Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Sep-2007 04:16 Email | Share | Bookmark
Onde-onde @ Buah Melaka

Tepung pulut
Air pandan (mine: air + esen pandan +kaler hijau)
gula melaka - dipotong kecik2 sikit
Campurkan air pandan ke tepung tadi sikit2
Gaul & uli sebati .
Sampai dah tak melekit & jadi doh camni..
Buatkan menjadi bebola kecil seperti ini
Leperkan bebola tadi
Letakkan gula melaka ditengahnya..
katup & jadikan bentuk bebola semua..
Masukkan dalam periuk berisi air mendidih
Kelapa parut kering
Sementara tu rendamkan kelapa parut kering + garam dlm air suam
angkat & toskan airnya
Onde-onde dah timbul maknanya dah masak
Beginilah rupanya onde-onde yg dah masak
Golekkan atas kelapa parut lembap tadi
inilah close-upnya
Onde-onde
beginilah nasib orang di perantauan, serba serbi bahan tak cukup & selalu tak dapat fresh sangat..
Onde-onde ni saya buat dimana penyalutnya saya gunakan kelapa parut kering sebagai pengganti kelapa parut segar..
Cara nak membuatnya senang sahaja;



ONDE-ONDE (BUAH MELAKA)

Tepung pulut - ikut berapa nak, 100gm-200gm
Air pandan secukupnya - air +daun pandan diblend / air + esen pandan + pewarna hijau + sedikit garam
Gula melaka - dipotong kecil2
Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam

Cara ;

1) Letakkan tepung pulut ke dalam sebuah mangkuk.
2) Campurkan air pandan sedikit demi sedikit sampai jadi doh & tak melekit lagi.
3) Buatkan jadi bebola kecil2.
4) Leperkan, kemudian letaklah gula melaka di tengah2nya.
5) Jadikan bebola macam tadi semula.
6) Ulang sampai adunan habis.
7) Didihkan air dalam periuk, masukkan bebola2 ini semua kedalamnya.
Tunggu sampai bebola ini timbul, maknanya dah masak, toskan dari air, angkat & letak ke pinggan.
9) Salutkan cepat2 dengan kelapa parut.
10) Siap dihidangkan.

Cara menggunakan kelapa parut kering;

1) Rendamkan sebentar kelapa parut kering di dalam air suam bergaram sebentar, tunggu dalam 5 minit.
2) Kemudian angkat & toskan airnya..
3) Sedia digunakan..

sekian,
-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net