Newbie who tries to cook! - My cooking and journey series! - Fotopages.com
Introducing..... my newborn baby!
Baby's name : SHARIFAH SITI HAJAR
Date of birth : 23rd June 2008
Weight        : 3.43kg
Time           : 9:29am
Gynae         : Dato' Dr. Ang Chin Guan
Paeditrician  : Dr. Ali Azman
Hospital       : SJMC
CHOCOLATE CHIP BROWNIES
Another chocolate chip muffin!
CHOCOLATE CHIP MUFFIN
Bahan kering :
250g tepung gandum
2 suduteh baking powder
1/2 suduteh bicarbonate soda
2 sudubesar serbuk koko
**semua ni di ayak , kemudian masukkan gula kaster dan gaul rata
175g gula kaster -saya kurangkan pada 155gm kerana takut terlalu manis
150g chocolate chip
Bahan basah : (campurkan semua bahan)
250ml susu segar
90ml minyak sayuran
1 biji tekur Gred A
1 suduteh esen vanilla
tambahan : 30gm coklat masakan, dicairkan, kemudian biarkan sejuk sebentar, campurkan dengan bahan basah semua
Cara membuatnya:
1) Panaskan oven pada suhu 190C - 200C..
2) Campurkan kedua-dua bahan, iaitu bahan basah dan bahan kering, kacau sebati, jangan lama & jangan terlebih kacau.
3) Masukkan coklat cip, jika suka, masukkan kacang sekali.
4) Sudukan pada bekas muffin, isikan 3/4 penuh, susun atas dulang pembakar.
5) Taburkan lagi coklat cip atau kacang pada atas adunan muffin ini.
6) Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Nota tambahan:
1. Saya isikan hanya 1/2 bekas muffin jadi atasnya tidak merekah sangat bila dah masak.
2. Saya bakar pada suhu 170Celcius sebab saya takmau dalam muffin ni kering sangat, bakar cara bakar kek, terpulang pada anda.
PANDUAN KEPADA PESAKIT KENCING MANIS!
Arwah nenek saya merupakan pesakit kencing manis. Lama juga dia dapat sakit tu, sebabnya dia suka sangat makanan yang manis2..rasanya ada berbelas tahun.. Tetapi, walaupun 6 bulan terakhir dia terpaksa disuntik dengan insulin 2kali sehari, kakinya alhamdulillah tak busuk atau berlubang. Ini kerana sejak dia mula mendapat penyakit kencing manis lagi, dia sentiasa sapukan minyak gamat pada kedua-dua belah kaki sampai ke paha. Hasilnya, kaki arwah nenek saya takde luka & busuk pun.. Doktor yang merawatnya pun terkejut tengok kakinya, doktor tu kata lagi, selalunya kalau pesakit kencing manis, mesti ada kudis, pastu mulalah berlubang kaki tu. Alhamdulillah! Agaknya khasiat minyak gamat tu kot. Arwah opah depan rumah ni pun kena kencing manis tapi kakinya kena potong, padahal baru jer dapat sakit tu.. Arwah nenek saya lagi lama dapat sakit ni.. Saya teringat cerita bonda raqynrafiqin (saya ni silent reader yer) tentang cerita pasal mak mertuanya yang sakit kencing manis sampai berlubang kakinya dikerjakan doktor. Cubalah bonda cara arwah nenek saya ni, untung2 kakinya boleh diselamatkan lagi dari melarat kan! Tapi mesti mau guna minyak gamat asli, bukannya gel gamat atau yang sewaktu dengannya.. Dulu bau bilik arwah nenek saya ni memang bau minyak gamat.
Arwah nenek saya ni disebabkan pada hujung hayatnya tiba2 tak jaga makan(agaknya pasal dia tau dia nak mati), dia diserang stroke & koma, kalau tak silap saya, hampir 2 minggu dia tak sedarkan diri. Agaknya pasal gula dah terlampau banyak dalam darahnya. Waktu itu saya di tingkatan 4, saya ingat lagi terpaksa usung baju sekolah & buku sekolah ke hospital sambil jaga nenek saya, kebetulan tengah minggu peperiksaan, tapi tak dapat tumpu perhatian sangat sebab kejap2 pelawat datang, letaklah balik buku tu, layanlah kejap, begitulah tugas saya setiap hari sehinggalah arwah keluar hospital. Saya bergilir2 dengan ibu saya menajag arwah nenek di hospital, tapi kesian dengan adik2 saya yang masih kecil di rumah, makan, minum & persekolahan mereka tak tentu, jadinya sayalah yang banyak menjaga arwah di hospital. Hampir setiap hari saya pergi sekolah dari hospital.
Seminggu selepas keluar hospital, ibu saya pula dimasukkan ke hospital. Dia jatuh sakit kerana penat sangat menjaga arwah di hospital. Kali ni saya pulak yang kelam kabut kerana tak tau mana satu nak handle dulu, adik2 di rumah, arwah nenek yang baru sedar dari koma & ibu saya yang di hospital. terpaksalah saya ponteng sekolah beberapa hari, ayah saya pun terpaksa ambil cuti. seminggu juga ibu saya di hospital.
