Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Nov-2006 21:00 Email | Share | Bookmark
chocolate chip muffin(mummy jam) & best ever chocolate cupcakes

choc chip muffin mummy jam
close up choc chip muffin
nurdia cupcakes - sebelum dibakar
nurdia cupcakes - selepas dibakar
nurdia cupcake - sapa nak?
nurdia cupcake
chocolate chip muffin ni memang saya dah jatuh cinta pandang pertama sejak terpandang di fotopage mamafami, tapi saya tunggu choc chip yg dipos adik saya dari mesia sampai baru leh buat, kalau beli dari sini gamaknya kurenglah sedapnya coz choc chip letak secoet secoet jer, sini maheiii...dahlah dapat sikit jer tu.. Ikut resepi, patutnya kena bakar 15-20 minit tapi saya terbakar sampai 40 minit... semuanya gara2 leka menengok several fp, sibuk sangat bergelak ketawa dgn cerita and komen diorang kat fp org lain...hehe..


CHOCOLATE CHIP MUFFINS (Mummy Jam)

125 g butter
100 g sugar
150 g self-raising flour
2 eggs
2 tablespoons cocoa powder
25 g dark chocolate ~ melted using double boiler or microwave
chocolate chips

Method :

1. Mix butter, sugar, egg, cocoa powder and flour in a mixer, then add in the melted chocolate and chocolate chips.
2. Spoon into paper cups and sprinkle more chocolate chips on top.
3. Bake in a preheated oven for 15 minutes on 175 degrees celcius.

Notes from mummy jam:
I used Cadbury Old Gold which are easily available in supermarket and added more for 25gm for that chocolatey taste. This muffins is for those who loves the chocolatey taste in muffins, really very rich but you can't stop at one! to me , this is one of the best chocolate muffins I ever taste! but don't just take my words for it , you just got to try it for yourself !


hmmm... saya cuba fahamkan apa yg dimaksudkan dgn mummy jam pasal saya tak pernah jumpa cadbury old gold tu... rupa-rupanya maksud dia letakkan lebih sikit serbuk koko kalau nak rasa lebih coklat.. For me kalau nak tau dah masak ke tak tunggu sampai keluar bau dulu, pastu buka pintu oven, cucuk dengan lidi kat muffin tu, kalau keluar bersih dah masaklah tu, kalau tak bersih lagi, kasilah masa lagi 5-10 minit.. Disebabkan saya terlebih bakar, muffin ni dah jadi keras sikit cam biskut, nasib baik tak hangus... walaupun dah jadi biskut, tapi rasanya sedap... memang sedap muffin ni pada yang suka makan coklat macam saya lah.... But next time saya nak try guna butter cair plak since kebanyakan resepi muffin selalunya guna vege oil substite butter tapi rasa butter lagi sedap...



BEST CHOCOLATE CUPCAKES (NURDIA)

Ingredients :

1 1/4 cups all-purpose flour
1/2 cup cocoa powder
3/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup granulated sugar
1/3 cup vegetable oil
1 egg
1 teaspoon vanilla essance
3/4 cup buttermilk *
1/2 cup chocolate chips

Method :

1. In a small bowl, mix together flour, cocoa powder, baking soda and salt.
2. In a large bowl, whisk together sugar, oil, egg and vanilla essance until smooth.
3. Alternately whisk in flour mixture and buttermilk, making 3 additions of flour mixture and 2 of buttermilk, beating until bater is smooth. Stir in chocolate chips.
4. Scoop bater into prepared pan. Bake in preheated oven at 180 celcius for 22 - 27 minutes or until top of cupcakes spring back when lightly touched.
5. Let cool in pan on rack for 10 minutes. Remove from pan and let cool completely on rack.

Note : To make buttermilk : 1 cup milk + 1 tablespoon lemon juice

Cupcakes ni memang chocolatey taste, in fact I sprinkled some choc chip on top the muffin batter. It's quite spongy, maybe because of the buttermilk... Buttermilk can change the cake's texture actually, so does sour cream, but it's quite sour. Somebody said when using sour cream as an ingredient in the cake recipe, the cake will not become too sour after bake.. I hope to test this..

P/S : Sorilah mamafami because zakiah copy and paste je dari fp mamafami, btw, thank you for introducing these marvelous cupcakes...




