Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Aug-2007 04:49 Email | Share | Bookmark
Tepung pelita (FRD) & Chewy Goey Yummy Brownies (Imas2ra)

kuih tepung pelita
Chewy Goey Yummy brownies
Firstly,

Thank you all for your support and good comment. Tak sangka pulak saya, ramai jugak silent reader yang bersuara.. hehe.. Thank you again!

Resepi pertama ialah kuih TEPUNG PELITA yang saya dapat dari FORUM RESEPI DIANA(FRD), diperkenalkan oleh lady aries. Suami saya memang suka makan kuih tepung pelita ni masa kat malaysia dulu, tapi dia selalu kecewa bila saya belikan, sebabnya kuih tu keras, dia tak berapa suka, dia suka yang lembik-lembik. Nasib baiklah Allah takdirkan kami ni duduk jauh dari mesia, kalau tak, tak merasalah buat sendiri.. hehe..

Setelah buat kajian beberapa resepi, barulah saya tau yang lembik tu dimasak terus letak dalam acuannya saja, yang keras tu dikukus. Jadinya suami saya suka yang tak dikukus. selalunya kuih ni diletak dalam acuan daun pisang jer ataupun daun pandan, mesti wangi & membangkitkan selera tu.. Tapi kat jepun ni mahal daun pisangnya, saya pun ambik idea dari lady aries & baby batriesya (kak nina) letak dalam mangkuk plastik yang kecil2 sahaja. Pada saya yang tak pernah makan kuih tepung pelita ni, rasanya memang kenalah dengan tekak saya, sedap! Suami & anak2 saya pun suka..



Resepinya: (copy & paste dari fp kak nina)

TEPUNG PELITA ambil dari myresepi.com (Aries dah try semalam...sedappppp...rugi kalau tak try)

Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.


Resepi kedua pula ialah CHEWY GOEY YUMMY BROWNIES dari Imas2ra (Forum Cari.com) . Sebenarnya resepi banyak dijumpai di banyak fotopage. Sebelum kita tengok resepinya, marilah kita bezakan antara brownies dan kek coklat :


Quote:
What are the differences between chocolate cake n brownies?

Answer 1
An original brownie is denser, less leavening, more sugar and chocolate. Originally downright gooie. Cake is supposed to be (generally) fluffier, and depending on the basic cake recipe, has more beaten eggs (for lift) or more leavening, like baking soda or powder (also more lift).

Cake is generally lighter and fluffier. Brownies are generally stickier and heavier.

Answer 2
brownies are more fudgy and they add alot of chocolate. chocolate cake uses a lot of cocoa powder.

Answer 3
chocolate cake, or most cakes have a leavening agency..... baking powder and or soda to add more rising to the product..... brownies are solid and have very little air in the baking process to make them a nice solid consistancy that brownies are....

Answer 4
cakes tend to be more dry due to higher a higher amount of flour while a brownie contains less flour and thus more moist



Secara ringkasnya brownies takde bahan penaik, tekstur yang berat & chewy.. (sepatutnya lah..)
Kek coklat pula mengandungi bahan penaik, tekstur yang ringan & gebu sikit.. Brownies, untuk menjadikannya chewy & lebih coklat, hendaklah menggunakan coklat masakan yang dicairkan. Ada orang kata guna serbuk koko pun sama juga, tapi tak taulah, pada tekak saya, ada beza sikit kalau guna coklat masakan yang dicairkan.



Resepinya : (copy & paste dari forum cari)

Specially dedicated to all brownies and chocolate lovers...........

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad…

***Notes
1. Bagi saya brownies ini masih manis, kalau boleh kurangkan sikit gula..
2. Saya tambahkan coklat chip ke dalam adunan sedikit & taburkan atas adunan sebelum dibakar sedikit.
3. Overall brownies ni memang sedap, terutamanya kepada 'chocolate lover'!

p/s : CERITA HARI INI nanti-nantilah yer... tengah kumpul info ni..

Sekian pada hari ini,
-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net