Sejak arwah nenek saya keluar dari hospital, dia tak boleh bangun berjalan lagi, hidupnya hanya di atas katil. Hari2 dia akan diangkat ke kerusi roda untuk mengambil angin di luar, kalau tak, hidupnya hanyalah di dalam bilik sahaja. Sejak itu juga dia terpaksa disuntik dengan insulin 2 kali sehari. Tetapi hayatnya tidak lama selepas itu, selepas 4-5 bulan hanya terlantar di atas katil, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir di atas katil itu juga dengan bersaksikan arwah opah di depan rumah & ibu saya. Ibu saya dah tengok keadaan arwah teruk jadi dia keluar ke klinik untuk menjemput doktor kerumah, saya tak diberitau tentang itu, kalau saya tau, sudah tentu saya akan duduk di sisinya, sehinggalah arwah opah depan rumah datang pada petang itu menziarah nenek saya(dia mmg dtg tiap2 hari menjenguk arwah nenek), dia cakap nenek ko dah nazak ni!, panggil mak ko cepat! Kebetulan mak saya sampai di depan pintu tapi doktornya akan menyusul kemudian sebab di klinik ramai orang. Mak saya berlari ke bilik arwah nenek, saya pula sibuk menelefon ayah & sedara-mara beritau tentang keadaan arwah nenek. Kemudian mak keluar dari bilik, dia diam saja tak cakap apa-apa pun, bila saya tanyakan keadaan nenek barulah dia bagitau nenek dah meninggal. Serentak dengan itu hujan lebat pun turun.
Waktu arwah meninggal, saya dalam minggu peperiksaan lagi, terpaksa saya ponteng sekolah lagi, tertinggal 1 kertas peperiksaan. Tapi saya tak menyesal dengan semua yang berlaku. Sekurang-kurangnya saya dah berikan komitmen yang terbaik hinggalah ke akhir hayatnya.
Sekian pada hari ini.
Tak tau nak letak tajuk apa....
Saya tau lama betul saya tak update fp ni! Pada awal Januari saya sibuk sedikit dengan Husna & Syahreena yang masuk ke tadika. Kalau orang lain anaknya suka masuk sekolah, (Tadika Smart Reader) anak saya buat alasan takmo sekolah, terutamanya si Husna yang sulung, dia siap kata dia demamlah, sakit tulah, sakit nilah.. sabo jelah..Si adik memang takut dengan orang, tapi dengan budak2 lain dia ok, memula tu melalak lah jugak, cikgu suruh tinggalkan jer, saya pun ngintai dari opis cikgu tu, Husna hanya perhatikan kawan2nya, Syahreena pulak melalak bila tengok saya takde, dia pun baru 3 tahun. Tapi sorang cikgu dukung dia bawak dia melawat ke kelas lain, terus dia diam. Bila dah tengok anak saya ok, saya pun cabutlah balik rumah..
Selama 2 minggu saya susah nak hantar ke tadika, saja jer lengah2 makan, lengah2 pakai seragam, taknak masuk ke kereta untuk ke tadika kalau adik saya tak ikut hantar. Terpaksalah tunggu adik saya balik dari sekolah pukul 1.30 barulah boleh bertolak ke tadika. Kelas mereka mula pada 1.30-4.30 petang. disebabkan sesi pagi dah penuh saya terpaksa masukkan mereka ke kelas petang. Kelas petang tak ramai orang, lebih kurang 10 orang sahaja untuk budak dari umur 3 tahun sampailah ke 6 tahun. Jadinya cikgu telah menggabungkan mereka semua dalam satu kelas, senanglah husna & syahreena duduk sesama dalam kelas. Syukur alhamdulillah sekarang bebudak ni dengan senang hatinya mau ke tadika, siap bawak bekal lagi walaupun makanan disediakan oleh pihak tadika, biarlah, janji diorang ada semangat nak ke tadika.. So far, setakat ni takde homework lagi, tapi menurut cikgu hanya budak 5 & 6 tahun saja yang diberi homework, itupun satu saja...  Bagi saya, homework untuk bebudak tadika ni kalau lebih dari satu subject memang membebankan pada budak2, mereka baru tadikalah! Nanti bila dah masuk darjah 1 mulalah boring dengan sekolah sebabnya asyik kena buat homework jer.. Begitulah yang terjadi pada anak buah saya, dah boring dengan sekolah sebabnya dari tadika asyik kena buat homework jer, sudahnya dia pergi sekolah belajar memain!