CERITA HARI INI


Disebabkan resepi di atas ni adalah manisan, saya nak bercerita pasal kencing manis pulak hari ni.. Rasanya semua orang tau apa itu penyakit kencing manis pasal ramai rakyat malaysia dah kena kencing manis. Dulu saya rasa pelik kenapa penyakit menyerang paling ramai org melayu dan india daripada orang cina. Bila saya tanya pada atuk saya, dia jawab, orang melayu ni suka letak gula dalam masakan, orang india ni suka makan manisan such as laddoo.. Saya pernah rasa laddoo yang dibawak rakan berbangsa india masa kat kolej dulu, pehhh... memang manis! Pasa orang melayu suka letak gula dalam masakan itu memang tak dinafikan.. terutamanya sambal.. kari pun ada yg letak gula gak.. Dulu masa saya pakai khidmat maid dari indon, maid saya cakap memang orang dia pakai gula dalam kebanyakan masakan tapi orang dia tak ramai yg kena kencing manis ni, rupa-rupanya depa punya jamu yang dimakan hari2 tu dah balancekan kandungan gula dalam badan tu.. jamu kan pahit, so manis lawannya pahit..

Rupa-rupanya gula pasir yang putih tulah punca penyakit kencing manis.. Gula putih ada ditambah bahan apa tak ingat nak kasi putih macam kristal tu dan rasanya pun sangat manis berbanding dengan gula perang dan gula melaka...serupalah dengan kes garam halus ni.. Menurut atuk saya, kalau nak masak tu, and kalau perlu jugak letak gula, letaklah gula perang atau gula melaka, much safer..

Cara nak elak kencing manis ni, bila agak2 dah termakan banyak benda manis aritu, banyakkan makan atau minum sayur yang pahit..contohnya macam ulam-ulaman dan sayur peria. Sayur peria memang diakui salah satu ubat kencing manis. Caranya : Blend peria ni dengan sedikit air, kalau tak tahan pahitnya, tambahkan sedikit perahan lemon, limau nipis ni tajam sikit... Lagi satu, kalau dah kena kencing manis, pantangnya adalah pisang dan anggur..Orang selalu kata buah2an ni ada manis semulajadi so tak perlu risau.. sapa kata? walaupun manis semulajadi tapi boleh menyumbang pada kencing manis jugak kalau dok campur dgn makanan lain, maksud saya tu, kita makan pisang aritu, pastu makanlah kuih manislah, masakan yang dicampur gula.. secara tak langsung, gabungan pisang dan makanan manis lain boleh menyumbang kepada kencing manis, dan, kalau dah kena kencing manis boleh memburukkan keadaan.. Macam saya ni suka makan coklat, lepas tu saya minum air masak bebanyak dan tak sentuh makanan manis lain.. Sekarang dah ada orang dok buat kajian pasal pisang ni pasal orang dok highlight pisang ni banyak khasiatnya lah, bagus untuk kesihatanlah, depa nak kaji side effectnya pulak.. pasal anggur saya tak dengar lagi orang nak buat kajian.. Apa-apa pun makanlah berpada-pada, makan dengan kuantiti yg sederhana, bukannya hentam satu jenis makanan tu bebanyak pasal org kata bagus...Itulah salah satu pesan rasulullah, bersederhanalah dalam setiap perkara..

Sekian,
-zakiah-



Quote:
yangmazni : kak... o genki desu ka? tu apa? saya belajar nihongo kejap jer..
rosyya : nurdia cupcakes sedap gak kan? mummy jam nyer choc chip muffin ni lagi sedap..
sabrina : sab nak cupcake ambiklah, sila.. silaa...
mommy d&d : erna right? tulah.. nasib baik muffin ni jenis jadi biskut kalau bakar lelama bukannya hangus..
anna : zakiah ni share apa yang zakiah tau jer, pastu zakiah pun leh refer balik apa yg kita tulis ni incase kalau jadi pape, maklumlah kita ni makin lama makin lupa, nilah digital dairy.. hehe[/b]
ina~Ibu Aiman~ : hai.. lama tak nampak.. apa khabar model kita? muffin choc chip tu plg zakiah suka, mungkin rasa coklat lebih..maklumlah kita ni suka coklat..
mamafami : tq for reading my page, kalau ada keturunan yg berkencing manis ni memang kena jaga2,maklumlah habit pemakanan tu secara tak langsung memang turun kat kita kan.. zakiah pun ada keturunan yang kena ni..
scarline : tq for the tips!
kakyong : eh.. samalah kita kakyong, kalau yg bercoklat ni memang favourite kita.. hehe..
raime : I've checked ur fp, memang sukalah tgk gambar2 tu.. cantik jer... pandai kamu ni ambik gambo...
nunu : nanti 1 fine day kita jumpa, akak buat muffin ni, nunu tak makan siap yer!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net