Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 13:48 Email | Share | Bookmark
More about SITI HAJAR!

Tu dia.... nak buat entry ni kena karang 2 hari, pasal elok2 tengah mengarang, baby u ek u ek, bila sambung balik, yang si kakak2 pulak nak attention.. haiyaaaa... this mother of 3 now shorthanded!

******************************************************************************************************************

Just to share my experience bersalin this time! Memang betul kata orang, setiap anak, kelahirannya berbeza-beza... Pada minggu ke 32, baby dah ada tanda2 nak keluar walaupun belum engage lagi, doktor suruh saya perlahankan aktiviti dan pergerakan saya kerana mungkin saya aktif berjalan, boleh menggalakkan baby keluar awal. Anggaran berat baby pulak 1.7kg.. Suami saya pula tiada di Malaysia, jadi ini menyukarkan keadaan, yelah.. risau jugak kalau saya bersalin suami takde..Iyer kengkawan semua, saya husbandless bila pregnant 6 bulan, bayangkanlah dalam masa sarat2, suami takde, budak berdua ni memang nak attention jer dari saya sejak bapak diorang takde, tulah yang mengurangkan masa saya berinternet ni..

Pada minggu ke 34, baby makin turun kebawah, doktor kata, kalau 34 minggu ke atas baby keluar, tak payah masuk inkubator, syaratnya berat dia kena 2kg ke atas. Bila doktor anggarkan berat baby, rupa2nya tak sampai 2kg lagi.. Saya dah risau, masa anak pertama & kedua, kalau 34 minggu ni dah 2kg++ dah.. Disebabkan risau, saya pun makan2lah... sampailah berat saya naik 1kg setiap minggu, tak pernah2 terjadi pada pregnancy saya yang dahulu...

Minggu ke 37, baby dah 2.5kg, berkat maknya makan2 sampai naik 1kg setiap minggu.. Saya budget baby kali ni keluar awal dari anak pertama & kedua yang keluar pada minggu 39, doktor pun cakap mungkin awal so suami saya pun balik ke Malaysia.. Suami saya ambik cuti hanya 2 minggu. Sampailah ke minggu 39 saya asyik dapat false alarm jer, setiap kali saya mula rasa sakit tu, saya baca 'LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANNAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN'.. Lepas baca ni sakit tu pun hilang.. Sampailah dah masuk minggu ke 39, suami saya terpaksa tambah cutinya kerana saya tak gak bersalin, pada masa ini, doktor dah nasihatkan saya supaya induce saja, daripada tahan sakit yang sikit2 ni, biarlah sakit betul terus baby keluar. Saya pula memang nak elakkan induce kerana saya dah rasa dah masa anak pertama & kedua, rasa contraction masa kena induce lagi sakit dari contraction yang tak induce, terpaksalah ambil epidural untuk tahan sakit.

Disebabkan suami saya takleh tambah cuti lagi, saya pun ambil keputusan untuk pergi induce pada hari Rabu, saya tawakal jer.. Hari Isnin pukul 2.30 pagi, saya terjaga dari tido sebabnya terasa nak buang air besar. 2-3 kali jugaklah keluar masuk bilik air.. Lepas tu barulah saya perasan, contraction saya every 5 minit, terus kejutkan husband, dia siap kata kasilah dia tido lagi, karang baru kejut dia! Mana boleh, sekarang ni pun dah terasa 5 minit sekali contraction! Ni betul2 baby nak keluar ke? Manalah dia tak tanya macam, sebelum ni asyik false alarm jer... So saya pun mandi & siap2 semua barang untuk ke hospital, husband saya siap tengok bola lagi..Saya teruskan membaca ayat di atas sebanyak mungkin, hasilnya, walaupun dah sakit kuat, contraction saya datang 6-8 minit sekali, jadi, di antara waktu tu dapatlah saya rehat, yang tak tahan tu kalau contraction seminit berkali2! Ingatkan nak kasi husband tengok bola sampai habis, tapi, lagi 10 minit nak habis, saya tak larat tahan sakit, terus ajak husband ke hospital. Hospital pun 10 minit jer dari rumah, tu yang boleh rilek tu...

