Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Oct-2006 23:46 Email | Share | Bookmark
Bihun goreng tomato

 
Bihun jenis ni ada disebut dlm fp kak rosyya, resepi ni sebenarnya masakan tradisi belah mak saya. Sampaikan sedara mara yg dtg berkunjung pun request bihun ni. Macam saya pulak, ni jelah bihun yg saya tau buat pun, yg lain tak reti lagi... Sedap jugak, tak pedas, bebudak pun boleh makan..

BIHUN GORENG TOMATO

Bawang putih 4 /5 ulas- dicincang
Mihun setengah bungkus - direndam dgn air panas bergaram, sampailah lembut
Sos tomato 5-6 sudu besar
Ayam/ daging - dipotong kecil
Sawi - setengah pokok (dihiris)
1/2 cwn air
Garam secukupnya

Cara :

1. Tumis bawang putih sampai naik bau, jgn lama sangat nanti hangus. (api sederhana)
2. Masukkan ayam atau daging, biarkan masak.
3. Masukkan sos tomato, biar sebentar, kemudian masukkan 1/2 cwn air dan sedikit garam, rasakan perencah ini..
4. Masukkan mihun dan dikacau rata, kemudian barulah dimasukkan sayur.
5. Bila sayur dah layu barulah diangkat dari api.
6. Siap dihidangkan.

Few notes:
**Saya letak sikit bawang merah pasal saya tak brp suka rasa bwg putih sahaja.
**Actually boleh juga letak udang atau sotong tapi jgn dicampur dgn daging/ayam coz rasanya dah lain. For me, letak daging paling best.
**Ada juga yg letak taucu, dimasukkan sebelum sos tomato, ok gak pasal rasanya yg masin sikit, tapi takleh letak garam.
**Kalau nak pedas sikit, letak cili kisar sesudu ataupun 2-3 sudu sos cili.
**Sayur saya letak carrot pasal anak saya tak suka sawi, ikut jelah selera budak ni.

sekian,
-zakiah-


Quote:
yangmazni : salam aidilfitri jugak pada akak sekeluarga, aiseh... nak salam tapi jauh.. p/s : kawan saya maybe akan ke oitta december ni.. saya balik mesia
nabialishad : anak saya 2 org ni jer, walaupun 2 org saya dah rasa macam 10 org pasal diorang suka berkemas so nampak macam rumah ni ada 10 anak.. hehe
mamafami : ha ahlah mama, budak mmg suka makan pun pasal tak pedas
ida : kak ida ni org melaka ke? saya pun org melaka gak..
nunu : itulah yg akak dgr kat sabah seafoodnya mmg fresh and murah. aritu makcik akak ke sana, dia bwk balik sekotak udang.. nunu tak borong ke?
rossya : akak jgn tak tau, sblm ni saya buat mi ni asyik tak jadi jer, ada jer silapnya, terlebih rendam bihunlah, lupa letak garamlah, ish.. macam2, dugaan nak reti masak ni, tu blm pandai lagi tu..
ida : alahai... last2 kak ida yg dpt resepi biskut tembikai tu dulu, insya allah saya akan try buat minggu depan, bila akak dah buat nanti update fp yer..
sabrina : ur welcome sab, cubalah, manalah tau bebudak suka kan, selalunya kalau utk budak org selalu goreng mi dgn kicap, mi dgn sos tomato ni ada kelainannya..
f & z : betullah kak fazi, mihun ni macam maggi jer pasal sng gak nak sediakan and cepat.. hehe..
aureanayz : salam aidilfitri jugak pada akak dan keluarga, maaf zahir & batin!
fliffy : buah tomato pun mmg sedap diratah camtu jer, tapi zakiah lagi suka buat salad..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net