Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Oct-2007 21:43 Email | Share | Bookmark
Daging masak kicap special!

Daging masak kicap special!
Daging masak kicap ni special kerana ia adalah gabungan 3 resepi ; daging masak hitam manis (maklang azie), daging black pepper (resepi saya) & daging masak kicap... Saya masak ini masa keluarga saya ada dirumah masa raya hari tu, husband saya teringin nak makan daging masak hitam manis, adik saya pulak nak makan daging masak kicap biasa & saya pulak nak makan daging black pepper, dagingnya tinggal sikit jer, sini kalau nak order daging halal kena order online, pulak tu kena tunggu 2-3 hari baru sampai, mana nak dan tunggu daging sampai, keluarga saya dah nak balik dah, sudahnya saya gabungkan jer, tiga-tiga resepi ni saja... mujur menjadi! sedap jugak! Puas hati kami bertiga!

DAGING MASAK KICAP SPECIAL!



1 kg daging - dihiris & direbus sampai empuk bersama air & kicap manis

Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - di dihiris
3 biji bawang putih - di hiris
3cm halia - di hiris
rempah penumis - kayu manis 2 inci, bunga lawang sebiji, buah pelaga 3 biji
1-2 sudu kecil lada hitam - yg ditumbuk kasar ataupun serbuk tapi kurang umph
1 sudu besar cili kisar - kalau nak lebih pedas tambah lagi

2 sudu kecil serbuk ketumbar } semua digabungkan &
1 sudu kecil serbuk jintan manis } dicampur dgn sedikit
1 sudu kecil serbuk jintan putih } air, dijadikan pes

bahan-bahan lain:
2-3 sudu besar oyster sauce
sedikit jus asam jawa - ikut sesedap rasa (saya guna 1/4 mangkuk kecil)
1 biji bawang besar - dipotong 4
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn secawan air


Cara-caranya: -

1. Panaskan minyak di kuali, kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & rempah penumis (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga).
2. Bila dah naik bau, masukkan pula cili kisar & serbuk rempah2 yg dijadikan pes tadi, tumis hingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan oyster sauce & lada hitam, biar dlm 5 minit, kemudian dimasukkan jus asam jawa, kacau sebati.
4. Bila dah sebati, masukkan daging yg telah direbus tadi beserta dgn airnya sekali.. juga masukkan bawang besar yg dipotong 4 tadi.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung, biar sehingga agak pekat dlm 10-15 minit, kemudian barulah diangkat dari api..

Notes:
1. Tak payah letak garam sebab oyster sauce & kicap dah masin dah..
2. Kalau tak cukup hitam, tambahkan lagi sedikit kicap manis.
3. Kalau daging black pepper, hanya gunakan oyster sauce & kicap manis sahaja beserta dgn lada hitam, itu yg paling basic sekali..


sekian pada hari ini,
-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net