Newbie who tries to cook!
My cooking and journey series!
By: zakiah zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Nov-2006 03:34 Email | Share | Bookmark
Kek coklat kukus

 
the texture
Resepi kek ni saya dapat dari resepi.net . Kek ni saya buat pasal oven saya buat pasal, so trylah kukus nyer version ni.. Ok gak rasanya, mudah pun nak buat, tak banyak bahan sangat.. Yang penting, kek ni moist!

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
½ cawan susu manis
***Semua ni dimasak diatas api kecil hingga larut semuanya, kemudian, biarkan sejuk.

1 ¼ cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
***semua ni diayak

3 biji telur

Cara : -

1. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi. (dlm 10 minit pukul)
2. Gaul rata dan campur bahan yang diayak sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
4. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.
5. Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .


***Telur kalau dipukul hingga bebetul kembang akan menyebabkan tekstur kek gebu.


Quote:
ida : ha ah, resepi ni antara yang tersempoi jugak, cuma susu cair tu saya gantikan dgn susu segar pasal kat sini susu cair mahal sgt..
mama irfan/dina : tak sangka kan, nama kita sama? hehe..
Tina : o0o0o.. dok kat oitta ke? Samalah dengan kak mazni and nana?
ais-putih : tulah masa winter ni memang cepat lapar, buat apa pun kat rumah ni laku.. hehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net