tuangkan santan. Dimasak anggaran 10 minit lagi.
Boleh dihidang dengan nasi atau roti..


**Saya tambahkan sedikit air asam jawa , letakkan setelah ayam tadi masak dan naik bau. For me, kalau kari takde air asam jawa, mcm there's something missing.
**Saya tak letak santan, saya gantikan dengan susu segar.
**Bagi saya kari ni pedas, lain kali saya tak letak lada hitam tu. & kurangkan sikit serbuk cili.

Overall, kari ayam madras ni memang sedap. No wonderlah nearly 7 ladies asking kak rossya for the recipe. Tq for sharing the recipe kak ros!


PETUA HARI INI


Baru2 ni saya hilang suara, mungkin sebab sini dah sejuk & kering plak tu.. Heater berpasang jer kat rumah lagilah memburukkan keadaan. Adalah lebih kurang seminggu saya hilang suara. Yang payah nak baik tu pasal terpaksa menjerit kat bebudak ni, diorang ni kalau tak dijeritkan lagilah disepahkan rumah atau gaduh! Time maknya takde suara lagilah syok diorang buat keje diorang tu, last2 saya tarik je telinga masing2, abih tu dah tak larat nak bersuara.

Petua untuk yg hilang suara, 1 sudu kecil jintan manis(bukan serbuk yer), dibasuh bersih, kemudian dikunyah sampai hancur & telan terus. Insya allah suara tu dtg balik, selalunya hari yang sama jugak..


sekian pada hari ini,
-zakiah-


Quote:
Ida : madu + limau? Boleh jadi tarzan balik? Harus kucuba ni... Teruk betul rasanya masa takde suara tu, bebudak ni tgk mcm seronok jer...
Rosleenda : ye ke terbau kari sampai sana? hehe..Maknanya kari saya ni hangitlah kalau baunya terlepas sampai ke kak leen..ahaksss...
mommy d&d : ala erna...kita makan roti buatan sendirilah..hehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net