Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Jan-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Barbie birthday cake by me!

Happy Birthday Syahmina, Una & Ina!
the birthday girls...
The cake by me!
 
 
 
 
 
 
tgh buat apa azy?
o0o0...hias donat
tgh buat apa ni fiza?
aaa...chocolate ball
mama buat apa plak?
menghias kek!
choc chip muffin & triple choc muffin
blueberry muffin
dah siap pun keknya
ramainya orang
 
 
our family
salleha's family
sesi bergambar dgn kek..hehe
nak start potong kek
disebabkan anak2ku jadi malu, syahmina wakil
dialah jgk kna tiup lilin
Happy birthday to Syahmina, Husna & Syahreena
Present yg Una & ina dapat, tq all!
Barbie cake!
Mula-mula plan nak buat birthday party bebudak ni kecil-kecilan saja memandangkan di Malaysia atuk nenek diorang buat besar-besaran pulak. Tapi jiran kami, Saleha pun nak buat majlis minggu depannya, birthday anaknya jugak.. Disebabkan majlis tu dekat sangat tarikhnya, kami sepakat biarlah kali ni kami bergabung utk membuat majlis ni kerana orang jauh tak susah nak datang sini sampai 2 minggu berturut-turut. Setelah berbincang, Saleha akan membuat main dish since dia pun masak sedap, zakiah uruskan dessert & birthday cake.

Mula-mula ingatkan nak 3 biji kek, maklumlah 3 besday girl. Lepas tu terfikir pulak, why not buat barbie cake, since semua ni girls & Syahmina (anak Saleha) dah besar, tentu dia suka ada barbie cake, maklumlah, dia pun minat jugak barbie ni.. So, zakiah punya senarai menu : dadih coklat & dadih strawberry, mini donat salut gula & salut coklat, muffin coklat & muffin blueberry. Memula ingat nak buat cupcakes, tapi memandangkan ramai budak kali ni, takut pulak diorang sapu kat carpet ke, dinding ke, so betterlah buat muffin.. Orang lelaki pun bukannya suka yg berkrim sangat ni, hanya budak jer suka.. Main dish pulak ; soto ayam, kari ayam, daging masak kicap - dimasak oleh saleha.. sambal udang oleh dodi & sayur goreng oleh azy.. Laku woo sayur si azy, tgk2 dah tak berbaki..hehe.. Lain kali nak suruh azy masak lagilah yer, boleh?

Lepas tu bermulalah proses zakiah baking membaking dari hari jumaat (majlis hari Ahad). Taknak buat awal sangat, pasalnya tak muat nak simpan kat freezer & fridge. Sebenarnya nak start lagi awal, tapi nak dijadikan cerita, sakit kepala pulak sebelum tu, anak pulak meragam. Memang betul, sebelum nak buat majlis mesti ada dugaan sikit. Kek barbie nilah yang plg merisaukan zakiah, sbbnya takde pengalaman. Tapi nasib baik ada blog chetam ni, dalam tu ada ditunjukkan step by step camna nak buat kek barbie ni.. Disebabkan tetamu dijangkakan 50 orang, kenalah buat besar sikit. At least 3 kg, tapi bila dah siap, rasanya lebih 3 kg tu, silap2 4kg.. Nak mengangkat tu, boleh tahan beratnya.. Bermula pada jumaat tu jugaklah zakiah bakar 2 biji cake chocolate moist. Satu dlm loyang 9", satu lagi dlm loyang mixing bowl, tinggi sikit, tu leh jadi atas skirt kek tu.. Disebabkan dlm fridge tak cukup tempat nak simpan kek tu, zakiah biarkan kat luar & balutkannya dengan plastik, ini untuk mengekalkan kelembapan kek tu, kalau nanti kering.

Lepas tu sibuklah membuat muffin coklat 52 biji dpt, muffin blueberry dpt 42 biji, dah tak larat den nak nambah2 dah.. Dadih dimasak pada hari sabtu, tapi sori, gambarnya takde pasal yang ni kita tumpangkan kat fridge jiran lagi satu. Sabtu malam pulak, pukul fresh cream untuk hiasan kek ni, dah pukul dekat sejam tak keras2 gak, bila check balik rupa-rupanya jenis low fat, haiyaaa... kereta pulak takde nak ke kedai jauh.. kedai dekat dah tutup.

At last, decided taknak pikir pape, tinggalkan je kek camtu, tido dulu, pasal dah pukul 1 pagi dah.. Sebelum tido, kenalah uli doh donat dulu, la ni dah musim sejuk, nak kasi doh naik tu, berjam jugak, kadang2 letak dlm bilik pasang heater. Tapi, tak sangka pulak mlm tu tak lena tido..kejap2 terjaga, camna kek aku ni, camna nak hias, bahan tak cukup..aiyahhh...ingatkan senang, rupanya susah juga ek... Esok pepagi, saya dah nekad nak whip butter & shortening jadikan krim kek. Nak memutarnya pun satu hal, sebabnya mixer kat rumah ni lembap giler...yang saya nampak, tangan saya yg gerak, whisk mixer tu tak gerak pun...akhirnya dekat 40 minit jugaklah baru selesai whip butter tu.. pastu tgn dah sakit2, kenalah rehat kejap.. Pastu bila ramai assistant dah sampai, saya rasa lega, maknanya saya boleh tumpukan perhatian pada kek, donat, sayur goreng & chocolate ball boleh diuruskan orang lain.