Ok, cerita tentang saya pulak! Saya dah pregnant 20 minggu/ 5 bulan anak ketiga. Saja taknak cerita awal2. Disebabkan terlebih jalan2 cari makan, haaa sekarang ni saya dihukum doktor kena dok rumah pasal badan saya lemah sikit & tak berapa sihat pada kali ini, dah sebulan saya dok rumah, hanya keluar menghantar anak2 ke tadika. Doktor kata mungkin pasal badan saya terperanjat dengan cuaca panas & stress kerana memikirkan sesuatu. Saya rasa perkara yang membuatkan saya stress adalah kerana kucing saya TITI nak di cucuk mati oleh doktor. Memang mengganggu fikiran saya pada waktu itu sebab doktor suruh buat keputusan, padahal saya tengok TITI elok saja. Bila dia dah mati pulak saya terbayang-bayangkan pulak dia dalam rumah ni.. Sekarang ni alhamdulillah dah ok, dah tak fikir sangat pasal TITI tapi still kena dok rumah lagi, doktor nak pastikan saya sihat betul2 baru boleh keluar berjalan2 lagi...
Ok, kepada yang menunggu tentang cerita kebaikan kulit kayu manis, saya dah update pada entry dibawah yer.. Minta maaflah pada yang tertunggu-tunggu..
Sekian pada kali ini.
Back to the cooking world people!
Kek ini saya buat untuk mak saya sebenarnya kerana dia penggemar kek lobak merah ni, saya dah janji dgn dia nak buat dari masa tinggal kat jepun lagi, bila dah duduk balik kat malaysia ni barulah ada kesempatan nak buat. Asal saya beli lobak merah mesti hilang, jadinya, tiap kali nak buat kek ni, tengok2 lobak merahnya hilang, sabo jelah tulah yang tertangguh2, banyak arnab kot kat rumah ni..  :-
KEK LOBAK MERAH SIFU SURIA
Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm, takut manis)
150 g~ gula perang
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut
To be sifted : Bahan di ayak:
250 g flour tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis
1 1/2 suduteh baking soda
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di cincang ( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)
Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur (saya guna whisker, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah yang diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun takper asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising
Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
KHASIAT KULIT KAYU MANIS
Kalau anda semua perhatikan bahan-bahan untuk resepi di atas, salah satunya adalah kulit kayu manis. Serbuk kulit kayu manis antara bahan penyedap kek ini juga. Dengan aromanya boleh memikat hati sesiapa.
Kali ini saya nak bercerita tentang khasiat kulit kayu manis ini. Sebenarnya ramai antara kita yang tak tau, tapi, khasiatnya telah diketahui oleh orang2 tua. Antara kebaikan kayu manis ini ialah membuang angin dalam badan, membuatkan darah berjalan dengan lancar dan membuatkan badan sihat & bertenaga..
Saya dah tengok kesan kulit kayu manis ni pada 2 orang iaitu mak saya sendiri dan seorang nenek ni. Macam mak saya, dia ada darah tinggi yang tinggi juga bacaannya, iaitu 200 lebih. Menurut atuk saya, selalunya pada bacaan ini pesakit boleh kena stroke ataupun koma. Mak saya pun kena tahan hospital beberapa hari. Doktor juga mengesahkan ada lemak di jantungnya, saya kurang pasti adakah ini yang dipanggil kolesterol.. (Dr Phalinn, sila sahkan!)
Jadinya, atas nasihat atuk saya, bagi mengawal penyakit darah tingginya, mak saya kena berpantang makan nasi setahun & tak boleh makan makanan berminyak, berlemak & bergaram.. Selama ini mak saya suka makan2, tiba-tiba dia kena makan, sup tawar, roti wholemeal, biskut kering rendah garam, milo kosong & makanan yang serba serbi yang tawar.. Kesian jugak bila tengok dia kena makan camtu, tapi apa nak buat, demi kesihatan, lagipun setahun jer..Biskut kering sentiasa ada dlm handbagnya.. Terus turun 6kg dalam masa 2 bulan dan mak saya dapatlah menggayakan pakaian2 lamanya... Bila makan kat luar bersama-sama kami, dia tak dapat makan2 sama, tak sampai hati kami dibuatnya..
Untuk mengubat lemak dalam jantung tu, atuk saya telah menumbuk kulit kayu manis, blend sampai jadi halus & dan masukkan dalam kapsul untuk dijadikan ubat pada mak saya. Sehari sebiji kapsul yang perlu diambilnya. 2, 3 bulan kemudiannya, pergi check-up di hospital, doktor pun terperanjat tengok lemak di jantungnya dah takde, doktor kata, selalunya ada tinggal sikit2, tak hilang langsung.. syukur alhamdulillah! Badan mak saya pun makin sihat. Bila saya tengok kesannya pada mak saya, saya pun makan sama, tapi kesannya lain pulak pada saya, jerawat keluar, agaknya badan panas. Bila saya tanya pada atuk saya, dia kata tu proses pemulihan. Saya tak sanggup nak menunggu proses pemulihan ni jadinya saya berhenti, waktu ini saya masih di jepun lagi. Mungkin saya hanya perlu ambil 1/2 kapsul, bukannya 1 kapsul macam mak saya.. Tapi yang saya perasan masa saya makan kulit kayu manis ni, muka saya merah sikit, agaknya perjalanan darah dah ok kot..