Sampai di hospital lebih kurang 5 pagi, firstly, dah tentulah nurse akan check bukaan, baru 5 cm rupanya, aisehhh.. nak menunggu ke 10cm tu lambat lagi, 1cm 1 jam.. Dalam pada tu nurse tanya nak ambil ubat penahan sakit tak, this time saya tak ambik apa sebab saya boleh bertahan lagi, air ketuban saya tak kasi pecahkan dulu, saya tau kalau pecahkan awal mesti sakit tu tak tertahan dah.. Dulu masa anak pertama & kedua, saya ikut jer apa kata doktor, sekarang tidak lagi! Saya dah tau dah!

Bila dah pukul 9 tu, saya dah tak tahan sakit dah, bila nurse check bukaan baru 7cm, nurse cakap pasal tak pecahkan air ketuban lagi & tak masuk drip air tu yg contraction lambat, bila contraction lambat, bukaan pun lambat.. So saya pun decide untuk pecahkan air ketuban, nurse panggil doktor, doktor pujuk saya masuk drip air sekali supaya bukaan boleh terus ke 10cm pasal kepala baby dah nampak sebenarnya, saya pun setujulah! Betullah apa yang saya sangka, bila doktor pecahkan air ketuban & masukkan drip air serentak, sakitnya menggila serentak jugak! Oh, ya! Masa doktor pecahkan air ketuban, dia kata airnya warna hijau! Rupa2nya baby dah buang najis! Nasib baik waktu tu dah 10cm, kalau tak silap2 saya kena ceasar pasal takut baby lemas! Setelah 3-4 kali push, akhirnya keluarlah SITI HAJAR pada pukul 9.29 pagi, menangis2 masa dia keluar tu. Bila dia keluar, dia sambung berak lagi, so saya rasa baby baru saja berak dalam air ketuban tu jadinya selamat lagi! Bila husband saya pegang terus dia diam, memang dia kenal mak bapaknya! Terkejut bila nurse timbang, dia kata 3.43kg... tak sangka pulak, saya ingatkan budaknya kecik jer pasal perut saya kali ni yang terkecik!

Syukur alhamdulillah semuanya selamat kali ni!



Gambar di atas, menunjukkan 3 beranak ini bergurau senda pada malam mamanya dah rasa sakit yang kerap, setengah jam sekali jer, tapi contraction kali ni berlainan dari yang lepas2, macam senggugut jer, masa anak pertama & kedua contraction nya rasa di belakang... Saya tak layankan sakit tu, kerana sebelum ni saya dah rasa sakit yang sama selama 3 minggu dah, cuma tak sekerap pada malam itu.. Tapi hati dah terdetik mungkin esok baby keluar ni..


Yang ini pulaj gambar SITI HAJAR baru keluar dari perut! Welcome to the world HAJAR!


Ini butir-butir tentang kami!


Yang ini pulak adik-beradik saya yang datang melawat baby sambil membawa kakak2 baby ke hospital! Mula-mula si Una & Ina ni tak percaya diorang dah ada adik, takmo terima hakikat pulak tu, tapi bila dah tengok adik diorang tu dah mula suka pulak..


Ini close up rupa SITI HAJAR masih merah lagi sampai sekarang...


Menggayakan baju ala zebra..


Baru lepas susu... so far alhamdulillah SITI HAJAR tak banyak meragam!


I love mummy... I love daddy... Barulah adil!


Sayangg baby! Kakak Ina ni dia lagi concern pada Hajar, agaknya dia ingat macam anak patung dia kot.. Both kakak takleh berenggang dengan Hajar, kalau pegi memana mesti cari adik dia balik! Masa baru balik dari hospital, sapa datang nak tengok adiknya kena halau! Beriya2 nangis tak kasi orang tengok baby! Takut sangat orang ambik adiknya!

Oklah, sekian coretan pada kali ini!
-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net