Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Jul-2010 00:28 Email | Share | Bookmark
Donat Chef Li dan cara-cara menguli doh tanpa mixer..

Salam semua!

Bertemu lagi kita di bulan ramadhan 1431.. Pada ramadhan tahun lepas, anak ketiga saya siti hajar terkena pnuemonia yg agak teruk sampai dr nak tahan dia di hospital untuk dipantau, dr dok asyik cakap, it's very bad jer pasal condition hajar. waktu itu hajar baru berusia 1 tahun 3 bulan.. kenalah jugak drip & neubulizer.. sungguh tak sanggup tgk hajar yg macam sesak nafas jer waktu tu.. saya pun pernah kena pneumonia pada tahun feb 2009, so saya tau macam mana rasanya bila terkana sakit ni.. tapi alhamdulillah lepas 10 hari makan ubat dr dia sembuh.. TETAPI, sebulan lepas tu dia kena balik, sampailah 4 bulan berturut2 dia asyik kena pneumonia.. ini membimbangkan saya.. macam2 cara dah cuba untuk mengubat sakitnya, orang kata bagi madu, saya pun kasilah madu, tapi makin teruk rupanya.. saya cuba berubat homeopati dgn dr yg saya dah biasa pegi, worst adalah! last2 saya teringat dr homeopati aishah yang dulunya saya pernah jumpa, tapi lepas tu tak lagi pasal kliniknya jauh dari rumah saya...

Saya pun hubungi dr aishah ni, dia sanggup poskan ubat untuk hajar. Bila dah jadi macam ni, anak asyik sakit ajer, kita mesti berusaha macam2 cara.. saya dah rujuk pada atuk saya, macam2 petua orang tua tu bagi tapi tak jalan gak kali ni.. rupanya atuk saya takde ubat untuk budak2 kecik macam ni, ubat2 nya semua jenis yg kuat.. dia takut ada side effect kalau dia bagi ubat jugak.

Berbalik pada ubat dr aishah tadi, saya pun bagilah hajar makan ubatnya, lepas seminggu nampak dah baik, tapi saya pantau jugak takut dia kena lagi.. alhamdulillah, dah tak kena lagi, sampailah sekarang! syukur alhamdulillah.. air mata toksah cakaplah, asyik tumpah jer sepanjang hajar sakit, adalah jugak dia demam sampai nak naik sawan, berlari saya cari teksi ke hospital.. ini semua pengalaman masa di korea ni.. masa di jepun alhamdulillah husna & syahreena takde sakit apa pun.. tapi menurut dr yg merawat hajar ni, kat korea ni udaranya ada 500 jenis bakteria.. saya amat berharap biar hajar tak sakit lagi, saya tak sanggup melihat keadaannya bila dia sakit..

Sekarang ni kami hanya menunggu bila saatnya kami boleh pulang ke malaysia, insya allah pada hujung bulan ini.. Tahun ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa di korea..

Ok, berbalik pada resepi di bawah, saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi donat chef li yang diperkenalkan oleh mamazieza.. terus terang cakap, sejak dah buat donat guna resepi ini, saya terus guna resepi ini sahaja untuk membuat donat.. donatnya tahan lembut untuk beberapa jam, sesuailah kalau nak bawak ke rumah orang tapi kena sediakan awal2.. diperakui oleh kawan2 saya yang merasanya juga, sedap! terima kasih pada mamazieza yang memperkenalkan & mamafami yang mencuba dan bagi review tentang donat ini membuatkan saya teruja untuk mencubanya..

Saya juga ingin berkongsi dengan pembaca fotopage ini sekalian tentang cara2 menguli tanpa menggunakan mixer mahupun bread maker.. memang senang! jadi sesiapa yang tiada mixer/bread maker tu, tiada alasan lagi yer untuk menguli..


Donat chef li...



Bahan A:
25 g marjerin
45 g shortening
5 g (1 suduteh) bread softener
1/3 sudu besar ovalette
1 biji tekur gred B

Bahan B :
250 g air suam
11 g ( 2 3/4 teaspoons) instant yeast
40 g gula kaster
15 g (2 sudu besar) susu tepung
5 g (1 suduteh) garam
2.5 g (1/2 suduteh) baking powder

500g tepung gandum

Caranya :

Langkah pertama :

Satukan bahan A ke dalam mixing bowl, kacau hingga sebati dengan menggunakan whisker..


Langkah kedua :

Masukkan pula bahan B, kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum secawan..


Langkah ketiga :

Kacau hingga sebati...


Langkah keempat :

Masukkan lagi separuh tepung gandum.. kali ini di adun dengan menggunakan garfu..


Langkah kelima :

Masukkan baki tepung gandum, diadun menggunakan tangan pula hingga sebati dohnya...


Langkah keenam :

taburkan sedikit tepung ke atas meja bagi tujuan menguli doh tadi..


Langkah ketujuh :

Ulilah doh ini di atas meja dengan menolaknya ke depan, kebelakang & dibalikkan...


Langkah kelapan :

sehingga menjadi licin seperti ini....


Langkah kesembilan :

Gunakan roller untuk meleperkan adunan setebal 1 inci atau ikut yang mana anda suka...


Langkah kesepuluh:

teraplah adunan ini dengan menggunakan acuan donat..


Langkah kesebelas :

Susunlah donat yang telah diterap di atas dulang atau loyang yang telah ditaburkan dengan tepung. Ini bagi mengelakkan donat melekat ke permukaan dulang tadi.. Susun secara berjarak untuk memberi ruang donat untuk mengembang..


Langkah keduabelas :

biarkan hingga donat kembang 2 kali ganda seperti ini..


Langkah ketigabelas:

Gorengkan donat ini sehingga perang dan salutlah dengan gula ataupun coklat yang telah dicairkan..


Langkah keempatbelas :

Ini adalah donat yang bakal dibekukan, saya goreng sehingga kuning sedikit, kemudian biarkan ianya sejuk, barulah disimpan dalam zip plastic & dibekukan..


sekian resepi pada hari ini,
-zakiah z-




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net