Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Sep-2006 23:21 Email | Share | Bookmark
Bila kak mazni datang bertandang...

Sambal udang
Ayam masak kicap
Me and kak mazni
Bergambar beramai-ramai..
Akhirnya bertemu muka jugak kitorang ni, selama ni chatting jer, dia di beppu, saya di nagasaki, jauh gak perjalanan tu, lebih kurang 3-4 jam kot.. Tapi kan, kitorang tak dapat berborak sangat since syahreena meragam, dia ni memang takut kat orang. Nasib baiklah kakak dia tido time tu kalau tak teruk gak nak melayan diorang berdua ni.. Datang rumah saya sesat coz banyak sgt jalan, berbeza dgn jalan di beppu.. Balik pun terpaksa keluar awal, pasal nak balik hotel pun mesti sesat lagi, memasing pun dah letih agaknya. Esoknya pulak nak ke Saga, ke kilang Noritake! Have fun kak!

Sempena kedatangan kak mazni sekeluarga, saya masakkan sambal udang dan ayam masak kicap, since ada budak kan.. Rupa-rupanya saya silap, anak2 kak mazni lagi suka makan sambal udang, serasa saya pedas tu...

RESEPI :

SAMBAL UDANG :

Bahan2:

Cili yang siap dikisar dgn bawang merah, belacan & sedikit garam - 2-3 sudu besar
Bawang merah - 5 biji
Udang - diperap dgn kunyit & garam dan digoreng dulu
Air asam jawa - 1/2 cwn
Garam secukupnya
Sos tomato - 1 sudu besar

Cara2:

1) Tumiskan bawang merah sampai naik bau.
2) MAsukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
3) Setelah itu masukkan air asam jawa, kacau rata, masukkan udang.
4) Masukkan sos tomato & garam.

* Untuk mengelakkan bersin semasa menumis cili, masukkan sedikit garam ke atas cili tadi (petua kak Rosyya - it works to me!)

AYAM MASAK KICAP

Bahan2 :

Ayam - diperap dgn serbuk kunyit, sedikit serbuk ketumbar & garam -gorengkan separuh masak
Bawang merah- 4 biji
Bawang putih - 2 biji
Halia - 2 cm
Sos tiram - 1-2 sudu besar
Kicap manis - secukupnya (mesti lebih dari sos tiram)
Cili hijau/merah

Cara2 :

1) Bawang merah, bawang putih & halia ditumis sampai naik bau.
2) Masukkan sos tiram, kacau rata, kemudian kicap manis, biarkan sebentar. Kalau terlampau pekat, campurkan air sedikit..
3) MAsukkan ayam yg telah digoreng tadi, biarkan sebentar.
4) Masukkan cili hijau/merah.

* Jika hendak pekatkan kuah, masukkan 1 sudu tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net