Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Jan-2007 23:21 Email | Share | Bookmark
The famous DONAT SURIA

Donat suria
Pizza
Mini pizza
Famous betul donat suria ni sejak mamafami dok sebut2 dlm fotopagenya.. Pastu, kat fp orang lain pun ramai yang buat donat suria ni jugak, so I have decided to give a try to this famous recipe..

DONUT SURIA

Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening (Saya guna marjerin jer)
3 s/b gula pasir halus

Disatukan:
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam

Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali marjerin ke dalam satu bekas.
2. Kacau hingga terbentuk satu doh.
3. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga licin. (Saya taburkan tepung diatas meja & uli atasnya)
4. Masukkan doh yang licin tadi ke dalam satu mangkuk & peramkan hingga naik 2 kali ganda..
5. Tumbukkan dengan lembut di tengah adunan bagi membuang angin.
6. Canaikan doh tadi dan teraplah dengan acuan donat, letakkan donat ke atas pinggan yg ditabur dgn sedikit tepung.
7. Tutupkan atas donat tadi dgn plastik & peramkan lagi hingga naik elok..
8. Gorengkan dengan api kecil/sederhana hingga berwarna perang.
9.. Golekkan atas gula kastor ataupun sapukan atasnya dgn coklat cair..


Selain dari donat ni, saya gunakan doh ini untuk membuat pizza. Bagi saya, kalau kita larutkan yis ke dalam air suam, hasilnya bahgaian luar akan jadi crispy sikit, sangat sesuai utk membuat base pizza. Saya canaikan nipis ke atas cookie sheet & letakkan ke atas dulang pembakar, biarkan ia rehat selama lebih kurang 15mins ke 30 mins. Sapukan sos pizza dengan rata, taburkan inti kegemaran anda & taburkan keju mozarella ke atas inti tadi..Inti tu macam saya, tumis sedikit bwg besar & bwg putih, kemudian masukkan daging lembu/ayam cincang, biar sampai masak, pastu perasakan dengan garam & lada hitam..

Resepi sos pizza kak yong:

1 biji bwg besar (saiz sedang) - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang
1 tin kecil tomato puree
4 sudubesar sos cili- kalau nak pedas lebihkan..
minyak zaitun
garam + lada hitam
oregano & basil atau herba masakan itali

Cara:

1. Panaskan minyak zaitun & tumiskan bawang2 tadi..
2. Masukkan tomato puree & cili sos.
3. Perasakan dengan garam & lada hitam.
4. Akhir sekali, masukkan oregano & basil.

Pada saya sos pizza kak yong ni antara tersedap! Kak rossya juga sependapat dengan saya.

sekian pada hari ini,
-zakiah-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net