Seorang lagi yang saya tengok kesan kulit kayu manis ni ialah seorang nenek yang berumur 80 tahun. Dia selalu datang kerumah atuk saya berziarah. Nenek ini heavy smoker, badannya kurus saja, tapi sihat, siap boleh pergi oversea menjenguk anak2 yang berhijrah kesana. Pendek kata, tak padan dengan usianya dan selalunya heavy smoker dari muda ni, bila dah tua macam2 penyakit yang ada.. Masa dia datang ke rumah atuk saya pun rokoknya tak lekang di tangan.. Bila saya tanyakan pada atuk saya mengenai keadaanya, dia kata nenek tu makan serbuk kulit kayu manis setiap hari. Selalunya dia asah pada bontot pasu untuk menjadikannya serbuk. Dah 8 tahun dia makan, alhamdulillah takde penyakit apa-apa..
Atuk saya kata kebanyakkan serbuk kayu manis yang ada dijual di kedai dah dicampur dengan bahan lain, jadinya elok buat sendiri.. Kulit kayu manis ni, rasanya pun manis jer, tak pahit & payau!  Begitulah ceritanya khasiat kulit kayu manis ni.. Kalau nak bercerita pasal khasiat herba2 ni, memang tak habis sehari semalam, memang banyak sangat kegunaanya tapi saya banyak dah lupa. Ni nak kena tanya balik pada atuk saya ni, tapi tulah, takut kena marah pasal dia dah cerita banyak kali.. hehe..
Sekian saja pada kali ini.
-zakiah z-
Selamat Tahun BAru 2008 semua!
Bila ibu saya ke sana, Dr sekali lagi menerangkan padanya keadaan TITI & untuk mengelakkan TITI terseksa lebih lama, matikan saja TITI! Syukur alhamdulillah ibu saya membawa pulang TITI juga. Bila TITI dah pulang, bukan main lagi dia happy, menyeret kakinya ke sana ke sini, sampaikan boleh turun naik tangga (3 step saja) ke kolam ikan. Kebetulan atuk saya pegi ke mekah bagi menunaikan haji waktu ini untuk dirujuk adakah boleh kita mematikan kucing ke atau tidak.
Pada hari sabtu, 2 hari selepas raya haji, ibu saya memerhatikan TITI di halaman kereta, di tepi pagar tempat TITI selalu keluar masuk masa sihat dulu, ibu saya menyumbat bola dilubang pagar itu supaya TITI tidak terlepas keluar dari halaman rumah. Tetiba ibu saya melihat TITI takde dihadapannya, kemudian bola di lubang pagar itu di alihkan, apalagi, kelam kabut ibu & adiks aya mencari TITI diluar rumah, maklumlah kaki sebelah dia dah lumpuh, kalau jatuh takleh bangun sendiri. Rupa2nya TITI dah jatuh longkang. Sejak itu keadaannya teruk, tak boleh mengiau, makan pun sikit saja, agaknya dia menahan sikit, entah2 organ dalamannya pecah sebab perutnya yang jatuh dulu dalam longkang itu, bukannya kaki dia, longkang itu pula tinggi & dalam.
Pada hari Ahadnya pulak, kami sekeluarga, termasuklah keluarga saya pulang ke Singapore, melawat pakcik saya yang berada di Jurong east sampailah hari Selasa malam. Pulang pada Selasa malam, kami dapati TITI tiada, puaslah kami cari satu rumah. Esoknya saya bangun pagi2 lagi nak bertanyakan hal TITI pada pembantu rumah ibu saya. Rupa-rupanya TITI telah mati pada hari Isnin, sehari sebelum kami pulang ke Subang Jaya semula. Dalam hati saya bersyukur yang amat sangat kerana saya tak nampak keadaannya bila menghembuskan nafas yang terakhir, jika tidak mesti seminggulah kami berkabung kerana sedih sangat. Satu lagi yang membuatkan saya bersyukur sangat apabila doa kami dimakbulkan Allah, biarlah Allah sendiri yang mengambil nyawa TITI, bukannya mati ditangan doktor, syukur alhamdulillah! Saya telah bertanyakan pada atuk saya mengenai bolehkah kita menyuruh doktor mematikan kucing, jawapannya TIDAK BOLEH, saya kurang pasti HARAM ke tak! Menurut atuk saya, kita telah memerintahkan Dr membunuh kucing itu, nyawa, hanya ALLAH  sahaja yang berhak mengambilnya, walaupun binatang sekalipun! Jika kita buat, bermakna kita membunuhnya! Kita hanya Manusia biasa sahaja!
Saya sebenarnya masih terbayang-bayangkan TITI dalam rumah ini, selalunya kalau balik rumah, mesti kami terkam pada TITI dulu, sungguhlah... memang kami merinduinya... tapi kami redha!
Saya takmau letak gambar TITI lagi disini, ini hanya mengingatkan saya pada TITI lagi kuat...
