Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Sep-2007 23:07 Email | Share | Bookmark
Burger bun (zack) & burger

Burger with cheese
The burger bun!
Burger with salad
Phewww.. akhirnya dapat jugak saya update entry burger bun ni.. Punyalah lama terbiar camni.. Minta maaflah pada sesapa yang menunggu ni.. Last 2 weeks, bila nak update , fp tengah mengong lagi sikit, komen kat fp orang pun tak lepas gak.. Bila fp dah ok, kita busy pulak.. Sebenarnya, kami sekeluarga akan kembali menetap ke malaysia semula hujung november ni, jadi saya kenalah mulakan mengemas sikit2 barang2 dari skrg, kalau buat last minite takut pening kepala kang.. Bila check stor, wow! Banyaknya lagi stok rempah2 saya ni, ada yang dah nak expired lak tu, so saya keluarkan & bagi pada kengkawan kat sini drpd terbuang je kang nanti. Yang confirm bawak balik, bahan/peralatan membuat kek2 saya..

Sehari sebelum puasa, saya terkena cirit-birit & angin satu badan... dugaan! Memang takleh nak buat apa keje, kesian bebudak ni takleh layan sangat, tapi cirit-birit tu satu hari jer.. angin tu yang buat sakit kepala, tah apalah yang saya makan ni, tah2 dah terguna rempah expired tak? hehe.. tak perasan pulak..La ni husband & anak sulung saya pulak yang kena, takleh bangun jadinya.. kesian jugak tengok, saya dapat rasai apa yang dirasanya tu pasal saya pun dah terkena sebelum tu, syukurlah saya kena kejap jer..

Oklah, stop dengan ceritera saya di atas, saya nak bercakap pasal resepi saya kali ini pulak, burger bun dari Zack. Burgernya pun saya ikut sikit resepi zack, betullah kata zack, the best burger bun! Saya akui memang sedap. Firstly saya nak bagitau, sebenarnya takdelah sesusah mana buat roti ni. Saya sendiri, roti pertama dulu, ya allah! Dengan keringnya, liatnya, hehe.. tester pulak husband saya, abih tu makan sikit jelah, selebihnya saya koyak kecil2 saya bagi pada burung2 kat belakang rumah ni.. Saya pun uli guna tangan jugak, jadi jugak roti saya alhamdulillah! Yang sebenarnya, kita kena buat beberapa kali barulah kita leh improve & tau apa silapnya bila tak jadi tu.. Kesilapan yang paling besar & selalu sangat saya lakukan, overbake!




Burger Buns
Ingredients:
550g all-purpose flour ( I used bread flour )
4 tbsp sugar
2 tsp salt
2 packages Active Dry Yeast ( roughly about 14g )
180ml milk
120ml cup water
3 tbsp butter or margarine
2 eggs, at room temperature - beat with fork

How to make:
1. In large bowl, combine half of the flour, sugar, salt and undissolved yeast. Heat milk, water and butter until very warm. Gradually add to dry ingredients; beat 2 minutes at medium speed of electric mixer, scraping bowl occasionally.
2. Add 2 eggs and 3/4 of the remaining flour. Beat at high speed 2 minutes, scraping bowl occasionally. With spoon, stir in enough additional flour to make soft dough.
3. Knead on lightly floured surface until smooth and elastic, about 4 minutes.( This is an important step! )Place in greased bowl, turning to grease top. Cover; let rise until doubled in size, about 30 to 45 minutes.
4. Punch dough down. Divide into12 equal pieces. Form into smooth balls. Place on 2 greased baking sheets. Flatten balls with hand to 4-inch rounds and cover.
5. Place baking sheets over pans. Let rise until doubled in size, about 15 to 20 minutes.
6. Lightly beat remaining egg; brush on rolls. Sprinkle with sesame seeds. Bake at 400ºF / 200Celcius for 10 to 15 minutes or until done.
7. Remove from baking sheets and cool on wire racks. Lightly brush the top of the buns with milk and cover with a clean cloth. This will soften the top of the bun and give it a nice shinny gloss to it .


