Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Oct-2007 01:04 Email | Share | Bookmark
Mushroom soup & garlic bread!

Mushroom soup!
Dihidang bersama garlic bread!
Apa khabar semua? Mesti masih dalam mood raya lagi kan? Saya pula dalam mood packing untuk berpindah balik ke malaysia, insya allah 1/12 saya akan pulang kembali ke tanahair.. kontena pula jalan lagi 2-3 minggu so masa pun terhad je ni..Keluarga saya telah pun selamat pulang ke malaysia.. Saya tak terasa sedih kali ni bila mereka kembali ke malaysia seperti tahun lepas kerana saya pun dah balik malaysia tak lama lagi.. Memang saya puas kali ini dapat berhari raya bersama-sama kali ni! Raya haji akan datang ni pulak, mak bapak saya akan ke mekah menunaikan haji, jadinya tak dapatlah mereka menyambut aidiladha bersama-sama anak2nya...

Saya merupakan anak sulung dalam adik-beradik saya & saya seorang yang berkahwin pun, jadinya anak-anak saya ni, cucu2 emas mak bapak saya lah.. Saya berasal dari melaka tapi membesar di subang jaya.. Umur saya masih belum masuk ke 3 dekad lagi, saya bagitau ni kerana ramai yg lebih tua drpd saya panggil saya akak, serba salah saya, mungkin kerana saya punya tulisan pun macam org2 tua agaknya.. Saya memang suka bercampur dgn org2 yg lebih tua drpd saya, lagi mematangkan saya! Mereka banyak petua & asam garam kehidupan ni yang boleh dijadikan panduan & pedoman!

Oklah, berbalik kepada resepi di atas, mushroom soup & garlic bread, ini saya masak masa bulan puasa.. memang best! Ini antara gambar yg dpt diselamatkan suami saya selepas komputer diserang virus.. Sup ini sedap sebab menggunakan whip cream, kalau guna susu kureng sikit... Saya tengok dalam filem animasi 'RATATOUILLE' (tikus yg sangat pandai masak), kebanyakkan masakannya menggunakan krim - krim putar ke krim pemekat ke, krim segar ke, ni semua boleh digunakan untuk memasak! Ini memberi idea kepada saya untuk membuat mushroom soup simple ini! kebanyakkan resepi yg saya tgk kena guna banyak bahan, nak kena blend soup tu, kemudian masak balik, saya suka yg simple! Susu segar kurang pekat, teksturnya lain & rasanya juga lain sikit.. Dulu saya selalu gantikan krim masakan ini dengan susu segar, sebabnya kat jepun ni mahal, tapi bila saya dapat bezakan rasa masakan yg menggunakan krim masakan & susu segar ni, saya pilih krim masakan.. takpelah mahal sikit, asalkan sedap, kita juga yg nak makan.. Bukannya selalu pun..



MUSHROOM SOUP

1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang
50gm- 100gm cendawan butang - dicincang juga
200ml Krim masakan
lada hitam yg ditumbuk (serbuk pun boleh jugak) & lada putih
1 cube ayam/ 1 cawan air rebusan ayam
2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dlm 1 cawan air
sedikit daun parsley cincang
oregano atau herba spagheti
garam
1-2 sudu besar butter/minyak zaitun/minyak masak

Cara :

1. Panaskan butter/minyak di dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar & bawang putih sampai garing sedikit.
3. Masukkan cendawan butang cincang, lada hitam & lada putih, tumis sekitar 5 minit.
4. Masukkan krim masakan, cube ayam/air rebusan ayam, biarkan sampai mendidih.
5. Masukkan oregano atau herba spagheti.
6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & garam secukup rasa.
7. Biarkan mendidih sekali lagi kemudian ditutup api.
8. Bila nak menghidang, taburkan sedikit daun parsley cincang di atasnya sebagai hiasan.

***Kalau rasa sup ni pekat sangat, campurkan lagi sedikit air ataupun susu segar.


GARLIC BREAD:
Roti putih - disapu dengan butter , ditabur dengan bawang putih yg dicincang, kemudian daun parsley cincang, dibakar dlm oven toaster ( 5 minit) / oven (suhu 180C, 20 minit)

Roti perancis - dihiris 1- 1 1/2 inci, disapu butter setiap belah, diletak bawang putih cincang & daun parsley cincang hanya satu belah, dibalut dgn aluminum foil & dibakar dlm oven pada suhu 200C selama 15-20 minit... yang ni memang best! macam yang kat pizza hut tu!

selamat mencuba!

sekian pada hari ini,
-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net