Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-May-2007 11:27 Email | Share | Bookmark
Catatan perjalanan GOLDEN WEEK HOLIDAY!

Kat Gunung Aso
Nampak tak lava gng berapi kat bwh tu?
Marine park - Fukuoka
Nampak tak jaws kat blkg tu?
Seronok husna dpt pgg starfish
Pastu pi Animal Park...dekat jer
Ini namanya LAMMA
Baby kangaroo!
Off to Wonderland pulak
4 org ni bujang..so boleh try ayat kalau nak.. :)
Tortoise at Omura Park
Semua tgh sibuk bagi makan ikan
Their friendship!
uihh haii...yg oren tu, kalau dpt, kenyang 3 hari
Yang ni posing je lebih, ikan tak kenyang gak
Posing lagi...
Happynya si kecik ni...
Wahhh ni, Goreng pun Sodap! :)
Di kaki gunung Sefuri
Wow!
Me & children at Canal City, FUK
Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Saya tau dah hampir sebulan tak update dari entry yang lepas. Selepas balik je Jepun, kebetulan golden week holiday, suami pun cuti seminggu, kami berjalan2 ke Ariake & Fukuoka, membawa adik2 saya yg 3 org ni berjalan sama. Depa ikut dari Malaysia, tolong angkat barang2..hehe...this time, barang2 kek tak banyak, yg banyaknya, buku2 masakan saya, berat wooo... since ada org leh tlg angkat luggage, saya pun ambiklah kesempatan yang ada..hehe..

Sesampainya airport Fukuoka, suami saya terus mengambil kami, singgah ke Tosu outlet, errr...actually bukan singgah, tapi bebetul shopping, pasal adik2 saya ni sakan betul, beli utk maklah, ayahlah, utk adik 2 org yg tinggal kat rumahlah, of courselah brg diorang plg banyak.. Saya tak borong sangat baju anak2 saya kali ni pasal kat malaysia dah borong dah...saya pun teringin nak beli baju saya jugak, masalahnya saiz...orang jepun ni kurus2 belaka, tu sebabnya saiz baju kat sini kecik2 jer...asal try jer baju, tersangkut kat tanganlah, kat perutlah, abih tu camno... tension..tension... haiii..bilalah saya nak slim macam erna (mommy d&d) ni yer...erna...kito tukalah badan nak? Kan ke ekau nak berisi sikit badan tu..haha... takper...nanti dietlah...

Balik dari tosu outlet dah kol 6 petang, masing2 dah keletihan, adik2 saya pun terus tido sampai esok paginya, saya taklehlah tido pasal 2 budak kecik ni berjaga & lapar, kenalah masakkan utk diorang.. Terasa seronok pulak bila tgk rumah penuh dgn adik2 saya, terasa meriah..



Esok paginya kena bangun pasal nak bertolak ke Ariake pulak, stay kat sana utk 2 malam. Hari pertama disana takdelah berjalan sangat sbbnya penat dgn perjalanan 2 jam lebih, termasuk sesat tu... Hari kedua kami naik ke Gunung Aso, antara gunung berapi yang masih aktif, selepas tu kami berjalan ke Bandar Kumamoto. Hari ketiga kami ke Fukuoka. Berjalan di Marine Park, Animal Park, Rose Garden ( besar2 bunga rosnya..gerammmm!!!) , kemudian ke Marinoa, kat situ ada outlet lagi, shopping lagi...hehe... lastly singgah ke Fukuoka Dome pasal depa semua nak pi Hard Rock Cafe Fukuoka...alaaa...kecik jer pun kedai cenderamatanya.. Dari sini kami bertolak pulak ke Nagasaki semula...phewwww...memang penat...



Bila dah balik Nagasaki, bawak adik2 saya jalan sekitar sini saje, depa pun nak shopping baju kat UNI QLO, memang best kedai ni, bajunya cantik2 & trendy, harga pun takdelah mahal sangat, adik2 saya memang borong sakan. Haaa...kat sini ada saiz saya, syukur alhamdulillah!



The last day sebelum adik2 saya balik, kami ke Omura Park, memang taman ni favourite kami sekeluarga pun, ada tasik & jambatannya, dibawahnya banyak ikan yang besar2, seronok bagi makan ikan2 ni...bebudaklah yang paling seronok.. saya pun kalau ikutkan hati, mau je sauk ikan2 tu, jinak2 belaka...



Akhirnya, tibalah hari yg adik2 saya berangkat pulang ke Malaysia, sedih pulak rasanya, memang tak puas lagi duduk dengan diorang ni.. Pagi2 lagi kami berangkat ke airport Fukuoka untuk menghantar mereka pulang...takpelah nanti jumpa lagi yer...

Pulang dari menghantar mereka, kami berjalan ke bandar Fukuoka lagi, kami ke zoo pulak, pelik pulak tgk zoonya bebetul kat tengah2 town. Round tah brp kali mencari parking, last2 fed-up, terus bergerak ke tosu outlet semula, this time, saja bawak kawan yang baru sampai ke Nagasaki ni berjalan ke tosu outlet ni. Tapi tersesat jalanlah pulak, masa tersesat ni, kami lalu ke suatu tempat yang berkabus jer, rupa2nya sinilah Gunung Sefuri...memang seronok betul tengok pemandangannya, sejuk je tempatnya..



Bila sampai ke tosu outlet, ya allah! Ramainya orang! Maklumlah golden week holiday! Naik pening pulak saya dibuatnya.. Saya memang dah taknak shopping pasal sebelum ni memang dah shopping dah, dah tak larat dah... Last2 kitorang dok lepak makan fries & aiskrim tah berapa round lah..

Bila balik kerumah, kami berehat sepuas2nya & cover balik tido yang tak cukup sebelum ni... Memang memenatkan.. Bila dah habis golden week, kembalilah rutin seperti biasa ; mengemas rumah, mencuci baju, memasak...baju toksah cakaplah, 2 minggu punya stok lah dikatakan... Bila dah settle semua kerja, barulah boleh mengadap komputer balik... Actually keje dah settle minggu lepas, tapi virus M sudah melanda saya sebenarnya...hehe..saya MALAS nak update, bukannya MALAS memasak...

Oklah, cukuplah catitan perjalanan saya untuk malam ni, esoklah saya upload gambar, diikuti dengan entry resepi pulak..

Sekian,
-zakiah zainudin-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net