Notes : Cara saya ;
1) Mula2 saya panaskan dahulu susu + air + mentega, agak2 mentega dah separuh cair, saya padamkan api, jangan sampai menggelegak ya! Ketepikan.
2) Kemudian saya gabungkan semua bahan2 kering (tepung 1/2 drpd jumlah sebenar, gula , garam & yis). Saya gaulkan semua dengan garfu!
3) Kemudian saya masukkan campuran susu yang dipanaskan tadi bersama2 telur yang dipukul sedikit. Kacau rata-rata dengan menggunakan garfu tadi.
4) Kemudian baharulah ditambahkan tepung sikit demi sedikit, sampailah habis, bila rasa agak melekit lagi, tambahkan lagi sedikit tepung. (setiap jenis tepung tak sama jumlah sukatan airnya yer)
5) Taburkan sedikit tepung pada permukaan rata (meja), letakkan adunan yang didalam mangkuk ini, sapukan sedikit tepung pada tapak tangan & ulilah sehingga licin adunan ini.. cara nak menguli? Cuba tengok sini..
6) Selepas dah uli, masukkan dalam mangkuk yang dah ditabur dengan sedikit tepung bagi tujuan menaikkan doh tersebut. Peramlah lebih kurang 40-60 minit..Tutupkan dengan plastik atau kain lembap agar tak kering adunan ini.
7) Bila dah naik 2 kali ganda, tumbukkan pada tengah2 adunan tersebut bagi tujuan membuang angin.
Lepas tu bentukkan adunan ini kepada bebola kecil, make sure licin yer, macam saya setiap adunan saya timbang, jadikan 60gm, takde besar sangat, takde kecik sangat burger bun ni.
9) Atur atas cookie sheet pada dulang pembakar.
10) Peramkan sekali lagi hingga lagi ( saya biarkan naik 2 kali ganda lagi), ada orang tunggu 1/2 jam saja.. jangan lupa tutup lagi atasnya dengan plastik yer..
11) Panaskan oven pada suhu 200Celcius.. sebenarnya ikut oven gak, kalau oven besar bolehlah guna suhu ni, kalau oven medium guna suhu 190C, kalau oven kecik guna suhu 180C/170C.
12) Bila adunan dah naik 2 kali ganda, sapukan atas bun dengan eggwash ( telur + susu segar = dipukul dengan garfu sedikit) dengan menggunakan berus pastri yang lembut.
13) Masukkan kedalam oven, bakarlah 10-15 minit atau sehingga masak.. macam saya bila dah 10 minit, saya turunkan suhu 20C lagi... pastu biar lagi 10 minit barulah dikeluarkan dari oven..
14) Bila dah keluarkan dari oven, letakkan atas rak berjaring utk menyejukkan bun, sapukan dengan susu segar ke atas bun yang masih panas itu menggunakan berus pastri.
15) Kemudian tutpkan atas bun dengan kain bersih, ini utk mengekalkan kelembutan atas bun itu, kalau tak, macam keras sikit.. tunggulah sampai sejuk barulah disimpan dalam bekas...


Untuk Burger pulak...

Daging cincang
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Lada hitam - ditumbuk (ataupun guna jer serbuk)
lada putih - ditumbuk
Sebiji telur - dipukul
Serbuk roti - kalau takde, bolehlah letak tepung jagung sedikit
garam secukupnya..

Cara :
1. Semua digaul sebati.
2. Bentukkan burger, kalau tebal sedap sikit, takdelah kering sangat.
3. Biarkan sebentar di dalam peti sejuk, sekurang2nya sejam.
4. Panaskan kuali leper non-stick. Letakkan minyak sedikit..
5. Pangganglah atas kuali tersebut hingga masak. Macam saya setiap belah 5-7 minit.
6. Tolong jangan tekan burger ya masa dipanggang, nanti habis jadi kering pasal air2 daging tu semua dah keluar.


Oklah, sekian entry burger bun & burger saya pada hari ini! Selamat mencuba yer semua!

-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net