Oklah, cerita pasal sambutan raya haji pulak. Kali ni kami makan sampai masing-masing sakit perut, rumah mak saya makan, rumah mak mertua saya di Teluk Intan pun kami hentam lagi! Ada juga saya memasak nasi beriani & ayam masak merah bermadu di rumah mertua saya tapi tak sempat ambil gambar! Saya pulang ke Subang Jaya hari Sabtu, esoknya Ahad, (23/12/07) terus bertolak ke Singapore pula.. jalan sakan... Rumah sedara saya di Jurong East, kat sana Mak Long saya masak nasi minyak pulak. Meriah makan-makan ni.
Pergi singapore walaupun sale disana-sini takdelah saya shopping sakan sebabnya bila dah diconvert pada duit kita saya rasa lebih kurang aje harganya, cuma saya membeli transformer untuk kegunaan barang elektrik yang dibeli di Jepun dulu. Yelah, elektrik Jepun dan Malaysia tak sama, kalau nak pakai gak, kenalah guna transformer ni... Berat sungguh transformer ni...
Hari Isninnya, 24/12/07, merupakan birthday suami saya, hadiahnya saya dah bagi awal2 sebelum ke Singapore yer... kami tak celebrate apa-apa kerana suami saya malu nak celebrate reramai ni, dia prefer kami sekeluarga sahaja! Pada sebelah malamnya kami NIGHT SAFARI, punyalah ramai orang! Agaknya pasal christmas eve pastu cuti sekolah, nak tengok show kena beratur, nak naik trem pun kena beratur, selalunya tak payah!
Hari Selasa, 25/12/07 pula kami hanya jalan shopping complex di Jurong East sahaja, malas nak ke Orchard Road, lagipun 1 jalannya ditutup, lagilah jem dan ramai orang, tak kuasa mak nak berasak2 camtu! Hari ni merupakan hari ulangtahun anak sulung saya HUSNA yang ke-4 tahun. Senang betul nak ingat nak birthdate dia, hari krismas, selang sehari selepas birthday bapak dia! Memang dia ni anak bapak pun! Kami celebrate birthday HUSNA di rumah mak Long saya pada sebelah petangnya! Tapi HUSNA rupa-rupanya takut bila orang ramai keliling dia, punyalah meronta takmo potong kek, haiyaaaa... pastu dia pass pisau potong kek ke adiknya, adik dia sukalah pasal seumur hidupnya, inilah kali pertama dia dapat pegang pisau walaupun pisau plastik, dia siap nak potongkan kek kakak dia tu... Harulah si kakak ni kalau kami buatkan party untuk dia ni...Sebelah malamnya kami bertolak pulang ke Subang Jaya kembali!
Balik Ke Subang, saya rehat2 dirumah lebih kurang sehari-dua, maklumlah hampir seminggu berjalan jauh tanpa henti ni... Penat juga! Selepas itu dah sibuk mencari tadika yang sesuai untuk budak berdua ni, setelah menimbang dan puas survey, kami ambil keputusan untuk memasukkan budak-budak ni ke SMART READER KIDS di SS 19. Tak jauh dari rumah saya, senanglah nak berhantar dan berambil! Yuran bulanannya juga berpatutan setelah dibandingkan dengan tadika2 lain! Tapi bila tengok registration fees terperanjat juga, dahlah untuk 2 anak, apa-apa pun kami tak berapa kisah asalkan anak2 saya suka tempat tu. Cuma terperanjat sahaja, maklumlah semuanya dah naik harga!  :-D All the best for Husna & Syahreena!
Apa-apa pun, saya dah mula merasa keseronokan duduk di Malaysia ini! Memang betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, BAIK LAGI NEGERI SENDIRI, seriously! Siapa yang dah pernah dok oversea bertahun2 mesti bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Walaupun Malaysia panas, tapi tetap seronok duduk di sini...
Atas ni adalah gambar mee rebus SIngapore! Dibeli yer, bukan dibuat! Pada pendapat saya, mee rebus singapore rasanya lebih kepada mee kari yang berkeledek, mungkin kerana ada penggunaan rempah kari, berbeza dengan kebanyakan mee rebus di Malaysia ini yang tidak menggunakan rempah kari.. Bagi suami saya, mee rebus HAJI WAHID di JOHOR still the best! Saya tak pernah merasa lagi!
PERHATIAN KEPADA IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK YANG MENGHIDAP ATHMA!
Saya ingin membuka cerita athma ini adalah kerana ada ibu bapa yang membawa anak-anak mereka kerumah atuk saya untuk berubat. Tetapi ubat2nya bukan untuk budak yang berumur 12 tahun ke bawah! Dia hanya memberi panduan sahaja kepada ibu bapa mengawal athma anak-anak mereka! Kena pantang makan sikit, iaitu, buah-buahan dalam tin seperti laici, longan & dll, rambutan dan buah-buahan sejuk haruslah dielakkan sama sekali. Semua makanan yang bersifat sejuk haruslah dielakkan seperti aiskrim, air sejuk & sebagainya. Atuk saya kata, kesannya bukan serta-merta tapi kemudian hari. Dia juga berkata, dia tak boleh bagi ubat-ubatan pada budak yang berumur bawah 12 tahun kerana takut ada kesan sampingan. Bagi saya takpelah, kita pantangkan sikit daripada mereka jatuh sikit. Memanglah kesian tengok anak kita tak makan aiskrim, tak boleh makan buah itu, buah ini tapi nak buat camna kan, mencegah lebih baik dari mengubati!
