Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Nov-2006 19:44 Email | Share | Bookmark
Burger

Burger yg dah dibentuk
Burger yg dah digrill
Hidangkan bersama sayur campur
Dimakan bersama sos cili bermayonis
Lagi satu resepi senang. Sejak dah boleh buat burger ni, saya rasa saya takkan beli lagi kot pasal burger yg dijual siap ni selalunya ada bahan pengawet, tak baik untuk kesihatan. Teringat kisah adik sedara saya, dia mmg suka makan burger & hotdog ni dari umo 6 thn, maknya pun setiap kali ke supermarket mesti belikan, sampaikan adik sedara ni pun dah pandai goreng sendiri. One day, kencingnya ada campur darah, waktu tu umonya lebih kurang 10-11 tahun. Maknya bwk ke klinik, pastu kes dirujuk ke hospital. Doktor sahkan adik sedara saya ni kena kencing kotor dlm umo yg muda. Dia kena pantang makanan bergaram, kalau serius, akan ada infection pada buah pinggang, leceh nanti kena buat dialisis jer, sakit lak tu.. Memang susah nak jaga budak yg ada penyakit ni, mana boleh makan luar lagi, kalau makan kat luar, mesti depa letak garam masakan tu, silap2 boh ajinomoto lagi.. Bagi saya makanan segera mengandungi kandungan garam dan bahan pengawet yg tinggi.

Ada jugak atuk saya cerita ada sorang ni, lama kahwin baru dpt anak, kesian, allah uji lama kahwin baru dpt anak, mmg org ni tabah, kalau saya tak taulah camna! Tetiba Allah kurniakan zuriat, tentulah gembira tak terkira! Anak ditatang bagaikan minyak yg penuh, actually terlebih tatang pun. Dari kecik diajarnya makan di restoran makanan segera, suka sangat sampaikan almost everyday nak makan makanan di restoran tu, sampaikan dah masuk sekolah pun, maknya mesti kena dtg hari2 masa rehat kat sekolahnya, bawak bekal makanan yg dibeli direstoran segera. Satu hari, budak ni sakit, saya tak pasti, maknya bwk ke klinik, rujuk pada hospital pulak, puaslah doktor buat test tu test ni, tetiba budak ni kata takleh garakkan bahagian badan dia dari bahagian pinggang sampai ke bawah, doktor sahkan dia lumpuh. Doktor tanya pada mak budak ni, camna pemakanan dia sebelum ni, maknya pun bagitaulah dia dok makan makanan segera jer, apa lagi doktor pun marahlah! Dikatanya, "awak nak bunuh anak awak ke?" Rupa-rupanya makanan segera ni bila dimakan hari2 boleh mengundang penyakit, sila2 haribulan boleh membunuh kita sendiri. Mana taknya, kandungan garam dan bahan pengawetnya tinggi, sekali sekala takpelah.. Kesian mak budak ni, dahlah lama kahwin baru dpt anak, bila dah dapat sorang, silap cara jaga terus anak sakit. Dengarnya kekadang anak itu sering mendapat sawan, sawan ni kalau dibiarkan leh effect otak. Bila saya dah dengar cerita seperti ini, saya dah kurangkan makan makanan segera yg sebelum ni mmg favourite saya. Bila dah sampai jepun ni, takdelah makan kat mcd atau kfc pasal tak halal. Mcdonald jepun ni lagilah, fries pun takleh makan pasal contains of lard!

Cerita2 di atas ni sememangnya kisah benar dan saya tak reka langsung yer... Lagi satu pasal garam. Mak saya selalu pesan jangan beli garam halus, itulah punca penyakit zaman sekarang juga. Kalau nak beli garam beli yang kasar sikit. Garam halus ni depa proses lain, siap ada campur pebenda tah kasi nampak menarik, kalau ikutkan garam halus ni lagi masin dari garam kasar. Orang skrg kebanyakkannya kena darah tinggi pasal garam halus ni lah. Garam kasar ni mungkin orang tak tau boleh dibuat ubat. Salah satu cara yang atuk saya ajar campurkan 1-2 ketul garam kasar kedalam satu botol air, bacakan al-fatehah 7 kali atas air tu, insya allah penyakit tu akan keluar. Selalunya atuk saya guna cara ni untuk ubatkan orang yg kena santau, insya allah keluar santau tu.

Saya memang dah test cara ni, tapi memang kena yakin, kalau tak yakin tak jalan gak apa ubat pun. Kalau makan ubat doktor boleh pulak kita yakin ubat tu boleh membaikkan kita, why not guna kalamullah ini? Anak sulung saya, Husna masa 1 1/2 thn tetiba demam, jumpa doktor 2 kali camtu gak tak kebah2, berlarutan sampai ke seminggu, saya dah cuak pasal takut kena sawan kang pasal demam lama sangat, masa hari ketujuh, doktor dah suruh masukkan ke spital, saya dah nangih2 dah, sapa tak sedih kalau anak sakit, saya jumpa atuk saya dulu, atuk saya kata kenapa tak buat air + garam kasar and baca fatehah atasnya? Saya pun baliklah rumah dulu, suami saya buat air tu, terus kasi husna minum, tak sampai 2 jam demam kebah, saya terperanjat, tapi dlm hati mengucapkan syukur yg tak terhingga sangat2.. Lepas tu terus kebah sampaikan husna dah boleh bangun, saya lega pasal tak payah bwk dia ke hospital. Kalau duduk kat hospital pun mesti kena cucuk sana cucuk sini, hati ibu mana yg tahan tgk anak kena macam tu. Saya bersyukur pada Allah yang maat sangat kerana selepas tu anak saya sembuh sepenuhnya. Air tu sentiasa saya bagi minum lepas dia kebah tu sampailah dia dah baik. Inilah kuasa Allah! Hanya kalimahnya dan keyakinan kita saja yg boleh menyembuhkan penyakit.

