Want your
own Fotopage?






 
Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Sep-2009 13:07 Email | Share | Bookmark
Bila busy melanda...NASI BERIANI MUDAH!

NASI BERIANI MUDAH!
Assalamualaikum & salam sejahtera semua!

Sesungguhnya memang saya tak sangka kita dah nak raya dah.. Masa sungguh cepat berlalu.. Mula-mula saya busy melayan anak2 yang sorang sorang sakit ni, sini dah masuk musim luruh, so kejap panas, kejap sejuk, maunya bebudak tak sakit.. lepas tu saya busy dengan majlis berbuka puasa secara potluck di rumah jiran saya. Hujung minggu ni nak raya pulak, of courselah sibuk dengan mengemas rumahnya, buat kuih rayanya.. terus terang, doh utk kuih raya saya dlm fridge lagi, tak sempat saya nak membakarnya.. Insya allah, keluarga saya akan datang beraya sini hari Jumaat ini..seronoknya dapat beraya dengan keluarga walaupun di perantauan, masuk tahun ini, sudah 4 kali saya beraya perantauan..

Kali ini saya nak kongsi resepi nasi beriani yang mudah, serious! insya allah jadi pada newbie macam saya nilah, ini eksperimen saya, baru tadi saya test, bila dah masak tu, aduihhhh... baunya memang menggugat iman orang yg berpuasa ni, kejap2 tgk jam, bila nak buka ni.. nasib baiklah saya masak petang.. Tapi ok pada tekak kami suami isterilah, manusia ni macam2 ragam, macam2 seleranya..



NASI BERIANI MUDAH!

1 pot beras basmathi - bersihkan dan tis airnya
1/2 biji bawang besar - di cincang
2 ulas bawang putih - di cincang
1/2 inci halia - dihiris
kayu manis 2 inci, bunga lawang 1 kuntum besar, cengkih 3 biji, buah pelaga 3-4 biji
serbuk kunyit 1/2 sudu kecil, kalau nak lebih pun boleh
biji jintan putih - 1 sudu kecil - dibasuh sekejap
garam 1 sudu kecil, atau, lebihkan sedikit
1 cawan air + 1/3 cawan susu segar/susu cair
sedikit kismis
1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu besar majerin

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak sapi + majerin di kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga hingga naik bau & bawang bertukar warna sedikit.
3. Masukkan serbuk kunyit, kacau dalam 1-2 minit, tutupkan api.
4. Tuangkan rempah yg ditumis ini kedalam periuk nasi yang berisi beras basmathi yang dah bersih tadi.
5. Kacau secara perlahan-lahan hingga rata rempah pada beras.
6. Masukkan biji jintan putih, kemudian air + susu & garam, kacau rata.
7. Masaklah seperti biasa dengan periuk nasi.
8. Bila nasi dah masak, taburkan kismis di atas nasi (jangan kacau nasi tu), biarkan lagi hingga 10 minit, lepas tu barulah boleh digemburkan nasi secara perlahan-lahan dari tepi, itulah petua taknak nasi patah-patah...

Nasi beriani ini saya hidangkan dengan kari daging, perghhhh... terangkat! Oklah, takleh cerita panjang hari ini, SITI HAJAR batuk teruk skrg ni, malam pun tak cukup tidur so asyik meragam jer, bila dapat duduk lama depan komputer ni, satu bonus untuk saya!

sekian pada hari ini,
-zakiah z-


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net