Want your
own Fotopage?






 
Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Oct-2006 01:52 Email | Share | Bookmark
Daging black pepper..

sori gambar tak brp clear
Lama dah tak masak daging black pepper ni, asyik masak kari daging jer pasal husband suka kari daging. Semalam masak ni, ikut selera saya pulak.. tapi habis jugak, takde belen...

DAGING BLACK PEPPER

daging- 300 gm (dihirs nipis)
bawang besar- 1/2 biji
bawang putih - 2 biji
halia - 3cm
sos tiram - 5 sudu besar
lada hitam serbuk atau biji ditumbuk kasar - 2 sudu besar (ikut pedas yg dikehendaki)
air - 1/2 cwn

Cara :

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
2. Masukkan daging, biarkan sampai air daging keluar.
3. Bila air daging nak kering, masukkan sos tiram, kacau rata.
4. Masukkan air dan dikacau lagi.
5. Masukkan black pepper, bila kuah dah nak pekat, matikan api.
6. Hidanglah masa tgh panas.

Senang kan? Simple jer, lagi setengah jam nak berbuka pun sempat lagi nak masak ni.

***Ada lagi satu cara, rebus daging tu dulu, Lepas tumis bawang2 semua, masukkan sos tiram,, biarkan sebentar baru masukkan daging dan sedikit air rebusan, ikut cair yg dikehendaki, masukkan sekali black pepper dan masaklah ikut kepekatan kuah yg dikehendaki.


REPLIES :

anna: thank you for the tips! Nanti zakiah nak try letak broccoli, tak terfikir plak nak letak coz zakiah ni suka sangat masak simple..
kak leen : tulah kak leen, skrg tgh belajar camna nak kasi gambar tu nampak ekslusif sikit
kak rossya : nampak jer sedap, rasanya tak taulah kena dgn tekak org ke tak..hehe
razi : resepi ni senang jelah, kasilah ur wife try..
Ibu Aiman : welcome to my page..
kakyong : ish.. kita ni bukannya pandai masak sangat kakyong, ni semua resepi yg zakiah try dan menjadi jer, kalau tak jadi takder nyer masak fp ni.. hehe
kak fazi : tq sebab try resepi dlm page ni..ish...terharunya..nice to know u..
Ouled kenitra : den suko fotopage ekau, ceritanya menarik..
Sabrina : try ler buat, kedai tu selalu depa letak ajinomoto, tak brp elok tu..
aureanayz : ish kak.. manalah nak standing resepi saya ni dgn resepi chef wan..
3lyn : kalau nak makan pun tunggulah masa berbuka nanti yer.. hehe
nor@mommy hafiy : welcome to my page nor! Jemputlah ke nagasaki nanti..
mommy d&d : tq for trying my recipe.. memang terharu sangat sbb ada yg sudi, ingatkan jadi santapan mata semua jer.. kalau nak resepi yg simple2 ni masuklah page ni, zakiah mmg suka buat yg simple, yg susah tak confident lagi nak buat..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net