Pesanan di atas ni, kalau mau ikut, ikut, kalau takmau ikut & percaya saya tak kisah kerana saya tak rugi apa-apa.. saya hanya menyampaikan sahaja!
Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada pengunjung fp ini!Semoga tahun ini lebih bermakna buat semua!
Sekian,
Now.. an entry from Malaysia!
Sejak balik ke Malaysia ni, saya macam dah tak berapa sibuk sangat nak ke restoran makanan segera macam KFC & MCDONALD, tak macam dahulu, setiap kali pulang ke Malaysia mesti sibuk nak ke MCDONALD atau KFC ni.. Agaknya pasal saya dah tune dalam otak saya, makanan segera ni tak elok di makan selalu.. setakat ni, alhamdulillah, anak2 saya pun takde memaksa ke restoran2 ini selalu setelah saya terangkan tak elok makan selalu, tah-tah diorang ni bebuat faham je tak? hehe..
Minggu pertama saya di Malaysia, memang agak sibuk, dengan barang kontenanya dah sampai, dengan urusan bank, dengan bil2 mana yang tertunggak, kami settlekan ini semua dahulu, rumah saya toksah cakaplah dengan habuknya mak aih!!! Maklumlah rumah tinggal dekat 2 tahun! Kalau balik bercuti ke Malaysia sebelum ni saya tinggal di rumah mak saya saja!
Masa membeli barang keperluan harian di hypermarket, saya agak terperanjat juga dengan harganya, kalau bulan April yang lepas, barangan yang saya ambil selalunya bernilai lebih kurang RM50-RM60, sekarang ni dah RM80... Memang mendadak sungguh harga barang2 ni naik! Patutlah kawan saya bersungut sekarang ni barang keperluan dah mahal! Gaji naik pun takde beza!
Oklah, ini update mengenai SPORTY a.k.a TITI kucing kami. Barulah saya tau kenapa dia lumpuh, rupa-rupanya kaki dia terkena hentakan yang kuat, doktor kata mungkin dilanggar motor. Saya tak rasa TITI dilanggar motor, kalau dia dilanggar motor mesti dah hancur kakinya itu, motor kalau melanggar kucing mesti habis kena gelek, takkan terpelanting kucing tu sebagaimana kereta melanggar manusia, kucing kecik saja... Saya dan adik2 saya berasakan TITI dipukul orang, ada benda yang mengenai/memukul kaki TITI. Menurut pembantu rumah mak saya, sebelum ni, ada yang cuba menarik kaki TITI, agaknya dia nak pegang TITI kot... Oh, ya! Kucing kami pernah juga diculik dulu.. sampai sekarang tak taulah apa nasibnya tah hidupkah, matikah... Kalau betullah TITI dipukul orang, memang sungguh kejamlah manusia itu! Sampai terseksa TITI dibuatnya!
Kesan daripada pukulan kuat di kakinya itu, TITI tak boleh berjalan lagi, usus besarnya mengecut, sudah hampir 2 minggu TITI tidak berak lagi, ini bahaya untuk tubuh badannya kerana menjadi toksin & racun dalam tubuh badannya! Saya tak rasa TITI lumpuh, saya ternampak TITI berdiri dan cuba berjalan walaupun dengan melompat sahaja, kalau betullah dia lumpuh, dia takkan dapat berdiri, mesti dia heret saja kaki dia tu... Yang sedihnya, mak saya berkata, kalau  TITI tak berak2 jugak, dia akan dihantar ke klinik kembali, kalau doktor tengok dia makin teruk, TITI akan dimatikan! Sedih sungguh bila memikirkan riwayat TITI macam tu saja, bila mak saya berkata begitu, tetiba saya teringat tentang pokok yang menjadi penawar pada penyakit kucing iaitu POKOK MISAI KUCING! Terus suami saya mengambil pokok itu dibengkel kawannya, pesan kawannya, berikan akar pokok ini untuk dimakan okleh kucing. Bila kami suakan pokok ini pada TITI, terus saja dia menggigit bahagian akarnya tanpa disuruh. Agaknya dia memang tau itu adalah ubatnya! Memeranjatkan, selepas sehari dia menggigit2 akar POKOK MISAI KUCING INI, dia dah boleh berak! Inilah kuasa Allah! Khasiat pokok yang dianggap sebagai tumbuhan liar ini rupa2nya ada gunanya, walaupun bukan pada kita manusia, tetapi pada kucing, haiwan lain saya tak pasti! Sahabat-sahabatku sekalian, telah saya katakan pada anda-anda sebelum ini, perubatan herba/ tradisional kadang2 adalah lebih baik daripada ubat-ubatan yang dicipta oleh manusia! Tapi tulah, masalahnya kita tak tau apa kegunaan pokok2 di sekeliling kita ni.. Itulah ubat yang Allah sediakan untuk kita, ubat ciptaan manusia, kebanyakkannya mengandungi dadah yang boleh memberi kesan sampingan di masa akan datang! Serasa saya, manusia yang bebetul tau khasiat tumbuh-tumbuhan di dunia ini hanya NABI SULAIMAN, kerana dia ada mukjizat untuk bercakap dengan jin, pokok2 & sebagainya...
