Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-May-2007 22:58 Email | Share | Bookmark
Ok people, back to the cooking world again!

Nasi minyak special
Bawang2 & serbuk sup yg ditumis dicampur dgn nasi
Campurkan kentang & carrot, gaul sebati
Campurkan air secukupnya, susu & daun ketumbar
Inilah hasilnya... (gambar pakai flash)
Nasi minyak special ni nasi kegemaran anak2 saya, semuanya dah lengkap! Untuk kita yg dewasa ni, kenalah tambah lauk berkuah, barulah sedap sikit! Actually nasi ni sebenarnya dah lengkap, semuanya ada, ayam, daging & sayur.



Nasi minyak special

Bahan nasi minyak :
Beras basmathi 2 pot - dibasuh bersih & ditoskan, kemudian dimasukkan kedalam periuk rice cooker
Minyak sapi - 2 sudu besar
Penumis - kayu manis 3cm, bunga lawang 1, buah pelaga 7/8 biji
Bawang besar 1 - dihiris nipis
Bawang putih 3 - dihiris nipis atau dicincang
Halia 2-3cm - dihiris nipis atau dicincang
Serbuk sup/kurma - 2 sudu kecil, dibancuh dengan sedikit air panas, biar cair sedikit

Bahan lauk: (boleh ikut byk mana yg dikehendaki, ini anggaran sahaja)
Ayam 100gm - dipotong kecil2 atau dicincang
Daging 100gm - dipotong kecil2 atau dicincang
Lobak merah 1 - dipotong ikut bentuk yg disukai
Kentang 2 - dipotong dadu, jangan terlalu kecil atau terlalu besar
Daun ketumbar yang dicincang - tak cincang pun takpe.. saya letak sikit jer, bebudak tak suka byk..
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya :

1. Masukkan minyak sapi kedalam satu periuk dan panaskan ia.
2. Bila dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih dan halis, kacau sebentar.
3. Kemudian dimasukkan penumis, biarkan hingga naik bau ataupun garing bawang2nya..
4. Kemudian masukkan serbuk sup/kurma yg dibancuh dgn air panas tadi, tumis hingga rempah masak, api kecil.
5. Bila rempah dah masak atau naik minyak, barulah dimasukkan ayam, daging & kentang.
6. Kacau rata hingga rempah sebati dengan bahan lauk, jangan sampai bahan lauk masak.
7. Padamkan api, campurkan semua ini kedalam beras yg didalam periuk rice cooker, kacau rata2 sampai semuanya bergaul sebati dengan perlahan-lahan, kalau tak beras nanti patah.
8. Bila dah sebati semuanya, masukkan air, lobak merah & garam secukupnya, kacau rata.
9. Jika suka, kurangkan 1/2 cawan air, tambahkan 1/2 cawan susu cair/susu segar.
10. Masukkan periuk ini kedalam rice cooker dan masaklah nasi seperti biasa.
11. Bila dah masak, jangan kacau dulu, biarkan sebentar, lebih kurang 10-15 minit lagi barulah digembur nasi perlahan-lahan, ini untuk mendapatkan nasi yang cantik/peroi, kalau tak, nasi tu akan patah2. Mulakan menggembur dari tepi rice cooker..

***Sukatan air untuk beras basmathi : 1 pot beras = 1 1/4 pot air
***Sukatan air untuk beras biasa : 1 pot beras = 1 1/2 pot air
***Untuk memastikan nasi tu sebati dengan rempah semua, pastikan masa rempah dicampur ke dalam beras, digaul sebati! Penting ni! Gaul perlahan-lahan supaya beras tak patah.
***Kalau suka kismis, bila nasi hampir kering, taburkan pada permukaannya..


CERITA HARI INI

Lobak merah sejenis sayur yang mengandungi vitamin E yang tinggi, lagi satu vitamin tak ingat, yang untuk mata tu. Kalau kita terlebih vitamin E, ini pun boleh jadi kanser jugak. Lobak merah hanya boleh dimakan seminggu 2-3 kali sahaja, jika lebih memang boleh jadi kanser. Kanser ni terjadi dari pemakanan kita sendiri. Memanglah kita ingat sayur tu baik untuk kesihatan, ataupun vitamin yang dijual di farmasi tu bagus, tapi fikir-fikirkanlah, kalau terlebih makan, memang jadi penyakit. Ada orang yang kata, kalau badan kita terlebih vitamin, ia akan bertukar jadi air kencing, tu orang kata... Kita sendiri pun tak tau apa yang terjadi dalam badan kita ni... Boleh nak makan vitamin yg dijual difarmasi, tapi bukan hari-hari.. Cubalah kita kenangkan balik betapa begitu senangnya orang sekarang dapat kanser, orang dulu boleh dikira dengan jari. Orang dulu selalu makan ulam, orang kita tak, ulam kan pahit so dia akan nuetralkan balik makanan manis & pahit yang kita makan. Ini berbeza dengan sayur yer yg kebanyakkanya jenis sejuk macam kangkung, kobis, bayam, lobak putih dan sebagainya. Oh, ya! Orang dalam pantang pun tak boleh makan lobak merah kerana ia juga tergolong dalam sejuk! Kesannya bukan serta merta, tapi masa akan datang, sakit lututlah, anginlah, sakit uratlah & macam2 lagi complain yang kita dengar..

Sekali lagi saya nak ingatkan kata-kata Rasulullah S.A.W, "BERSEDERHANALAH!"

Sekian pada hari ini,
-zakiah zainudin-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net