Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Sep-2006 23:51 Email | Share | Bookmark
Rendang ayam mak mertuaku...

rendang ayam anyone?
Puasa camni membuatkan suamiku mengidamkan rendang ayam maknya, ini memang favourite dia ni! Disebabkan kitorang ni berada di perantauan, mana mungkin nak dpt rasa masakan maknya ni. So, isterinya ni call lah mak dia aritu, tanya resepi, lupa plak salin, call lagi, and tanya lagi resepi, kali ni siap dah pen dan kertas, terus salin, pastu letak tah mana-mana, so call lagi kali ni siap pen dan buku masak ni... kesian mak mertuaku itu! haha... Nilah hasil rendang ayamnya, memanglah tak sama macam yang maknya masak, tapi yang ni bolehlah mengubat rindu lelah suamiku itu makan rendang ayam maknya, sedap gak!

RENDANG AYAM MAK MERTUA

BAHAN A
1kg ayam
1 bawang besar
4 bawang putih
3cm halia
Lengkuas- agak2
3 btg serai
10 btg cili kering
**Bahan-bahan diatas ni diblend

Santan cair - 1 biji kelapa

BAHAN B
Daun kunyit 1-2 helai
Asam keping - 1-2
Gula melaka - letaklah sikit
Kerisik - 1 peket kecik
Pati santan
Garam secukupnya

Caranya :

1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Masukkan BAHAN A, ayam dan santan cair kedalam periuk, masak hingga mendidih dan kuah separuh kering.
3. MAsukkan BAHAN B dan masaklah ikut kepekatan yang diingini..
4. Dah masak tu hidanglah!

Senang saja caranya kan?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net