Since saya dah ada di Malaysia ini, saya nak korek tentang khasiat herba tradisional ni daripada atuk saya, salah satunya khasiat kayu manis (yang ni saya sendiri dah tengok kesannya pada 2 orang) & ubat untuk batu karang pada pundi kencing! Insya allah akan saya ceritakan pada entry yang akan datang bila saya ada masa lapang nanti.. Saya amat bersyukur kerana saya ada sumber untuk merujuk tentang khasiat tumbuh-tumbuhan ini dan pasal permasalahan agama kerana atuk saya ini merupakan sorang tahfiz al-quran, tau hadis, umurnya dah 80+++, dia tau yang mana hadis palsu mana tak.. Dia kata zaman ni banyak sungguh hadis palsu & perkara bidaah yang orang kita buat, bidaah tu maknanya Rasulullah tak buat tapi kita buat, sebenarnya ok tapi kalau orang kita dah anggap benda tu wajib dibuat, haram jadinya!  Contohnya doa qunut masa sembahyang subuh, masa zaman Rasulullah dulu, doa ini dibaca apabila mereka dalam kesusahan sahaja, doa ni hukumnya sunat, tapi ada sesetengah orang kita yang mewajibkan bacaan tersebut pada sembahyang subuh, hukumnya haram sebab benda yang sunat diubah menjadi wajib!
Saya sebenarnya malas nak bercerita pasal agama kat sini, serik saya setelah dulu saya dihentam kerana menulis pasal petua2 atuk saya.. Tapi kalau tak disampaikan pula, kesian pada orang yang tak tau! Takpelah... nanti2 saya akan bercerita lebih lanjut!
Oklah, panjang jugak tulisan saya pada kali ini! Sekianlah cerita saya pada kali ini! Moga2 ilmu yang ada ini kita manfaatkan bersama! Sementara itu, pada kengkawan saya yang berada di NAGASAKI, selamat menjamu mata dengan gambar burger yang kami makan di KLIA dari BURGER KING ini!  :P
Yang ini merupakan chicken burger!
Yang ni pula whopper burger! Dah setengah jalan baru teringat nak ambil gambar! Dedua burger ni kami makan sungguh2.. hehe... Sorilah kualiti gambar kurang memuaskan kerana kami bebetul lapar, main tangkap muat saja!
sekian,
The last entry from Nagasaki!
Tapi saya rasa sedih lagi sekali kerana, minggu lepas secara tiba2 TITI sakit, tak boleh berjalan, adik saya bawak ke klinik sampai 3-4 kali, akhirnya di klinik yg dibawa oleh adik lelaki saya mengsahkan bahawa TITI lumpuh! Saya sedih kerana TITI tak macam dulu lagi, saya kesiankan dia tak boleh berjalan lagi.. Memula pergi ke klinik pertama di Subang Jaya, doktor tu kata TITI kena feline luekemia! Sekali pergi ke klinik di kota damansara doktor kata TITI dah lumpuh! Tak dapatlah TITI kejar burung lagi, tangkap lipas lagi... saya rasa, TITI lepas ni akan bermurung sahaja pasal tak boleh berjalan, so dia akan jadi moody sikit, orang ajak gurau pun mesti dia marah! Habislah tangan saya & anak2 saya akan sentiasa bercalar-balar!
Oklah enough with TITI conditions! Resepi kali ini masih lagi mengenai kek coklat! Yang ini kena betul dengan taste kami suami isteri!  Tak manis sangat & tak lemak sangat, moist jer pasal tak guna butter, guna minyak.. Resepi ini saya ambil dari my.resepi oleh fendi! Even http://as-hajar.fotopages.com/(kak hajar) pun kata sedap kek ni! Saya dah buat kek ni masa aidilfitri lagi, ni kali kedua saya buat! Suami saya yang tak suka kek coklat pun bila dah rasa nak lagi nak lagi.. hehe.. lawak bila tgk dia masa saya offer tak mau, tapi bila dah tengok atas meja tu, dia potonglah sikit merasa, sekali dia potong lagi, dan lagi, dan lagi.. maknanya sedaplah tu!
KEK COKLAT TANPA BUTTER (FENDI75)
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
Notes***
1. Saya takde susu coklat jadi saya gunakan susu segar, dibancuh dengan drinking chocolate, kalau takde, campurkan dengan serbuk koko & gula.
2. Memula saya bakar pada suhu 170C, bila dah setengah jam, saya turunkan suhu pada 160C.
3. Untuk topping coklat saya gunakan whip cream 200ml + coklat masakan 300gm, dimasak secara double boiler sehingga coklat air, kemudian angkat mangkuk dari boiler, masukkan butter 1 sudu kecil, kacau hingga sebati!