Ok, berbalik pada resepi burger pulak... seperti biasa, saya selalunya buat as simple as i can! haha..

BURGER

daging lembu/ayamcincang
Bawang besar secukupnya - dicincang
Lada hitam - a must!
parmesan cheese - favourite saya
Garam - optional
Steak seasoning

**Satukan semua bahan dan gaul rata. Ambil sejemput daging, letak di tapak tangan dan bentukkan daging seperti bentuk burger. Buat tebal sikit, kalau nipis tak berapa juicy. Buat sampai habis daging tu, kemudian pangganglah atas grill pan. Tabur sedikit atas burger tu dengan steak seasoning jika suka masa memanggang tu. Nak buat meatball pun boleh guna cara ni. Bila dah masak, letakkan atas burger bun yang telah disapu mentega dan dipanggang sebentar atas non-stick pan. Saya tak suka makan dgn burger bun, makan camtu saja, ala-ala steak..

**Hidangkan dengan kentang goreng, sayur campur bermayonis dan sos.

**Cara nak buat sayur campur bermayonis ; sayur campur di rebus dgn sedikit garam. Bila dah masak toskan, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan sesudu dua mayonis. Siap dihidangkan!

**Sos saya guna sos cili bermayonis. Sos cili dicampurkan dengan sedikit mayonis (kalau dapat mayonis jepun lagi sedap, yg ada gambar baby kat depan tu), gaul sampai sebati. Siap dihidangkan! Sos lada hitam pun sesuai jugak, nanti saya cari resepi!

sekian,
-zakiah-



Quote:
anna : zakiah ni pasal dok sengsorang kat perantauan nilah baru nak belajar2 masak ni.. kalau kat mesia, takdernyer nak try tu try ni, sebaliknya try makanan kat restoran tu atau restoran ni.. eehehe..
shukri sfawani : bagi saya, kalau buat sendiri lagi sedap pasal kita leh letak bahan apa yg kita nak lebih sikit..
cakcibur : tulah dah agak dah apsal org skrg senang kena penyakit kan? ntah apa2 diorang campur dlm makanan tu.. kisah adik sedara saya kena kencing kotor tu, saya kesian sangat kat dia, bila bwk dia jalan, saya bagi biskut pun dia takut2 nak makan, dia kata biskut ni bergaram, nanti dia sakit lagi, bila dia sakit, warded beberapa hari jugaklah, pastu dia kata asyik kena cucuk kat tangan masuk air jer.. sian dia...
mamafami : sekarang ni mama, macam2 penyakit yang timbul.. kita pun pening apa punca sakit yg pelik2 skrg ni.. next next time saya akan citer salah satu punca kanser yg org tak sangka..tunggguuuuuuuu...
kak rosyya : parmesan cheese tu rasanya masin sikit dan berlemak, kalau dah ada parmesan cheese, takyah letak garam... ni optional jer... kalau takder pun sedap jugak
strozze : memang logik pun cakap strozze tu.. daging lembu kalau ikutkan memang mahal, tapi burger sekeping RM1-RM2 jer... kalau beli daging burger yang blm masak kat supermarket tu lagilah, sekeping berapa puluh sen ajer...
ishzah : ur welcome..
rozzan : memang betul cakap bro tu, kalau masak sendiri, kitalah yg tentukan nak letak apa pun, yes, garam jantan tulah, tapi kalau garam kasar yg tak brp halus pun ok gak buat masakan, jgn yg halus betul tu.. Garam jantan tu sesuai dibuat ubat...
anna : induce 2 kali? uihh haiii... zakiah ni nasib baik dah cukup masa so takyah induce..
F&Z : lama tak makan burger... akak tak teringin ke?
sabrina : tulah.. ikutkan memang pelik macam2 penyakit yang timbul sekarang ni..
ida : parmesan cheese tu optional jer, saya guna pasal husband saya suka.. kalau takder pun sedap gak..
nabia : kalau takder cheese tu pun takper.. sedap gak.. daging ramly pun elok gak tapi jangan selalu coz daging ramly ni kalau tak silap depa dah inject kasi daging tu tahan lama..
zack : tulah zack, nasib baiklah kita takleh makan fastfood kat nihon ni, kalau tak, kita dah hentam kan? tapi tak jugak kot... sekali makan jer dah dekat RM100 habis... bankrap...
mommy d&d : lamanya tak nampak.. patutlah pasal anak2 sakit.. terlebih makan hidangan raya ke atau cuaca panas sekarang? garam kasar tu tumbuk jer semua, dah jadi halus.. ataupun blend jerlah.. penawar demam tu memang kena yakin, kalau tak, tak jalan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net