Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Sep-2008 07:50 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

the latest hajar!
the latest kakak2
Assalamualaikum & salam sejahtera semua!

Salam dari Jinhae, Korea! Saya berada di sini dari 8hb Ogos lagi, iaitu selepas saya habis berpantang, mengikut suami saya yang kena training di sini dari bulan Mac lagi.. Kali ni keluarga kami bersatu kembali, susah wooo sorang di sini sorang di sana.. setiap kali anak2 saya demam, atau tanya2kan tentang bapak dia tanpa jemu, it's really heartbreaking! Tapi saya akan berada di sini sampai bulan Nov sahaja kerana visa free ke korea ni hanyalah 3 bulan. Takpelah, janji dapat duduk bersama sekejap.. furthermore... dapatlah saya berjalan...


the latest hajar at 3 mos!


the latest of Husna & Syahreena

Saya sebenarnya masih mencari tune sejak dapat baby baru ni.. Mana nak buat keje rumah lagi, baby lagi, Husna & Syahreena yg nak perhatian ni lagi.. pehhhh... bebetul tak cukup tangan sebenarnya... Dah berapa kali saya cuba update fotopage ini, tapi peliklah.. tiap kali tengah update, time tulah bebudak ni ada ajer yg diorang nak, dengan si kecik ni merengek lagi, pastu bila nak sambung update dah takde idea nak tulis, last2 saya fikir esok2lah update lagi.. sampai lah ke hari ni.. Ni pun update pasal nak ucapkan selamat hari raya kepada pengunjung fp ini & kengkawan semua walau dimana mereka berada sekalipun!

Apa-apa pun, saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada salah & silap selama perkenalan kita.. Jangan tak tau saya banyak melawat ke fotopage kengkawan semua, cuma tak sempat meninggalkan jejak jer...

Oklah! Malam ini saya akan bertolak ke Seoul , Inchen airport, berjumpa dengan keluarga saya yang datang ke Seoul untuk beraya bersama2 kami, kami akan beraya di Malaysian Embassy! Kali ni mesti tak rasa langsung suasana raya, maklumlah bukan rumah kami kali ni!

Selamat Hari Raya aidilfitri!
Maaf zahir & batin!

-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net