Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Mar-2007 13:02 Email | Share | Bookmark
Marble cheese cake & Moist chocolate cake

Marble cheese cake
Moist chocolate cake Noor Hannah
 
Tukang hias kek
close-up rich choc moist cake!
Marble cheese cake ni sebenarnya dari resepi asal Baby Batriesya . Resepi Carrot Cheese Cake! Helwa Manchester kreatif, tukar kepada coklat. Disebabkan resepi ni menarik, saya pun mencubanya, lagipun banyak betul feedback yang mengatakan resepi ni sedap! Memang sedap jugak, ada kawan disini yang mengatakan macam aiskrim pulak bila baru dikeluarkan dari petisejuk, tapi tulah cheesenya tak terasa sangat. I prefer the cheesy taste, tapi tak suka yang muak!



MARBLE CHEESE CAKE

Bahan A
125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B
230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C
serbuk coklat 2 sudu besar
1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya
Panaskan suhu pada 170'C.
Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Bahagi kepada 2 bahagian, satu yang asal dan satu campurkan serbuk coklat. Tuangkan selang seli kedalam loyang.
Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

***Saya gunakan serbuk koko.
***Resepi ini saya copy & paste dari helwa manchester fotopage, tq for the idea!

Ni resepi asal carrot cheese cake by baby batriesya:

Quote:

Carrot Cheese Cake

Bahan A
125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B
230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C
50 gm parutan lobak merah - perah buang airnya
1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya

Panaskan suhu pada 170'C.

Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila.

Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong


***nipun copy & paste dari kak nina! tq kak sebab kongsi resepi ni!


Rich chocolate moist cake pulak resepi asalnya dari NOOR HANNAH, cukup popular resepi ni di forum.cari.com. Resepi ni saya dapat dari baby batrisya juga. For me, kek ni lebih kurang resepi moist chocolate cake saya (butter version) jugak, rasanya pun lebih kurang. For me, kalau resepi kek coklat tu, ada butter, telur lebih 4 biji & ada air, insya allah memang moist!



RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm) - boleh kurangkan 12 oz je
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2

6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..



***kalau payah sangat nak kira dalam oz, cuba tukarkan 1 oz = 30gm.
***Ni pun copy & paste dari kak nina! Terima kasih yer kak sebab berkongsi resepi2 di atas ni!

sekian pada hari ini,
-zakiah zainudin-


Quote:
firefoxstudio.fotopages.com : noted your promotions!
jeff : chocolate cake tu looks yummy & delicous taste too!
mamafami : disebabkan krim coklatnya comotlah tu saya cover dengan almond flakes..hehe...terbongkar rahsia!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net