Akhirnya siap jugak kek barbie ni! Saya rasa lega & bersyukur yg teramat sangat sebab kek ni menjadi & niat saya nak kasi bebudak happy tgk kek ni berjaya! Syukur alhamdulillah! Tak sangka pulak kek ni jadi start of the day, ramai yg nak bergambar dgnnya... I guess, Allah dah tolong saya aritu, dan permudahkan urusan saya.

Di sini ingin saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan ribuan terima kasih pada DIana (Ariake) ; kerana bagi saya semangat utk teruskan buat kek barbie sampai habis, kalau tak, saya nak tukar plan dah buat kek biasa jer... Dodi, Azy, Fiza, Dilla ; kerana bertungkus-lumus menolong menjayakan majlis bersama Salleha & Zakiah ni..dan tak lupa kepada Salleha kerana sudi bergabung untuk membuat majlis ini! Seronok pulak bergabung macam ni, dapat buat besar-besaran sikit.. Sal ni masak lagi banyak tapi rileks jer, macam zakiah ni tak sebanyak sal tapi kena ada byk assistant..hehe... Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang datang & yang memberi hadiah!

sekian,
-zakiah-


Quote:
MamaFaMi : tulah mama...bila stok baking ni dah ada, nak ler jugak buat eksperimen ni..hehe.. anyway anyhow ur turn will come, nanti mama boronglah bila balik mesia.
kuchai : mailah sini kalau nak merasa kek barbie ku yg tak seberapa ni.. I really hope that ur car is safe and back to u again!
mummy damia : aiyahh mummy...kita belum pro lagilah pasal patungnya senget..hehe.. takpe..practice makes perfect!
cakcibur : tulah, rasanya nak try gak bwk ke hot spring, mungkin ada betulnya boleh matikan kuman, ataupun air laut kot? adik saya dulu kena chicken pox terus baik, padahal baru 5-6 hari. Bread pudding tu guna cream cheese, bukan soalan bodoh, semua org confuse bila letak cheese jer pasal cheese ada byk jenis..
za : aiseh..tulah lambat mintak..sorilah dear..dah habiss... lain kali mintak awal2..
merpati66 : memang meriah pasal gabungan 2 keluarga buat majlis ni.. saya rasa akak mesti bz skrg ni pasal takde update baru..
zoreen : saya bebetul berharap zoreen boleh bertahan! Tunjukkan, takde dia kita lagi kuat, memanglah cakap senang, nak buat susah, tapi cubalah! Allah akan bersama orang yang teraniaya!
nabialishad : kombang ko skirt eh? tak cukup tu..nanti tambahkan laie kombang ehh.. hehe..
Hajar : budak2 yang seronok..lega pasal menjadi jugak kek ni!
dOd : maybe masa dilla masuk fp zakiah ni tengah down kot..semalam dari pagi sampai ke ptg zakiah try upload pun tak dapat..sabo jelah...
nana : zakiah ni kalau kuih melayu jarang buat pasal pernah fail..terus malas.. trylah buat donat suria tu, tulah resepi donat yg tersenang..
sal yokonaga : Daijobu sal! Arigatou jugak pada sal pasal kasi kitorang makan sedap2..hilang dietku!
RaqynRafiqin : memula mmg saya ingat nka buat hiasan gak, tapi dah budak tak sabar nak potong kek..hehe..
dhiyadamia : aku dah agak dah mesti ko tuntut kek barbie utk anak ko jugak.. haha..ko kena dtg sinilah bulan 11 ni buat besday dia..
~F&Z~ : tq kak! Tu bukan tere, tu kira bernasib baik..hehe
precious@poknie : iyerlah senah nama kucingku..tah hidup tah dah mati dia la ni..
Ouled Kenitra : tq for the wish!
cakcibur : tahniahlah dah berjinak2 dgn bidang baking ni...bilalah boleh marasa cak buat ni yer,,,
ibu nadia : takdelah pandai decorate, actually ikut bahan apa yg ada waktu tu..
sue : tq sue! kalau boys ikut minat diorang apa, ada yg suka power rangers, ultraman, spiderman, so kalau yg camtu, kenalah lukis atas kek tu...
razali : wa'alaikumsalam.. ok, kalau ada yg saya berkenan nanti saya pm yer...
anna : sorilah anna, yg ni bebetul bukan rezeki anna pasal buat kat jepun..
zana/ros : memang girls seronok dapat kek ni, terutamanya yang suka patung barbie ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net