Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Oct-2006 23:44 Email | Share | Bookmark
Raya di nagasaki, Japan.

mari-san, athirah & amirah, me& kids, dodi & damia
me & mari-san(secretary shipyard)
Husna & Jazli(anak athirah)
Syahreena & abah
Makan beramai2
Student (Dilla, Fiza & Fesha) - semua single..:)
beratur mengambil makanan.. mcm dlm citer p.ramlee..hehe
My husband and Cik Junaidi(boss)
Athirah & Amirah (posing kat dapur)
Me & Syahreena
Lekanya ngadap computer a.k.a tv ni....
dah tukar baju tido....
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Lailahaillallahu Allahuakbar,
Allahu akbar walillah ilhamd...

Memang syahdu mendengarkan takbir raya ni dari staf MiSC disini dan student kat Universiti Nagasaki ni.. Terasa macam nak balik kampung dan dan tu jugak. Walaumacam manapun, bila dah berkumpul ramai2 tu, berbuka puasa pada hari last puasa memang menyeronokkan, terubatlah rindu memasing kat kampung halaman. Dah macam family kitorang kat sini.

Bila tiba hari raya, saya ingatkan raya sini tak semeriah mesia, mesti dull suasananya, oh tidakkk... Kat sini pun meriah jugak walaupun sederhana. Makanan melambak kat atas meja, dimasak oleh 3 ibu; saya, dodi & athirah ( wife boss) Anaknya yg sulung pun main sesama dgn anak2 saya, so, kat rumah athirah nilah saya dapat makan2 dengan tenangnya, selama ni kalau pegi rumah orang takder chance nak makan pasal anak2 saya takut orang.

Kami semua berkumpul di rumah athirah pasal rumahnya paling besar antara semua ni, maklumlah rumah boss, kenalah besar. Ramai yg dtg, the student rasanya lebih dari 10 org, orang Egypt pun ada, staf MISC and family adalah lebih kurang 10 org kot, staf pun tak ramai kat sini. Apa yangboleh saya katakan kat sini, sememangnya meriah jugak raya kat sini bila reramai berkumpul. Sempat jugak 3 ibu ni bertukar2 resepi.. hehe.. Tapi, saya rasa kecewa sebab saya lupa ambik gambar makanan, sory kak rossya!

Raya kedua baru call family since pada mlm raya dah cakap2 dgn diorang. Bila call adik, diorang beraya di melaka, selama ni first raya beraya di perak, raya kedua atau ketiga baru balik melaka. Adik saya cakap, dia nak beraya kat melaka masa first raya kalau boleh tiap2 tahun. Sebabnya... makanan sedap2, diorang asyik makan jer.. Ada satu rumah tu hidang nasi lemak, adik2 saya siap masukkan balik separuh nasi lemak dlm rice cooker tu balik, kononnya banyak sgt, nanti tak habis. Makcik tu sound, korang tak rasa lagi, ni nasi lemak original tau! Nasi lomak kat kl tu bukannya sodap bonar, so diorang pun tak jadilah masukkan balik separuh nasi tu dlm rice cooker. Sekali memang betul ckp makcik tu, memasing siap bertambah nasi plak tu, dengan bapak saya yg jaga pemakanan dia pun tambah sekali... hehe.. Makcik tu siap kata lagi, "AKu dah khabarkan dah tadi, memasing tadi eksen".. hehe... Apa taknya sedap, makcik tu buat nasi lemak guna kelapa yang dikait kat belakang rumah, lepas tu mesin kelapa tu sendiri, santan baru, of courselah sedap and manis sikit.. ish ish... teringin betullah saya nak makan nasi lemak makcik tu...

Bagi saya, walau dimana pun kita berada, raya di mesia jugak yang best walaupun hanya beraya di kl! Tapi kalau dapat raya di kampung lagilah meriah, bebudak main bunga api pun bebas...Ada kawan saya kat sini, selama 4 thn berturut2 raya kat jepun, this time wife dia nak bersalin kat mesia, so dptlah anak and wife beraya kat mesia sekali. Anak2nya seronok dpt raya kat kampung, tapi yg kelakarnya anak dia taktau duit raya tu apa.. hehe... Agaknya sukalah tuan rumah kot kalau ada budak yg dtg rumah dia takmo duit raya..

sekian,
-zakiah-


Quote:
anna : tulah, merasa jugak beraya kat perantauan ni. Zakiah memang ada hajat nak berjumpa kengkawan fp ni, tapi bergantung pada waktu lapanglah yer, zakiah balik nanti pun pasal adik nak tunang, for sure sibuk buat persiapan tu.. parent zakiah dok kat subang jaya, bapak zakiah yg keje kat putrajaya dulu, la ni kat jabatan tanah & galian kat kl pulak..
BEAUTCONNECTION : thanx for the raya wish, same goes to you!
f & z : untuk raya tahun depan kita nak pakai kaler apa kak? pakatlah.. hehe


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net