Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Jan-2007 20:42 Email | Share | Bookmark
BREAD PUDDING CHEESE

Sebelum dibakar
Selepas dibakar
Bread pudding cheese!
Satu perkara yang paling buat kita tension, apabila kita dah taip banyak2 & pic dah upload, tetiba server error... sabo jelah...

Kali ni, saya telah mencuba resepi dari kak ida, BREAD PUDDING CHEESE WITH RAISIN. Sebenarnya saya tak berapa gemar makan puding & agar2 ni, tulah sebabnya saya malas nak mencuba resepinya. TETAPI, resepi puding kak ida kali ni agak istimewa kerana ada cheese, tak pernah pulak dengar puding roti ada cheese sekali. Kedengaran menarik, lagi pula saya memang menyukai cheese ni.. Hasilnya, memang sedap! Saya sorang jer dah suku loyang, pasalnya, bila dah rasa satu, nak rasa satu lagi, begitulah seterusnya... ish ish...bilalah nak kurus ni... So, inilah resepi asal dari kak ida..

BREAD PUDDING CHEESE WITH RAISIN

Bahannya

10 keping roti
2 cawan susu segar
½ cawan gula perang
250grm cream cheese
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
raisin / buah campur untuk hiasan

caranya :-

- susun roti dalam loyang pembakar
- jiruskan susu segar atas roti – biarkan dalam 15 minit
- pukul cheese hingga gebu , masuk telur
- masukkan gula perang + esen vanilla
- tuangkan atas roti tadi.
- Hiasa dengan raisin /or buah campur
- Bakar dlm oven selama 20 minit = 200 deg.
- Tunggu sejuk baru potong…

***Saya gantikan raisin dgn coklat cip, memang sedap! Kombinasi yg baik antara cheese & coklat..
***Pada pendapat saya, eloklah dibakar pada suhu 180C, 30mins-40mins, sebenarnya bergantung pada jenis oven, saya punya ni tak brp betul..hehe..
***Saya gunakan roti secukupnya, saya susun roti dlm loyang sampai tutup dasar loyang..
CHEESE YANG DIMAKSUDKAN DI ATAS ADALAH CREAM CHEESE

sekian pada hari ini,
-zakiah-


Quote:
MamaFaMi : tq mama for the tips! Memang pun zakiah gunakan cara tu skrg setiap kali buat entry baru sejak mama bagi idea tu...
kuchai : Can't wait for ur turn...
Qistina Wa'alaikum salam! Nice name Qistina! Ha ah, cheese yang dimaksudkan sini cream cheese, cubalah resepi ni, sedap tau!
siti masliana : memang sedap ni siti! Ni aku nak buat lagi ni, aritu rasa mcm tak cukup! ala..aku belumlah master lagi kat dapur, semalam, tah apa silap roti aku bantat, bila aku check, kurang sikit air & musim sejuk, kalau tak guna bread improver memang bantat sikit...
merpati66 : sedaplah puding ni kak ida! Terima kasihlah sudi berkongsi resepi ni, tak sia2 akak korek resepi ni dari chef tu...hehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net