Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Oct-2006 04:29 Email | Share | Bookmark
Donat kak liza

Donat bersalut gula
Donat bertoppingkan coklat
Tekstur donat
Donat ni bak kata orang putih suit my taste! Nak buat pun senang takder lah leceh sangat, dulu saya ingat leceh nak buat donat ni, baik beli jer, dunkin donut tu lagi sedap, tapi bila dah merantau ni, mana nak cari dunkin donut kat sini? Yang ada mister donut tapi takleh makan pulak coz dia ada guna bahan yang Islam haramkan. Nak tak nak belajarlah buat sendiri jugak. Resepi ni diambil dari fotopage kak liza, she's a master in cooking! Bila buat tu, rupanya takdelah leceh buat donat ni. Orang kata part yg paling leceh tu bila kena menguli tapi saya tak rasa camtu, saya rasa menguli ni fun! Si kecik berdua ni pun sama pandan menguli haaa.. Mesti kena kasi sikit kat diorang buat memain. lepas ni kalau nak buat donat ni saya kena menyorok ataupun buat time diorang tido? Alahaii... time diorang tido pun kol 11, 12, takkan kita nak menguli tgh malam pulak kan?... Disebabkan keluarga kitorang ni kecik, lebihan doh tadi saya freezekan, saya bahagikan 4 plastik, bila nak makan donat lagi, keluarkan satu plastik, biarkan defrost sendiri pada suhu bilik, pastu canai, terap dgn acuan donut, biarkan lagi setengah jam- bagi dia naik lagi.. pastu goreng! Mmmmm... sedapnya makan donat masa warm lagi ni.. Selalunya kat kedai depa dah goreng lama dah.... Ina--> Syahreena, anak kedua ni pun dah pandai mintak, "nak nat!"... si kakak mengabiskan gula jer..

DONAT KAK LIZA

Bahan A
600gm tepung gandum
100gm tepung naik sendiri
100gm gula
1 suduteh garam
11gm yis segera
30gm susu tepung --> saya guna susu pekat 2 sudu

Bahan B
1 biji telur -dipukul ringan
330ml air suam
60gm butter/marjerin
1 suduteh bread softener - optional

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan bahan B dan dikacau rata.
3. Keluarkan dari mangkuk, taburkan tepung atas meja, celupkan tangan kita ke tepung, letakkan doh tadi atas meja yang ditabur tepung dan ulilah doh hingga licin.
2. Letakkan balik dalam mangkuk tadi ddan tutuplah dengan tuala lembap yang suam untuk percepatkan doh naik.
3. Bila doh dah naik elok, lebih kurang 1/2 jam, tumbuk tgh adunan utk mengeluarkan udara yang terperangkap.
4. Keluarkan semula dan letakkanlah ke atas meja yang ditabur tepung, canaikan, dan teraplah dengan acuan donat.
5. Letakkan donat yang diterap tadi ke atas dulang/ pinggan besar yang ditabur tepung, susun dan dijarakkan donat2 itu.
6. Biarkan donat naik lagi lebih kurang 20-30 minit --> ini penting ini membuatkan donat ini lembut didalamnya lepas digoreng.
7. Gorengkan ke atas minyak yang panas, goreng sekejap jer, kang hangus pulak kang!
8. Salutkan dengan gula halus ataupun, letakkan topping coklat ke atas donat, ikut kreativiti anda.

Cara buat topping coklat :
**Coklat masakan/bar coklat - dimasak secara double boiler dgn atu sudu kecil butter - untuk kasi kilat sikit..


[quote]

Ouled Kenitra : aiseh... ni buat utk makan sendiri, kalau nak merasa mailah dtg rumah, tapi tak samalah kot mcm dunkin donut..
strozze : terliur pasal tgk gambarnya, rasanya tak taulah kan sedap ke tak.. hehe..
mamafami : salut dgn coklat tu pasal budak suka, tapi rupanya diorang lagi suka salut dgn gula halus, last2 yg salut coklat tu maknya yg makan... hai..bilalah nak kurus ni..
afairuz : donat makan tgh warm lagi mmg nyam nyam..
anna : betul tu anna, lepas ni pun zakiah ingat takmo beli lagi donat, bila teringin buat jer sendiri..
kak mazni : kalau akak buat mesti lagi gebu, tangan akak tu kalau masak2 pun menjadi..
kak rossya : janganlah terpengaruh dgn rupa donatku yg cantik.. hehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net