Yang ni dibuat masa adidilfitri!
Kalau ada yang tak faham, sila tinggalkan komen..
sekian pada hari ini,
1978 cakes!
Setakat ini Suriani hanya membuat 3 jenis kek iaitu :
Chocolate galore
Banana rama
Cheery fruity
Kek-kek di atas ni semua dibuat berdasarkan tempahan, maknanya kek ni fresh! Saya belum mencuba lagi kek-kek kawan saya ni sebab saya masih di jepun, insya allah ahad ni sampailah saya di Malaysia! Saya akan merasanya bila saya dah balik malaysia nanti! Tapi tengok dari gambar, terutamanya chocolate galore tu memang menyelerakan.. yang penting kek-kek ni semua 100% home-made.. Oklah, pada sesapa yang tak dapat click link 1978 cakes di atas tu, sila click pada sini pulak : http://1978cakes.blogspot.com/
UPDATE!
Saya dah cuba kek chocolate galore & banana rama, sebagaimana dalam gambar, macam tu jugaklah kek yang saya terima! Chocolate galore moist & sedap, Banana rama saya tak sempat rasa pasal dah habis, tapi menurut suami & adik-adik saya, sedap!  :-D
Sekian pada hari ini,
MOIST CHOCOLATE CAKE (Kak Mislieha)
akhirnya dapat juga ku upload gambar2 ni, sabo jelah bila fp tengah tak betul! Ok, bercerita tentang resepi kali ni, resepi memang dah popular resepidotnet yahoogroups. Tuan punya resepi ialah kak mislieha, dia ni memang tukang buat kek untuk dijual, resepi ini adalah resepi kek coklat yang selalu dibuat jualnya!
Saya dah test resepi ni, memang best! Lembut & moist! Saya syorkan pada anda untuk mencubanya! Terima kasih yang tak terhingga kepada kak mis kerana sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni! Bagi saya, yang menyumbang kepada kelembutan kek ini adalah ovalette, boleh cari di kedai menjual bahan baking yer, ataupun di giant/carrefour/tesco, brand NUR kalau tak silap, HALAL! Tu yang penting! Ok, kepada yang berada di luar malaysia, saya tau, sukar untuk mendapatkan ovalette, hmmm.. cubalah guna tanpa ovalette tapi tidaklah segebu kek yg ada ovalette yer.. Anak2 saya jer makan tak berhenti2 ni...  LOL
Disebabkan saya ada stok cream cheese yang perlu saya habiskan (dah nak balik mesia ni), saya pun buat kek ini ala2 chocolate marble cheesecake oleh kak roylazim. Kek ini memang popular sebabnya gabungan coklat & cheese memang sedap! Cara-cara membuat cream chese filling ada dibawah..
CHOCOLATE MOIST CAKE
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovellate
6biji telur
BAHAN AYAK:
250gm tepung
2tsp baking powder
1½tsp soda bicarbonate
BAHAN CHOCOLATE PASTE
1 cawan coco powder
1¼ cawan air
60gm castor sugar
1tbsp nescape - optional
CARA-CARANYA
1) Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu
2) Masukkan BAHAN AYAK berselang seli dengan BAHAN PASTE, sebaik-baiknya dimulakan dengan BAHAN AYAK, diakhiri dengan BAHAN AYAK juga...
3) Masukkan adunan kek dalam loyang yang telah disapu butter/majerin & dialas ditengah dgn kertas minyak, untuk mengelakkan kek dari melekat ditengah2..
4) Bakar 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing (ini untuk oven sederhana)
TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate (dipotong kecil2 untuk memudahkan cair)
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter
Cara-caranya:
1. Whip cream diletakkan dalam periuk kecil, dipanaskan atas api kecil, agak2 dah ada buih2 timbul angkat dari api, jangan sampai mendidih.
2. Masukkan cooking chocolate, kacau hingga coklat cair, kalau masih tak berapa cair, letak atas api perlahan semula, tapi jangan lama, kang terhangus pulak campuran coklat ni kang...
3. Bila coklat dah habis cair & sebati dengan whip cream, masukkan sesudu butter & kacau sebati.
4. Biarkan hingga topping ini sejuk atau sehingga dapat kepekatan yang diingini untuk disapu ke atas kek. Kalau nak cepat likat topping ni, letakkan dalam peti sejuk...
CREAM CHEESE FILLING
250gm cream cheese - disyorkan guna brand philadelphia
1/3 cawan gula kaster
1 biji telur
perahan jus lemon, ikut masam yg dikehendaki, saya letak 2 sudu kecil jer
Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang atau sehingga ringan, nak tau ringan, cuba angkat adunan dengan sudu, kalau jatuh dengan mudah maknanya dah ringan dah tu...
2. Masukkan telur & kacau sebati, time ni tak payah pukul kuat2 lagi...
3. Akhir sekali masukkan jus lemon, bagi saya, kalau letak terlampau banyak, akan menyebabkan cheese ini menjadi muak, tu pendapat sayalah....