Want your
own Fotopage?







 
Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Oct-2006 21:22 Email | Share | Bookmark
Kuih rayaku telah siap dibuat!

Hazelnut chocolate ball
hazelnut ball- sebelum dibakar
Hazelnut ball - selepas dibakar
Biskut nescafe - bentuk camni pasal ni jer cutter yg ada
lamington cookie
yey yey! Kuih raya dah siap dibuat! Lepas ni tumpu utk kek and hidangan raya pulak!

1) HAZELNUT CHOCOLATE BALL

250gm butter
100gm hazelnut kisar (kalau takder, bakar hazelnut, kemudian kisar)
250gm tepung hongkong atau tepung superfine
70gm gula aising
50gm tepung beras
1 suduteh vanilla essence
Kacang hazel secukupnya - dibakar ( lebih kurang 130gm)
Paper cup kecil & coklat rice secukupnya
200gm coklat masakan - dicairkan secara double boil bersama 1 suduteh shortening/marjerin

cara-cara :

1. Pukul buter, gula aising, hazelnut kisar dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan tepung hongkong dan tepung beras.
3. Bila dah jadi doh, buat bulat kecil2.
4. Ambil satu bulat dan leperkan, letakkan kacang hazel ditengah2 dan balutkan.
5. Buat bulat kecil saja supaya muat masuk papercup kerana bila dah bakar biskut ni akan kembang sikit.
6. Bakar pada suhu 160c hingga masak - lebih kurang 20 - 25minit, bergantung pada oven
7. Tunggu biskut sejuk, barulah dimasukkan ke dalam papercup dan disalut dengan coklat, taburkan coklat rice ke atasnya..

**Disebabkan coklat masakan dah habis, saya guna coklat bar yg kita makan tu, jadi jugak!
**Oven saya ni kalau set suhu bawah 180c terus padam apinya, nak tak nak kena set jugak 180c, dibakar selama 20 minit...nasib tak hangus..
**Saya letak topping coklat cair tu masa coklat tu masih panas lagi jadi masih cair dan senang untuk diletak atas biskut. Saya guna pisau sapu butter yg kecil, diletak atas biskut dulu, kemudian baru diratakan sekelilingnya. Ada yg guna teknik celup, tapi tangan akan jadi comot.
**Coklat masak ni lebih sesuai dicairkan bersama dgn shortening atau marjerin kerana lepas tu coklat keras elok, kalau butter kureng sikit tapi guna butter lagi sedap.
**Lepas disalut dengan coklat atasnya, tunggulah hingga kering bebetul barulah disimpan dlm bekas kedap udara, kalau tak, coklat tu akan tanggal2 & bercampur aduk dgn biskut lainlah jawabnya..
**Kalau nak cepat sejukkan coklat tu, masukkan dlm fridge..


Resepi biskut ni dah lama ada dalam senarai, tinggal nak buat ajer, tapi disebabkan saya takder tepung hongkong, so hasrat tu dipendamkan ajer dulu. Nasib baik sis rossya kasitau leh substitute dengan tepung superfine, thanx sis! Kepada seri (seriyati), biskut ni tak gunakan telur, cubalah! Kalau tak suka hazelnut atau anak allergic dgn kacang, ignore it dan gantikan dgn tepung saja.. Buat ni memang penat sikit sebab nak letak topping coklat tu memang ambik masa, saya jenis yg teliti, so saya buat berjam2 lah jugak, tapi hasilnya memang berbaloi... sedapppppp!!! Hari raya haji ni insya allah saya akan beraya di Malaysia. Akan saya buat lagi biskut ni utk keluarga disana...

Lamington cookie ni pulak memang dah jadi wajib tiap tahun. Seminggu jer boleh habis ni dikerjakan adik2 saya.. So selalunya biskut ni saya buat last2 puasa, kelau buat awal, memang sah kena buat lagi... Resepinya ada kat link di sebelah kiri..

Biskut nescafe ni pulak, memang dah lama saya cari.. NAsib baik sis rosyya yang bagi ni, million thanx to you sis for helping me! Biskut ni dulu masa belum kahwin memang akan dibuat mak saya tiap2 tahun tapi tah macam mana buku masak belovednya itu boleh hilang... tension kitorang semua pasal banyak resepi tradisi dlm tu.. Menurut mak saya, yang buat sedap biskut atau kek tu kalau guna bahan yg sedap dan berkualiti.. resepi sedap camna pun kalau guna bahan kurang sedap, kurang sedaplah jadinya! so... lebih baiklah kuih raya ni kita buat sendiri, puas hati!

2) BISKUT NESCAFE

250gm butter
2 biji kuning telur
125gm gula aising
75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung
450gm tepung gandum - diayak
4 sudubesar serbuk nescafe - diayak
sedikit esen kopi - kalau takde, 1 suduteh serbuk kopi dibancuh dgn sedikit air panas
manik2 gula atau coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan

cara-cara :

1. Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe dan esen kopi dipukul rata.
2. Masukkan tepung hoen kwee.
3. kemudian masukkan tepung gandum dan ulilah hingga doh lembut.
4. Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut.
5. Bakarkan pada suhu 160c hingga masak - lebih kurang 20-30 mins

**Biskut ni takder hiasan pasal hiasannya telah dihabiskan oleh anak-anak saya.. tah bilalah diorang makan ni, tau2 dah abis.. mesti ambik senyap2 dlm fridge ni..


Sebenarnya tak bagus untuk kita buka pintu oven selalu untuk check either kek atau biskut tu dah masak ke belum, boleh bantat jadinya nanti.. Macam saya nak tau kek atau biskut tu dah masak ke belum saya tunggu sampai keluar baunya barulah saya check, selalunya lepas keluar bau saya bagi masa 5-10 minit lagi untuk keluarkan biskut atau kek tu.. Biskut tak boleh dibakar pada suhu melebihi 180c- boleh hangus wooo atau tak masak dalam.

Tips untuk membuat biskut:

1. Untuk mendapatkan biskut yg masak sama rata, buatlah saiz yang sama..
2. Untuk adunan biskut, kalau lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan didalam plastik, masukkan ke dalam petisejuk sekurang2nya 30 minit.
3. Untuk adunan biskut yang agak keras sikit, tambahkan sesudu susu segar.
4. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar, biarkan sebentar diatas oven tray itu selama 5 minit, kemudian barulah dialihkan ke rak kek untuk menyejukkan biskut.
5. Untuk mengelakkan biskut dari jadi leper, elakkan guna oven tray yg panas untuk biskut yg baru hendak dibakar, sejukkan dulu oven tray dulu dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu..

Sekian pada hari ini!

-zakiah-


Quote:
mamafami : mintak2 masinlah mulut mama ni zakiah leh jadi pakar masak
kak rosyya : kalau time biskut saya ni jadi, cantiklah rupanya, kalau time tak jadi..huwaaaaaa....hangus atau lemau!
anna : ish ish ish.. kita ni ibarat setahun jagung lagi, manalah nak sama dengan jagung yang bertahun-tahun tu... hehe
rozzan : Tq very much for ur tips. My next batch hazelnut choclate ball will be using ur tips
ida : sila...sila... resepi dlm fotopage ni memang utk dikongsi dgn org ramai
iryani rasanya pun sedap..cubalah buat yer..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net